..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Selepas melepaskan jawatan sebagai mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin semakin ligat dengan sesi ceramah dan kelas pengajiannya sehingga memaksa dirinya terus memberi pendapat umum bagi mengekalkan populariti di kalangan masyarakat. Dari kebanyakan kenyataannya seolah-olah dia belum puas untuk bermabuk dalam publisiti. Dr Asri cuba untuk menongkah persepsi konvensional tanpa sedar semakin banyak pendapatnya yang kontradik dan mengelirukan umat Islam di Malaysia.

"Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian. Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" - Dr Asri (malaysiakini)
Pendapatnya dalam malaysiakini memang jelas bercelaru seperti dia tidak faham langsung situasi bagaimana yang berlaku dalam krisis sekarang.

Tiada nas atau dalil yang menyebut pengharaman memasuki gereja atau rumah ibadat agama lain (kecuali hadir meraikan majlis keagamaan mereka atau melanggar aturan Islam). Sejarah menyebut Khalifah Umar ra sendiri pernah bersolat dalam sebuah gereja di Baitulmaqdis. JAIS atau jabatan agama lain tidak pernah menyerbu atau menangkap pengunjung yang datang melawat kuil Hindu di Batu Caves atau memasuki biara Buddha dengan binaan tokong terbesar di SEA hasil pemerintahan Nik Aziz di Kelantan.

Apa yang berlaku di DUMC dalam situasi yang jauh berbeza. Apakah Dr Asri tidak pernah mengkaji dan bertanya mengapa JAIS bertindak sedemikian atau pura-pura tidak tahu untuk mengeluarkan pendapat yang populis? Kehadiran JAIS ke DUMC adalah hasil aduan awam yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan majlis pada malam itu, bukan kebimbangan membabi-buta mereka ke gereja & terpengaruh dengan kristian. Dr Asri, tolong BACA SINI (klik!)

Berkenaan larangan orang Islam memasuki masjid... hanya berlaku kerana melanggar etika peradaban masjid bila tampil di ruang solat utama dengan tidak bertudung & jauh sekali untuk memungkinkan usaha dakwah ke atasnya bila dia dipanggil berucap, bukan untuk mendengar ucapan di dalam masjid.

Dr Asri harus cuba jujur dalam usaha dakwah walaupun berkaitan dengan sumber rezekinya. Tidak perlu berterusan mencetus kontroversi dengan pendapat2 yang kontradik. Dr Asri nyata keliru dan sering mengelirukan umat dengan kekeliruannya!!

Beberapa orang rakan blogger turut kesal dengan kenyataan Dr Asri:
Apa yang menjadi kebimbangan saya dalam beberapa hari ini ialah berhubung kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung isu Jais-gereja boleh membuatkan orang ramai tidak lagi menghormati beliau.

Kenyataan-kenyataan yang dkeluarkan beliau bertentangan dengan perasaan majoriti orang-orang islam yang rata-ratanya menyokong tindakan JAIS. Yang tak sokong hanya sebahagian islam Pas, sebahagian islam PKR dan sepenuhnya islam DAP.

baca entri penuh blog RBF (klik!)
Pandangan MAZA mengenai isu penyerbuan JAIS ke DUMC boleh diambil sebagai contoh yang mengelirukan umat Islam.Dari kenyataan yang MAZA berikan, Keris terasa beliau telah dipengaruhi oleh fahaman luaran dimana beliau mengakui bahawa disebabkan toleransi dan pendekatan yang dilakukan oleh pihak Gereja menyebabkan ramai orang-orang Islam makan budi kepada agama Kristian dan diperkatakan itulah antara punca ramai menjadi pengikut Kristian.

Pada Keris kenyataan ini lebih kepada menyalahkan umat Islam sendiri, inilah polemik yang sekian lama menular di kalangan ‘orang tengah’ yang suka masuk campur sesuatu isu dan dipolitikkan. Dari situ akan timbul kontroversi, juga disebabkan peranan 'pihak tengah' seperti pemimpin, tokoh agama dan media yang tidak mengarahkan permasalahan kepada penyelesaian. Sebagai seorang yang berilmu tinggi dan memegang Ijazah Kedoktoran Pendedahan Ilmu Islamik Dan Warisan (Al-Quran Dan Sunnah), tetapi sering membuat kontroversi dan melahirkan kenyataan bercanggah dengan pemikir agama yang lain, Keris nasihatkan berhentilah berhujah mengenai isu Islam.

baca entri penuh blog KERIS7LOK (klik!)
Jika Asri terlalu yakin bahawa dengan hujah mampu menyelesaikan segenap masalah yang sedang melanda umat Islam kini - maka sudah tentulah Islam tidak akan menyariatkan jihad bagi menentang kaum kafir yang terang-terang memusuhi Islam dengan memurtadkan para penganutnya. Bahkan jika benar Islam ditegakkan hanya dengan hujah, maka mengapa Saidina Abu Bakar menggunakan pedang bagi memerangi umat Islam yang murtad setelah kewafatan Rasulullah? Mengapa Abu Bakar tidak menerima cadangan para sahabatnya yang mahu beliau mengadakan dialog terlebih dahulu dengan golongan yang murtad tersebut? Mengapa Abu Bakar mendahulukan "tangan" atau kuasa bagi mencegah kemungkaran yang berlaku pada zamannya?

Dan yang lebih penting lagi, mengapa Abu Bakar tidak menggunakan "lisan" atau hujah dalam berhadapan dengan puak-puak riddah tersebut? Sedangkan pada waktu itu para sahabat besar Rasulullah masih ramai, di samping mereka semua bijak berhujah? Apakah Abu Bakar dianggap takut untuk berhujah dengan puak-puak murtad tersebut? Jawapannya tidak!

baca entri penuh blog AZLISHUKRI (klik!)

Kenyataan bekas mufti ini selalu bersifat 'play safe' dia tidak akan mengeluarkan kenyataan secara jelas pihak mana yang dimaksudkan dengan niat jika ada berlaku bercanggah pendapat kelak, beliau mampu untuk 'pusing' semula apa yang dia kata untuk menyelamatkan dirinya.

Malah jika ada yang masih ingat mengenai isu 'penggunaan kalimah Allah' kepada Kristian dahulu pada awalnya Dr.Asri mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh golongan Kristian. Tetapi kenyataan ini tiba-tiba 'bertukar' setelah Dr. Haron Din mengatakan jatuh kufur sekiranya kita sebagai umat Islam membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.

baca entri penuh blog DOUBLE-Y (klik!)

Dan video di bawah ini salah satu contoh Dr Asri cuba untuk bersuara atas kefahamannya sendiri, mengaitkan ketuanan Melayu dengan 'choosen race' dan 'malay supermacy'... pernahkah kita mengganggap diri kita sebagai bangsa Melayu yang sebegitu rupa???? Dr Asri sering mencipta persepsi sendiri berkaitan sesuatu isu, untuk melontarkan pendapatnya yang syok sendiri! Bandingkan pendapat Dr Asri berbanding pendapat Ustaz Kazim... siapa yang tepat, siapa yang mengelirukan??



9 das tembakan!:

Anonymous said... August 12, 2011 at 4:55 AM

kita nak tahu drasri jawab perkara yg berlaku kpd 12 orang melayu islam didalam gereja ini..salah atau tidak..boleh atau tidak boleh..pastu blhla dibuat kesimpulan ttg perkara selanjutnya,termasuklah penahanan oleh pihak jais..
isunya disini ialah pemesongan akidah umat melayu islam oleh puak gereja dg berselindung disebalik perkara kebajikan..
dg aktiviti2 seperti yg dilapurkan..
adakah perkara spt ini boleh dilakukan secara bebas dmsia ..?

Anonymous said... August 12, 2011 at 5:30 AM

Betul ke bro?Kalau betul memang dah lain macam Dr ni. Tapi Malasiakini punya sumber?leh percaya ke?

Anonymous said... August 12, 2011 at 7:25 AM

Dr ASRI ni totok PAS!

Anonymous said... August 12, 2011 at 7:43 AM

Aku setuju sgt2 dgn kenyataan dr asri KALAU semua org islam kat malaysia ni taraf pendidikannya sama tinggi dgn dia...kenyataan dr asri ni agak selfish, tak fikir ke org2 lain tu taraf pendidikannya macam mane tak semuanya belajar tinggi,cara berfikirnya macam mane..

Anonymous said... August 12, 2011 at 7:54 AM

betul anon 4.55 persoalan tu masih belum dijawab Asri

Anonymous said... August 12, 2011 at 10:52 PM

Aku dah lama muak ngn mufti pencen ni.kalau nk main politik mainlah betul2.kalau nak berdakwah ,dakwah lah betul2..jangan buat orang keliru la bai.

Abd Razak said... August 13, 2011 at 6:58 PM

setahu saya dr asri iniadalah ulama perosak..seperti mana2 dalam ceramahnya ,segala pertuturaan beliau agak kabur.saya ada mendegar dan melihat dalam youtube beliau ada mengatakan satu kesalahan sekiranya kita pergi mengintip dan menangkap org islam yg berzina didalam rumah sendiri sedangkan kita kena mencegahkan dan menhalang zina didalam kariah kita untuk mengelak bala allah keatas kampung kita..
bagi saya beliau adalah ulamak perosak kerana cenderung kearah pembangkang dan membelakangkan kebenaran

Hamba Allah Yang Pemurah said... August 16, 2011 at 5:21 PM

sebelum kritik seorang mufti, kaji diri sendiri dulu...sesungguhnya islam menggalakan umatnya saling nasihat menasihati..bg cukup ilmu di dada sebelum kritik..jgn komen ikut perasaan..guna akal dan minda yg tuhan bagi..

Anonymous said... August 17, 2011 at 5:11 AM

Pada aku dua2 betul. Tapi dr asri hanya memikirkan tentang agama dan menganggap positif kepada bangsa2 lain. Tapi perspektif ustaz kazim pulak, ustaz kazim memikirkan tentang agama dan tau serta kaji pulak tentang bangsa2 lain. Ustaz kazim tau yang sekiranya bangsa melayu tidak diwujudkan ketuanan nya, islam susah nak bertapak di Malaysia ni memandangkan cina dan india pun bersungguh2 nak memusnahkan islam. Sedangkan dr asri hanya mengambil secara asas dan tidak menganggap Malaysia ini sebagai sebuah negara, hanya islam yang wujud.

 
Top