#DUMC: FRUSTRASI PAS JIKA UMNO JADI PENYELAMAT AKIDAH!!

Perkembangan itu menguatkan lagi syak daripada PAS berhubung dakwaan elemen campurtangan Umno dalam operasi berkenaan.

"Jadi kita minta kerajaan negeri ambil tindakan sewajarnya atas dakwaan ini," kata Hasbullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
-meloyakini
kecewa, kaget & terkesima... itu reaksi kebanyakan pimpinan PAS bila cuba mengaitkan UMNO sebagai 'tangan ghaib' dalam operasi yang dilakukan oleh JAIS di gereja DUMC lebih seminggu lalu. parti islam yang semakin pudar nuansa islaminya tidak dapat menerima hakikat bukan pihaknya yang berperanan menyelamatkan akidah umat dari dipesongkan, malah mempertikaikan tindakan JAIS walaupun semakin jelas dengan pelbagai bukti tindakan JAIS itu tidak mungkin tersilap.

benar atau tidak tuduhan yang dilemparkan... kita tidak harus melatah, malah patut berbangga bila 'ops akidah' yang dijalankan oleh JAIS dikaitkan dengan UMNO. kerana tiada kompromi dalam membicarakan soal akidah, tuduhan tersebut secara tidak langsung menafsirkan PAS tidak mampu lagi memperjuangkan kesyumulan islam di negara tercinta ini... tapi misi tersebut kini sudah diambil-alih oleh UMNO. ditambah pula dengan suara PAS yang semakin dibisukan dari menyebut persoalan islam oleh rakan2 pakatannya, DAPig & PKR.

apapun gua lega bila membaca komen seorang penyokong PAS (dari link di atas) yang masih rasional bila membincangkan soal akidah dan maruah islam... bukan seperti kebanyakkan pimpinan mereka kini yang cuba mengheret semua isu menjadi sepak-terajang politikal! harap masih bersisa penyokong2 PAS yang berfikiran terbuka seperti Halim Salleh...


*JIKA - jika tuduhan itu benar...

Comments

Anonymous said…
UMNO tak salah langsung tapi PAS memang sangat bersalah sebab mengecam saudara seagama yang cuba menyelamat mereka yang cuba dimurtadkan. Kuasa ditangan PAS untuk mencegah tapi pusing kaitkan UMNO ini yang kami pening.