..

UNDER CONSTRUCTIONS...



‘SERANGAN JAIS’ KE ATAS GEREJA: TANYA DIRI KITA DULU!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya belum ingin mengulas tentang ‘serangan’ atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan ‘serangan’ itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.
Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah birokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM 100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang muslim menerima bantuan daripada bukan muslim. Apatahlagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan disudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap orang untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu. Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa. Janganlah jika kita gagal membantu –sedangkan kita mampu- kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

PPZ, baitulmal atau JAKIM - WAJIB menyiasat dan mengeluarkan kenyataan media benarkah ibu2 tunggal dan umat islam yang didapati menyertai majlis makan malam di DUMC terdiri dari golongan asnaf yang TELAH MEMOHON kepada mana2 pusat zakat & baitulmal tetapi belum diambil apa2 tindakan susulan untuk membantu beban mereka.

jika mereka pernah memohon, PPZ & baitulmal harus akur dengan kesalahan sendiri bila terlalu banyak karenah birokrasi yang menyekat bantuan kepada golongan yang benar2 memerlukan, sebelum ada pihak berkepentingan mengheret lebih jauh isu penting ini ke kancah politikal untuk menghentam kerajaan. jika mereka tidak pernah memohon, kesalahan jelas terletak kepada diri mereka sendiri... waima ALLAHpun takkan menolong hambaNYA yang tak pandai untuk memohon (berdoa).

dan harapnya PPZ/baitulmal atau JAKIM mengambil langkah SEGERA untuk menyiasat dan membuat kenyataan media, sepertimana yang dibuat oleh JPN berkaitan isu mismah tempohari bagi menutup cerita2 bodoh yang akan berlegar di portal/blog pembangkang!

.

4 das tembakan!:

Anonymous said... August 7, 2011 at 10:50 PM

apa PPZ buat ????. Tiap-tiap bulan keluar buletin, cerita bantu sana-sini - membazir buat printing untuk buletin adala. Sapa nak baca. Berapa banyak yang diedarkan tu masuk tong sampah saje. Yang untung adalah orang yang buat buletin tu. Dapat duit zakat, akhir tahun declare berjuta-juta. Pejabat PPZ bukan main hebat, komputer merata-rata. Bangunan buat sana sini, berapa kerat yang PPZ bantu orang islam. Orang Islam perlu wang zakat nak beli makan minum, bukan rumah , bangunan atau apa-apa berbentuk batu dan kayu. Mau soru, wang tarak. harga barang mahal. Budak nak bayar yuran minta PPZ, mereka buat diam saja. Lebih baik bayar income tax daripada bayar PPZ. PPZ terlalu mewah - tak proaktif cari orang miskin. Yang mereka buat adalah tunggu orang susah cari mereka, bukan mereka cari orang susah. Ini lah sebahagian dari akibat nya. Bila orang tanya apa dibuat dengan duit zakat tu, pandai pulak fikir konon orang cuba mempolitikkan zakat.

Otak Geliga said... August 7, 2011 at 11:41 PM

heh...byk dah aku baca mengenai PPZ ni....ada yg buruk ada yg baik

cuma musykil BANYAK, duit buat bangunan tu dtg dr mana?...kenderaan PPZ utk kakitangan dtg dari mana?...duit buat buletin tu dtg dr mana?

brapa bayaran utk stp kakaitangan terlibat? melebihi penerima zakat yg lebih berhak ke? brapa ramai yg dibantu setiap tahun?

kalau dgr, PPZ Selangor kata dpt pungut juta2 malah bertambah2 stp tahun. mana duit2 tu pergi suma ye?

Ini bukan soalan utk PPZ Selangor je tp suma. masalah nak terima bantuan zakat mmg byk kita dgr...tp sebab birokrasi ke? kerenah pekerja PPZ ke? masalah peminta bantuan ke?

Harap2 perkara ini dpt la buka mata pekerja2 PPZ di seluruh Mas. perkara birokrasi n profesionalisma pekerja PPZ bukan perkara baru tp dah lama dah.

Supaya lepas ni dpt kerja lebih efisien n profesional.

nak salahkan PPZ kita x tau mcm mana cara mrk bekerja, apa sbnrnya yg mrk buat, n mana duit tu disalurkan. harap2 lepas ni ok.

Anonymous said... August 8, 2011 at 12:32 AM

Sebenornya dah byk yg pusat zakat bantu,cuma kita jer yg x tau...menuduh senang tp tanya ustaz tu apa yg dia dah buat utk sama2 membantu org islam selain dr sibuk mempromosi diri sendiri

Anonymous said... August 8, 2011 at 9:47 AM

memang betul banyak yang PPZ bantu. Kita cerita pasal Buletin tu, kita nampakla bantuan dia. Orang bukan tak dak akai. Orang boleh baca dan menilai.
TAPI kena INGAT, LEBIH BANYAK YANG PPZ TAK MEMBANTU dari membantu DAN LEBIH BANYAK MEMBAZIR dari membuat perkara yang lebih berfaedah.
Kalau tak percaya, pakai pakaian kemas dan pergi ke kaunter, cer tanya kata nak minta bantuan kewangan. Itu saja. Apa body language dan percakapan mulanya....... tak semua kot macam tu tapi ini PPZ, semua kena elok. Sesuaikan budipekerti. Ini pusat melambangkan kebajikan Islam, bukan BANKKKKK. Sebab itu lah , kalau kau tengok, kaunter PPZ lengang. Apasal lenggang? Sebab orang dah tau jawapannya. lebih baik pinjam dengan Along daripada minta bantuan PPZ. Bank jauh sekali laa. AKU ULANG; Banyak yang PPZ tak bantu dari membantu. yang membantu tu pun mungkin silap bantu...lu fikir la sendiri.

 
Top