..

UNDER CONSTRUCTIONS...

selempang merah pernah mahsyur dengan keberanian mereka di era sebelum merdeka, diketuai oleh kiyai panglima haji salleh dalam menentang petualangan komunis. selempang merah juga terkenal dengan kisah 'parang terbang' semasa peristiwa berdarah 13 mei 1969 dan kali terakhir muncul secara rahsia semasa 'tragedi kampung medan'.

setelah sekian lama berdiam diri, gerakan ini muncul menjelang perhimpunan BERSIH yang akan diadakan sabtu ini dengan mengadakan sidang media di putrajaya petang tadi.

atas nama berdaftar pertubuhan seni silat kuntau selendang merah, khalifahnya datuk dr hj baharom kamari memberi amaran supaya jangan ada 'pengacau-pengacau' yang cuba mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian negara.

datuk dr hj baharom menyatakan, selempang merah berdiri teguh di belakang kerajaan dan pihak berkuasa dalam menentang segala bentuk kekacauan. gerakan ini sedia bertindak dengan keizinan kerajaan dan pihak berkuasa seperti polis, jika keadaan tidak terkawal pada perhimpunan yang akan diadakan 9 julai nanti.

guru utama selempang merah itu juga berkata; situasi kali ini takkan sama dengan 2007 bila demonstran BERSIH dibiarkan bermaharajalela di jalanan. majoriti senyap yang selama ini berdiam diri akan bangkit melawan agenda2 karut yang dibawa oleh anuwar, ambabiga dan sekutu2 mereka atas nama BERSIH!

berita penuh di blog DOUBLE Y (KLIK!)



macam yang pernah blogger APA tulis... mungkin ada golongan dari generasi hari ini patut tengok 'parang terbang' baru mereka faham erti sejarah, dan tahu menghargai kemakmuran negara!

8 das tembakan!:

Anonymous said... July 7, 2011 at 10:44 PM

Kam min fi atin gho li latin gho la bat fi atan khosi ratan biiznillah... Allah Hu-Akbar. "Sebagai murid Silat Kuntau yang diwarisi dari Ayah ku, Akan ku tetak musuh ku satu persatu."

zethro said... July 7, 2011 at 11:04 PM

Wow! Hj Baharom Kamari. My ex-headmaster! Very ambitious and far-visioned headmaster. Thank you for all your great work for us. All the best in all your great endeavors for the younger generations! Remember to be WORLD CLASS, WORLD CHAMPION, WORLD LEADER.

Hashim Jaafar said... July 7, 2011 at 11:45 PM

SALAM SEJAHTERRA
SAYA SUNGGUH TERUJA SEHINGGA HAMPIR MENITIS AIR MATA....MELIHAT BANGKITNYA BANGSA KU UTK AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR

Anonymous said... July 8, 2011 at 12:30 AM

INSYAALLAH!
Budi Suci anak murid Wak Hadi akan siap siaga...

h n f h f z said... July 8, 2011 at 6:03 AM

takut seyh ak dgr..harap2 takdela peristiwa parang terbang lagi..

hangkedee said... July 8, 2011 at 5:09 PM

Musuh utama pejuang murtad, Kawe baik mat sabun AMbiga jangan di biarkan lari keluar negara.biar dia cuci sebersih bersih dari Bumi malaysia. bangun melayu bangsa ku!!!!!

Anonymous said... July 9, 2011 at 12:09 PM

Debu Kotor

Selangkah hampir kita ke puncak jaya-
BERSIH mencucuh api kebencian membara:
Demokrasi dicanang membuta tuli
Segenggam hasrat mengangkat diri sendiri.

Lama usaha kita – Negara berjaya;
Lama nikmat kita – Negara berjasa.
Demokrasi yang utuh, jangan kita kufuri;
Suara lancang perlu ditutuh , kita gagahi!

Lima dekad lalu anak Tanah Melayu bersatu:
Di London diikat janji ke arah satu:
Tak diperlu debu sengketa yang tepu,
Diperlu hanya suara hati yang merdu.

Kini ditiuplah debu laknat itu;
Kini bertebanganlah zarah debu itu.

8-9, 7.11. O. SALAM SYAHID

Anonymous said... July 10, 2011 at 3:23 AM

yg kau nak marahkan org melayu islam apa kau ingat allah senang2 nak ixinkan kalu allah ixinkan pun jgn takbur. so bawak lah elek lum masanya lagi yg ramai tu smua mengucap kalimah yg sama

 
Top