..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Sesuatu yang agak janggal bila karya adaptasi dari komiknya AKU BUDAK MINANG berjaya mendapat slot siaran 13 episod di RTM sedangkan dalam masa yang sama dia sedang sibuk menghentam kerajaan! Malah terdapat ura-ura siri tersebut akan disambung ke musim kedua...

Kartunis Ujang mula menghentam kerajaan sejak 'musuh'nya Datuk Othman Yusof (dulunya rakan kongsi di Kharisma Publications) menang kerusi DUN Kukup (Parlimen Tanjung Piai, Johor) atas tiket BN. Sebetulnya kartunis Ujang hilang hakcipta namanya, majalah UJANG atas kebodohannya sendiri. Semasa krisis di Kharisma, kartunis Ujang telah meninggalkan syarikat itu dan menubuhkan syarikat sendiri untuk menerbitkan majalah LANUN.

Datuk Othman pula membeli hakcipta nama majalah UJANG dari pemilik Kharisma, Michael Lum dan berjaya dengan survival bisnesnya dalam dunia kartun/komik tanahair sehingga kini. Pengurusan majalah UJANG diserahkan kepada anaknya memandangkan Datuk Othman kini sibuk dengan tugas sebagai wakil rakyat di Kukup.

BACA ARTIKEL LANJUT DI BLOG JENDELA MAYA (KLIK)

Rais Yatim & RTM tolong ambil perhatian!!
.

4 das tembakan!:

Anonymous said... September 13, 2011 at 6:03 PM

maaf,Tok MOY wakil rakyat DUN KUKUP.Harap Maklum.

leman decaprio said... September 13, 2011 at 6:09 PM

tq anon... dah diperbetulkan! =)

Anonymous said... September 13, 2011 at 8:16 PM

biasalah tu blogger manusia hipokrit hentam kerajaan tapi cari makan kat kerajaan juga,patut gam dan jangan layan,sekarang di Malaysia ramai manusia spesis begini,jilat ludah sendiri.

Anonymous said... September 13, 2011 at 8:57 PM

Sama la cam bro-bro askar, polis, guru dan pensyarah. Tiap2 bulan jajap duit kerajaan tapi pumpangpumpang belasah kerajaan

 
Top