[VIDEO] PENJELASAN DATO SERI HISHAMUDDIN HUSSIEN

penjelasan tentang pembebasan 6 aktivis PSM:



video di atas merupakan penjelasan menteri dalam negeri, dato' seri hishamuddin tun hussien mengenai pembebasan 6 orang aktivis parti sosialis malaysia (PSM) yang dikaitkan dengan unsur komunisme dalam perhimpunan BERSIH 2.0. persoalan itu dijawab semalam, semasa ds hishamuddin hadir menyerahkan sumbangan ramadhan kepada masjid2 & surau di dalam parlimen sembrong, johor.

ramai di kalangan blogger2 kita sendiri (proBN) yang tidak faham antara tugas polis (KDN) dan tugas peguam negara (KJPM)... dan 'menyerang' ds hishamuddin dengan pelbagai gelaran & tuduhan liar. polis cuma mempunyai kuasa untuk menahan (setelah disyaki) & menyiasat dalam tempoh maksima 60 hari dan menyerahkan hasil siasatan kepada peguam negara. langkah seterusnya terserah kepada peguam negara untuk menjalankan tugas pendakwaan berdasarkan prima facie yang dapat dibuktikan.

hal yang sama pernah terjadi (ketidakfahaman segelintir blogger2 proBN tentang tugas polis/KDN) semasa kes namewee. polis cuma berhak menahan namewee sekiranya dia enggan memberikan kerjasama dalam siasatan SKMM & CYBER SECURITY. SKMM/CS yang akan menyiasat semua hal berkaitan jenayah siber. hasil siasasan SKMM/CS akan diserahkan kepada peguam negara untuk pendakwaan sekiranya ada prima facie seseorang itu layak didakwa.

situasi mungkin berbeza jika membandingkan dengan zaman TUN DR MAHATHIR kerana tunM seorang perdana menteri yang mana ketika itu turut sama memegang jawatan menteri dalam negeri. ds hishamuddin tidak dapat memberikan keputusan muktamad dalam isu penahanan, pembebasan dan pendakwaan sesuatu kes kerana prosedur tersebut turut melibatkan keputusan dari peguam negara di bawah KJPM - perdana menteri, ds najib & menteri di jabatan perdana menteri, ds nazri aziz.

Comments

Anonymous said…
Alahai 1peluru

Ko cum artis janganlah nak kata orang lain tak pandai.

Penerangan kamu cuma curung kakak tua ulang cakap orang.

Entah ko faham atau tidak.

Kalau namewee tak mahu kerjasama, ada undang2 berkenaan enggan kerjasama dengan perkhidmatan awam.

Penjelasan hishamuddin pun bukan cerita sebenar.

Tanya pasal re-arrest.

Tanya pasal memo dari najib turun ke polis nak ke hishamuddin dan turun balik ke polis.

Mesti ko tak tahukan?

Kau cuma artis, cari makan dengan UMB. Sedarlah diri tu.
Anonymous said…
sekalipun dia artis..kau xde hak nak ckp mcmtu kt dia..aku taw 1peluru ikhlas buat semua ni..nk bg rakyat tahu..ko ada buat mcm dia buat?..aku rasa ko ni pon jenis yang pandai cakap je..setakat cari salah orang pandai,salah sendiri xnampak..ceh...
RR said…
anon 9:50... gua bukan cakap sesiapa tak pandai tapi just pasal KETIDAKFAHAMAN pasal tugas polis & tugas peguam negara... dan last2 membelasah pada individu/pihak yg dia sendiri tidak pasti.

artis xleh ke berfikir keluar dari kepompong artistik? yg bukan artis pun blom tentu bleh fikir dgan baik keje/tanggungjawab blogging dia selain beremosi menghentam sesama sendiri cuma pasal kesumat peribadi.
Anonymous said…
1peluru, kau sendiri pun tersilap. Dalam hal samada untuk teruskan pendakwaan atau tidak langsung tiada kaitan dengan bidang kuasa Perdana Menteri ataupun Menteri di Parlimen (dari jabatan PM).
Kuasa pendakwaan secara mutlak tertakluk di bawah bidang kuasa Peguam Negara (u got this right) seperti yg termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.
Tetapi soal samada untuk menahan (bukan mendakwa) atau tidak seseorang itu di bawah Ordinan Darurat ataupun ISA, memang di bawah kuasa Menteri KDN seperti yg secara jelasnya tertulis dalam undang2. Siapa kata Hishamuddin perlu merujuk kpd Nazri Aziz ataupun PM Najib? Tidak perlu - tiada mana2 peruntukkan undang2 yg memerlukan Hishammuddin berbuat demikian.
Zaman Tun Dr Mahathir dulu, keputusan yg beliau ambil atas kapasiti sebagai Menteri KDN dan BUKAN sebagai PM. That's the law my friend.
RR said…
rujuk balik statement ds hisham & statement PM dalam ucapan di pwtc sehari selepas bersih2.0... gua tak rasa POLIS/KDN bertindak sambil lewa sampai menampakkan mereka lembik.

for sure mereka sudah fikirkan sedalam2nya 'game-plan' puak2 PANTATKAN RAKYAT yg memang mahukan mereka DITANGKAP supaya bleh bawak situation jadik makin worst. tangkap macai2 xkan bawa ke mana selagi xde prima facie unt bawa 'kepala'nya ke pengadilan.

kalo cuma bertindak ikut emosi, akal akan ditolak ke tepi. elemen yg sama patut dipaktikkan dalam langkah POLIS/KDN bertindak... dan semasa KITA berblogging. =)