..

UNDER CONSTRUCTIONS...

"Kami orang-orang polis tidak akan menyerah diri!!
Biarlah kami mati di sini!!
Bukit Kepong menjadi tanah kubur kami!!"
-Sarjan Jamil


Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

1 - Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
2 - Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, [Komunis Melayu - Mat Sabu sebut sebagai "Mahendra"?] di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun.

Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran. [1]

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Peta Serangan Balai Polis Bukit Kepong

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka. -WIKI
Ini komen Mat Sabu 121 mengenai peristiwa berdarah Bukit Kepong:


Jika didengar dari satu sudut yang polos mungkin ada yang mengangguk mengakui ada kebenarannya dalam kata-kata Mat Sabu 121 melalui video di atas. Tapi jika diamati secara tulus dengan hati, kita boleh menjangka Mat Sabu 121 sebenarnya bersuara mewakili DAP yang tak pernah surut dengan ideologi komusisme mereka.

Sejarah tidak pernah mengubah PKM, API, AWAS & KMM merupakan sebahagian daripada parti politik di Tanah Melayu era pra-merdeka yang sama2 berjuang menuntut kemerdekaan. Namun cara perlaksanaan & ideologi mereka yang menyebabkan mereka tidak diterima masyarakat Tanah melayu sendiri. Sila rujuk buku "Chin Peng My Side Story" dan "Have You Meet Mariam?" untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Sememangnya British adalah penjajah (selepas Jepun menyerah kalah)... tapi mereka bukan pengganas seperti konsep perjuangan PKM. Mat Sabu cuba mengangkat martabat pengganas sebagai pejuang kemerdekaan kerana tidak dapat mengakui kelebihan Malaysia menyedut udara merdeka melalui toleransi dan rundingan bersama British, tanpa pertumpahan darah!

Apapun kita patut tahu Mat Sabu 121 serius dengan pengucapan itu! Fakta sejarah akan berubah jika PakatanRabak berjaya menerajui Malaysia, pengganas Komunis akan diangkat martabat sebagai pejuang kemerdekaan... demi menafikan kebijaksanaan kepimpinan UMNO terdahulu yang mencorak wadah kemerdekaan dengan penuh berhemah.

Pengganas Komunis adalah pejuang sebenar kemerdekaan Malaysia??! Haruskah kita biarkan sejarah diubah & ditulis sebegitu??? Mungkin Chin Peng akan dibawa pulang & dilantik sebagai Menteri Mentor jika PakatanRabak ditakdirkan memerintah... Ya ALLAH selamatkanlah MALAYSIAku!!
.

20 das tembakan!:

Anonymous said... August 28, 2011 at 10:44 PM

itulah jadinya apabila mat merapu take a beer till drunk. apabila pakatan rosak memerentah malaysia sejarah pasti akan diubah. komunis akan dimartabatkan sebagai pejuang kemerdekaan. raja-raja melayu akan digulingkan, khalifah lim gilo engkau akan dimartabatkan mengantikan raja-raja. khalifah lim kau siol akan diangkat menjadi perdana menteri. kapak sing akan menjadi menteri undang-undang, gabenor ronie lee akan menjadi menteri kewangan dan hal ehwal arak, ustazah teresa berkokok menjadi menteri hal ehwal agama dan kemanusiaan, hasan ali akan menjadi budak suruhan, khalid gereja akan menjadi pemantau tahap kepatuhan rakyat kepada pakatan rosak, nizar akan menjadi memteri pembangunan tanah, tugasnya meminda undang-undang agar tanah milik cina diberi geran sehingga 1000 tahun, lebih banyak tanah diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan cina untuk pembangunan sekolah tersebut. ostad azizan akan dikerahkan merampas tanah wakaf milik yang pro kepada umno untuk diserahkan kepada khalifah keagungan mereka. fuh banyak pembangunan dan perubahan akan berlaku. sokonglah pari rosak untuk perubahan yang hebat ini. nwar jangan mimpi la nak menjadi perdana menteri - pasti kapak sin akan humban ke dalam penjara kerana banyak rahsia nwar kapak sin tahu.

Nam Ron said... August 29, 2011 at 2:20 AM

Tiada apa salahnya dengan mat sabu..fakta beliau memang tepat.hujah beliau berlandaskan sejarah!..tidak seperti media arus perdana yang memanipulasikan berita..setelah saya mendengar hingga habis ceramah beliau saya dapati fokus sebenar mat sabu adalah kepada seorang melayu bernama Mohamad Indera (Mat Indera). org inilah yang memimpin serangan ke atas rumah pasong bukit kepong pada th. 1950 yang diangkat oleh mat sabu sebagai nasionalis. Oleh kerana mat indera ni menggunakan platfom PKM menyerang balai polis tersebut maka kenyataan tersebut telah disalah tafsir oleh media.Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan mengkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca.Mat Indera inilah org yang mengangkat senjata melawan penjajah british. Adakah onn jaafar atau tunku yang diwar-warkan oleh Umno sebagai nasionalis sedangkan mereka berdua adalah tali barut british yang melawan orang yang melawan british..mereka ini barua british sebenarnya!..nasionalis kepala butuh jenis apa ni!

Anonymous said... August 29, 2011 at 5:14 AM

Kepala Bapak kau la Namron

waris-dato-bahaman said... August 29, 2011 at 7:42 AM

en namrud..eh silap nam ron...

tak semua org berjuang dengan mengangkat senjata...

tujuan perjuangan mungkin sama tapi cara berbeza..

tpi nk ckp jadi barua..abis ko xnak kata mat indera tu barua cina pulak?..

cuba crik berapa nyawa/kemusnahan yg komunis guna nk dapatkn kemerdekaan..?? berjaya ker??

try crik pulak berapa nyawa tunku abdul rahman guna nk dapatkn kemerdekaan??..jumpa x?? berjaya ke x?

mmg kau xkisah bukan nyama keturunan kau yg komunis guna..
mungkin sebab bapak kau barua komunis jugak kot...

bykkn lgi membaca..pastu nilai pakai secara terbuka bukan dlm kotak ideologi darah hijau kau...

Anonymous said... August 29, 2011 at 8:23 AM

wah.. namrud oopss.. nam ron tu rajin bace woii... sejarah mungkin berulang wei.. tapi tak mungkin berubah... melainkan ko ade mesin mase... gi balik sane jadi pejuang yang mempertahan kan tanah melayu...

Tapi..

"Celakalah bagi yang merentasi masa"

Aku syor ko bace lebih lagi sket.. ko bace tu da ok dah.. tapi tambah lagi la eh....

Anonymous said... August 29, 2011 at 10:30 AM

Bangsat punya manusia!

Hanya kerana kedudukan dunia sanggup berdiri teguh dengan Komunis Jahanam.

TOLONG BUANG JANGUT YG HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU DAN KOPIAH PUTIH. Sudah cukup hancur agama Islam kamu jaja. Tunggu waktu nanti kamu di panggil Allah SWT.

Tunggulah saat itu, siapa nak mandikan, kapan & solat jenazah kamu? Kamu mintak Komunis Jahanam uruskan semua!

Kamu memang Bangsat OTAK TIGA SUKU.

aku@JB

AnaQarbana said... August 29, 2011 at 3:24 PM

Pasukan keselamatan peranannya berjuang...
Manakala ahli/tokoh politik@politaik tugas dan peranannya ialah di label sebagai "pejuang", seperti Mat Sabu, al-Juburi, termasuklah pemimpin/tokoh UMNO dan parti politaik lain...Pejuang ni biasanya ataupun sifatnya terlalu banyak "Bercakap", Cakap, ceramah, tazkirah, usrah, menyeru, mencaci, menghina, menghukum... manakala kerjanya "Zero".........
Manakala insan yang berjuang...langsunag tiada suara kedengaran di mana-mana, yang paling enaknya, golongan inilah yang sering menjadi sasaran kecaman, tohmahan, difitnah, di benci, di musuhi dan di label dengan berbagai label yang mengerikan serta menjijikan....tapi golongan yang berjuang ini suaranya langsung tak laku, tidak mempunyai kekebalan, terus di hina dan di caci...seolah-olah golongan ini lebih hina dari spisis BABI dan mungkin setaraf dengan IBLIS, ataupun FIRAUN......
Memang benar...sejarah mungkan dan akan berubah sekiranya PAS, PKR dan DAP memerintah selepas PRU ke-13 ini.....saya percaya dan yakin....semua pegawai/anggota PDRM/ATM akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh sejak tahun 1948 hingga sekarang dan PDRM dan ATM akan disabit dengan gerakan penghapusan etnik....inilah yang di katakan sejarah.....

mat teghap.....

Anonymous said... August 31, 2011 at 12:34 PM

janagn cakap bukan2..... aku ni salah seorang waris yang terkorban dalam serangan bukit kepung ni tak jaga perasaan langsung hati keluarga ku ini.....kalau ikutkan hati aku penggal je penghianat bangsa..... keluarga ku berjuang untuk tanah air demi bangsa dan agama ..... tahu kenapa melayu tak trima komunis kerana mereka tak percaya agama.... Mat mabu sokong komunis kenapa dia tak ada agama ke? kalau macam tu wat apa masuk PAS kalau komnis pun tak percaya islam......jangan perkecilkan perjuang bangsa dahulu.... LT Adnan dan perwira lain pun pejuang bangsa melayu walaupun beliau dibawah pemerintahan British,,,,,mereka berjuang demi negara dan bangsa serta agama islam tercinta..... fahami sejarah.....jangan cuba alihkan sejarah.... bangsa melayu berjuang dalam kedamaian bukan dalam kekejaman (Anak Johor)

Anonymous said... August 31, 2011 at 9:11 PM

dari RANJAU UTARA

Aku rasa beruk sabut tu saja nak alihkan kita dari masalah liwat anugerah yang takda telur nak masuk kandang saksi..penakut dan bacul. itu lah standard wibawa kononnya bakal pm yang serba takut dengan segalanya sampai bicara tangguh 3 tahun lebih. Kita jangan alpa dgn kes peliwat ni sebab kita tak mahu manusia kaki betina dan peliwat memimpin kita...haram jadah konon nak jadi pm, ketua kampung pun tak layak.

pada NAM RONG(kau ni islam ke kapir?)...nanti bila PR menang, ubahlah sejarah negara ikut suka kapir2 laknat tu.

Pingat2 keberanian pahlawan2 kita juga elaun mereka boleh tarik balik dan bagi pada ching peng lahanat dan semua tali barut komunis supaya mereka dapat kau jadikan wira2 negara.

Jangan ingat senang2 kau orang boleh buat suka hati mak bapak kau kalau menang nanti,silap2 tak sampai 100 hari korang tumbang tergolik mcm komunis tak cukup tanah dan lubang nak lari.

Ingat NAMRONG, jangan cabar kewibawaan pertahanan negara, kelak kau juga macam cacing cari lubang...

Syabas pada pejuang2 kemerdekaan dan pasukan keselamatan negara, pedulikan manusia dayus macam mat sabul yang memang tak tahu apa itu dosa sebab dia pun dari dulu kaki maksiat dan bukan ulama.

Anonymous said... August 31, 2011 at 11:53 PM

Celakalah kau Namron.Celakalah kau.!!Sesunguhnya celakalah kau!!Biadap sungguh!Kaulah barua komunis sebenarnya..KAU!!

Anonymous said... September 1, 2011 at 10:39 PM

kerajaan mesti ambil perhatian serius terhadap kenyataan mat sabu,apabila dia membuat kenyataan begitu bermakna dia mewakili dirinya peribadi dan juga parti malahan pendirian para pengikutnya juga, dalam keadaan apapun komunis tetap musuh negara dari dahulu sampai sekarang,musuh Islam sekaligus dan tidak kira siapa itu komunis sama ada melayu,cina, india mereka tetap musuh.Ada mengatakan (sebenarnya mereka keliru)bahawa orang komunis di malaya hanya menghalau penjajah padahal mereka membunuh ramai orang melayu sambil mengatakan sebagai talibarut british sedangkan mereka juga lupa bahawa mereka sendiri (pengganas komunis dan penyokongnya) adalah talibarut chin peng dan komunis tanah besar China malah ada pula mengaitkan UMNO sebagai parti didikan british,bukankah UMNO itu diasaskan oleh orang dan para pejuang melayu tulen?hai orang melayu tanpa UMNO siapa kamu hari ini anak cucu,cicit dan piut kamu yang hidup di Malaysia ini.Berfikirlah secara sedar dan matang. Dalam isu ini bukit kepung contohnya siapa yang menjadi korban dan siapa pula yang melakukan keganasan dan membunuh anggota polis melayu ini? Berapa ramai orang melayu yang mati berbanding askar british akibat kekejaman komunis dan satu pertanyaan berapa peratus orang melayu yang terpedaya tak tentu pasal menganggotai pengganas komunis yang kononnya untuk menuntut kemerdekaan?? kemerdekaan apa? kemerdekaan untuk orang lain dan kepentingan diri. Kamu sendirilah tak celik sejarah,tanya orang2 Islam yang pernah diperintah oleh komunis di China, di eropah timur betapa seksa dan deritanya mereka hingga ke hari ini.

Anonymous said... September 2, 2011 at 2:13 AM

Taniah Datok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Lela yg menbunuh JWW Birch, A Rahman Limbung dll. jasa mu tetap dikenang oleh pejuang Pakatan Rakyat. Yang dianggap komunis oleh UMNO kerana menentang Polis upahan penjajah British spt. berlaku dibukit kepong. UMNO (Untuk Melayu NO) meneruskan agenda penjajah Inggris yg belum ada penghujung lagi.

Anonymous said... September 2, 2011 at 3:23 AM

salam buat anon 2:13

cuba ko tgk buju sejarah...

Datok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Lela, Tok Janggut ni sume ditulis sbgai pejuang ke pengganas???

KOMUNIS X PERCAYA KAT TUHAN!!!
KLU SOKONG KOMUNIS MAKNA SOKONG IDEOLOGI MEREKA!!!
HABIS, ISLAM TU APA???

MAT SABU MMG DAH TERUK TP YANG MENGIKUT LEBIH TERUK!!!

samakita said... September 2, 2011 at 2:21 PM

http://samakita.blogspot.com/
Sebagai penulis blog baru,sudah tentu saya memerlukan sokongan anda semua,oleh itu saya memohon jasa baik rakan semua meletakkan url blog saya pada blog tuan/puan
Jasa baik anda amat diharapkan

Anonymous said... September 4, 2011 at 10:50 PM

salam buat anon 2:13

cuba ko tgk buju sejarah...

Datok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Lela, Tok Janggut ni sume ditulis sbgai pejuang ke pengganas???

KOMUNIS X PERCAYA KAT TUHAN!!!
KLU SOKONG KOMUNIS MAKNA SOKONG IDEOLOGI MEREKA!!!
HABIS, ISLAM TU APA???

MAT SABU MMG DAH TERUK TP YANG MENGIKUT LEBIH TERUK!!!
September 2, 2011 3:23 AM

--------------------------
X baca buku sejarah ka?semua tu dikira sebagai pejuang bangsa...kat mana yg tulis depa pengkhianat bangsa??main ambil percaya saja apa puak pr kata?x buat kajian?x penah belajar kat sekolah?x penah baca buku penentang penjajah?kita nobatkan semua tu pejuang bangsa,komunis/mpaja saja yg kita nobatkan sebagai pengganas.kesian betoi x cerdik sampai tahap mcm tu skali smpi buta sejarah....kalo x cerdik x menyusahkan org xpa,ni x cerdik bawa cerita jaja benda x betoi...bawa fitnah...

Anti Raja Drama Tua said... September 6, 2011 at 11:24 AM

Elo Namrud, takde silap2, memang perangai ko macam Namrud, haram jadah!

Perjuangan pada akal senteng ko mesti setakat angkat senjata je kan? Kena ada perang2, combat2, ade yang mati, cedera baru dianggap bertul2 berjuang...kalau takde semua tuh macam ade yg tak kena pada ko kan? Mase kecik2 dulu tak puas main combat ke?

Onn dan Tunku memikirkan nasib rakyat ketika berjuang menuntut kemerdekaan...Onn dan Tunku BOLEH memilih perjuangan secara kasar dan ganas dgn mengangkat senjata melawan British tetapi siapa akhirnya akan menderita dan menjadi mangsa KALAU BUKAN RAKYAT!! Mereka berpandangan jauh dan jika kekerasan digunakan, British akan menggunakan alasan ketidakstabilan dan kekacauan untuk menjajah lebih lama Tanah Melayu pada masa itu...Ya! Kita mampu melawan British sebenarnya seperti cakap2 akal senteng engko la...May Indera pejuang dan kita boleh minta bantuan Cina2 Komunis, China dan Soviet untuk bantuan senjata, duit dan tekanan politik antarbangsa untuk halau British TAPI adakah kau fikir Komunis, China (yang di bawah Mao) dan Soviet akan bagi bantuan free2 camtu ajer tanpa apa2 balasan??? Kau ingat mereka sebaik dan seikhlas gitu ke? Lihat negara2 Islam di Eropah Timur bila mereka dijajah Soviet...LIHAT!!! Di mana hilangnya Islam mereka selama hampir 70 tahun!! Identiti bangsa2 mereka seperti Tartar, Uzbek dan Kazakh dihapuskan hingga kita menganggap mereka orang Rusia dan bukan beragama Islam...Lihatlah ape jadi pada negara dan bangsa mereka bila dijajah Kesatuan Soviet.

Kau mungkin masih berhingus atau belum lahir ketika peristiwa Bukit Kepong berlaku....Walaupun Mat Indera dianggap pejuang oleh puak kau tapi die tak lebih dari hanya sekadar boneka Cina2 Komunis yang mempergunakan beliau untuk rally sokongan orang Melayu pada masa itu...Alhamdullilah Tok Nenek kita tak sedungu engkau dan memilih untuk tidak menyokong perjuang mereka.

Anonymous said... September 10, 2011 at 3:12 PM

macam2 la zaman skrg ni..pening rakyat dibuatnye..

"Punyai Kereta?
Jika Ya!! Diskaun Hebat Untuk Insurans Kenderaan Anda..
Penghantaran Road Tax Percuma Ke Seluruh Malaysia..
Sahut Cabaran Kami, Peluang Memenangi Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM100,000. Keterangan Lanjut, Layari : www.aiomits.com
Jangan Lupa Like kami di Facebook Pages!! : AiOMI T&S"

Anonymous said... September 10, 2011 at 7:43 PM

celakalah namrod dan pengikut bodohnya..

moyang aku salah sorang mangsa kekejaman komunis... beliau sanggup mati sebab tak nak bekerjasama dgn komunis.. "pantang keturunan aku bersekongkol dgn komunis". itulah kata2nya yg menyebabkan dia dibunuh komunis. paling menyedihkan.. jasadnya hilang smpai sekarang... tak berkubur...

aku sebagai keturunanya amat menyanjung tinggi padanya dan pejuang2 negara yg lain...

pada komunis dan penjilatnya... pegi mampos kau semua...

akuorgmuo!!! said... September 12, 2011 at 1:33 AM

kena baca sejarah mohd salleh bin abdul karim juga kalau nak tahu pasal mat indera!kedua2nya muncul pada masa yang sama,memperjuangkan nasib bangsanya tp memilih jalan yg berbeza-berbeza,walaupun kedua-duanya dikatakan menuntut ilmu yg sama!

Anonymous said... May 24, 2012 at 8:07 PM

aq stuju apa yg mat sabu kta,mngkin apa yg bliau kta akn mnybabkn org2 yg mlas dgn sbjek sejarah tiba2 brminat dgn sbjek itu & mngkji spakah pjuang kmerdekaan sbnarnya...dan k0munis srta parti2 nasionalis brhluan kri la yg prtma skali mmprjuangkn kmerdekaan smntra UMNO pla sb0k dgn hidup melayunya...

 
Top