PENDEDAHAN BLOG DOUBLE-Y ISU MISMAH DIIKTIRAF UTUSAN!!


pendedahan tentang penipuan MALAYSIAKINI berkaitan isu MISMAH yang dibongkar oleh blogger DOUBLE-Y (klik!) akhirnya diiktiraf oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA bila ruangan 'DARI BLOG' kelolaan lukman ismail memberi tumpuan khusus hanya berkaitan isu MISMAH pada ruangan minggu ini. beberapa blog proBN yang turut memaparkan isu tersebut turut disenaraikan. harap blogger2 proBN akan terus membongkar penipuan & tipu-helah desperado yang dibuat oleh portal, blog & dari lidah pemimpin2 pembangkang/PR!! aigoOo... berjuang terus!!

MalaysiaKini, kisah Mismah dan kod 71

HEBOH di alam siber apabila MalaysiaKini melaporkan konon seorang wanita Indonesia bernama Mismah memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam selepas mendapat status penduduk tetap, kemudian tersenarai sebagai bakal pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Isu itu telah digunakan oleh para penulis blog propembangkang untuk memburuk-burukkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR dan kerajaan.

Bagaimanapun, para penulis blog prokerajaan terutama blog Double Y(yuseriyusoff.blogspot.com) mengeluarkan bukti-bukti menunjukkan bahawa laporan portal berita itu tidak tepat dan bersifat fitnah.

Penulis ini berkata, wartawan yang membuat laporan itu, Kuek Ser Kuang Keng perlu bertanggungjawab kerana dia yang menyediakan berita palsu berhubung Mismah dan selepas diasak oleh para penulis blog prokerajaan, beliau menuduh pula SPR yang menukar status wanita terbabit dalam rekod mereka.

Sehubungan itu, beliau menyeru wartawan terbabit didakwa di bawah akta-akta sedia ada.

"Bagi saya wartawan Kuek Ser tidak berfikir panjang dalam menilai keharmonian dan keselamatan sesuatu komuniti. Laporan berita yang ditulis semalam berniat jahat menyerang agensi-agensi kerajaan.

"Kuek Ser berniat melemahkan keyakinan rakyat terhadap agensi penting macam JPN. Wartawan MalaysiaKini ini wajar dikenakan dengan akta-akta yang telah wujud dalam negara kita, supaya menjadi pengajaran kepada wartawan lain agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu berita," katanya.

Laporan JPN jelas menunjukkan bahawa tidak wujud sebarang proses kelulusan dalam tempoh empat jam sebaliknya Mismah sudah menjadi penduduk tetap selama 29 tahun dan kelulusan kerakyatannya pada Januari lalu.

Blog Papa Gomo (www.papagomo.com) juga membidas MalaysiaKini kerana sanggup membuat laporan tidak benar dan rekaan setelah menyedari pembangkang semakin terdesak untuk mencari sokongan rakyat.

"Persoalan pada kita semua apa tindakan kerajaan Malaysia pula? KDN (Kementerian Dalam Negeri ) yang seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap MalaysiaKini yang telah membuat satu pembohongan ketara dalam pelbagai isu namun sehingga kini ditikam bagaikan tak lut oleh KDN.

"Apa yang telah MalaysiaKini lakukan jelas membuatkan rakyat memandang serong terhadap kerajaan BN, walhal isu Mykad tersebut adalah satu konspirasi terancang pemimpin pakatan pembangkang," katanya.

Blog Musram Rakun (musramrakunman.blogspot.com) pula mahukan KDN menampilkan Mismah, individu yang menjadi bahan oleh pihak pembangkang untuk mempertikaikan ketelusan JPN, SPR dan Jabatan Imigresen.

"Jangan tunggu lagi, ambillah iktibar dari perhimpunan Bersih kerana lambat bertindak akhirnya meletup," katanya.

Sementara itu blog KL Boyz (klboyzwangsa.blogspot.com) pula berkata, sebenarnya bukan suatu perkara yang mudah bagi seseorang warganegara asing untuk memperoleh kerakyatan negara ini dan mereka perlu mendapat memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Katanya, jika mereka sudah berusaha untuk mendapatkan MyKad begitu lama dan dengan bersusah-payah, kenapa mereka dihalang untuk mengundi kerana mereka telah menjadi rakyat Malaysia yang faham dan akur dengan undang-undang negara.

"Sebenarnya pembangkang ketakutan kerana ramai mereka yang berstatus penduduk tetap telah diluluskan oleh kerajaan untuk mendapatkan kerakyatan negara Malaysia, setelah lama menginap di sini yang rata-rata telah lebih dari 20 tahun," katanya.

Selain Mismah, isu kod negeri 71 pada kad pengenalan pengundi juga dijadikan bahan oleh pihak pembangkang untuk memperlekehkan SPR yang konon kod tersebut adalah kod bagi rakyat berstatus penduduk tetap tetapi dibenarkan mengundi.

Sehubungan itu beberapa blog termasuk MyMassa (mymassa.blogspot.com) dan Gerakan Anti PKR atau GAP (gerakan-anti-pkr.blogspot.com).

MyMassa mendedahkan bahawa jika benar kod negeri 71 bagi pengundi berstatus penduduk tetap, bermakna beberapa pemimpin mereka termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga boleh dianggap berpenduduk tetap seperti Mismah kerana mempunyai kod negeri yang sama.

Katanya, tuduhan bahawa mereka yang mempunyai kad pengenalan dengan kod negeri 71 sebagai pengundi hantu telah membongkar bahawa Azmin, Zuraidah Kamarudin (Ketua Wanita PKR) dan Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) juga dianggap berstatus penduduk tetap dan pengundi hantu.

GAP mengulas, jika BN menggunakan kod negeri 71 sebagai pengundi hantu, bagaimana dengan tiga ekor hantu ini? "Dah sah-sah Azmin, Saifuddin dan Zuraida juga penduduk tetap. Pembangkang lagi teruk, bukan pakai penduduk tetap sebagai pengundi tetapi sebagai pemimpin," kata GAP.

Blog House PK (parpukari.blogspot.com) pula berkata, isu kod negeri 71 yang dibawa oleh para blogger propembangkang ternyata makan diri sendiri apabila didapati para pemimpin mereka juga mempunyai kod negeri yang sama dengan pendatang.

"Maka tidak hairanlah mengapa mereka menentang sistem biometrik yang mahu diperkenalkan oleh SPR dengan bersungguh-sungguh sehingga sanggup menipu mengatakan penggunaan dakwat kekal celup jari lebih cekap berbanding sistem biometrik yang didakwa boleh ditipu.

"Sebabnya mudah sangat, kalau sistem biometrik diperkenalkan dan dikuatkuasakan, ramailah pemimpin pakatan haram yang akan didedahkan sebagai PATI (pendatang asing tanpa izin)," katanya. - UTUSAN MALAYSIA

Comments

Yuseri Yusoff said…
Terima kasih Utusan Malaysia. UM ni akhbar wajib gua baca bro...

Lu ni pagi2 up lebih2 apahal? Nak bukak puasa buffet kt hotel ke apa?

Hahahaha...

Tahniah pro-UMNO fella's...
tahniah kepada YY.


juga kepada 1peluru yang terlebih dahulu top dengan isu wardina.


kita menulis dengan niat ikhlas tentu diangkat oleh Allah.


teruskan perjuangan sahabat2.
Anonymous said…
haha menarik baca blog ni. Mesti puak pembangkang menangis http://hashxline.blogspot.com/2011/08/isu-mengenai-mismah-dan-apa-yang-perlu.html