BERAPA KOMISEN RAIS YATIM DAPAT DARI BEBANAN 6% CUKAI PRABAYAR RAKYAT??

MAXIS mencatat keuntungan bersih RM540 juta dalam suku pertama (hingga hujung mac) 2011, CELCOM pula mencatat keuntungan bersih RM499 juta pada suku pertama 2011... baru suku tahun, maknanya keuntungan bersih tahunan untuk 2011 saja mungkin mencecah RM2 bilion. tapi syarikat2 TELCO ini masih tak puas dengan jumlah itu dan memutuskan untuk membebankan pengguna dengan cukai perkhidmatan 6% yang selama ini mereka tanggung (dan masih punya untung berganda!)

6% mungkin kelihatan sedikit, tapi cuba gandakan dengan jutaan pengguna sistem prabayar telefon di malaysia dan kekerapan mereka top-up setiap bulan untuk menghubungi yang tersayang! kebodohan ketara syarikat2 ini bila mahu mengalihkan bebanan itu kepada pengguna tapi tidak mahu mengatasi masalah itu dengan memotong terus melalui kadar harga berbual/sms atas dasar kompetitif bisnes sesama mereka.

gua dah terima mesej dari CELCOM hari ini mengenai caj 6% bermula 15 september ini... adakah cadangan mereka sudah diluluskan oleh Kementerian Pernerangan Komuniskasi & Kebudayaan (KPKK) di bawah ds rais yatim???? sedangkan PM, ds najib baru saja mengeluarkan kenyataan hari ini supaya syarikat2 TELCO tersebut mengkaji semula mengenai perkara ini...

situasi sekarang seperti rais yatim sudah meluluskan tanpa mengambil kira bebanan rakyat yang rata2 golongan berpendapatan rendah & sederhana sahaja yang mampu menggunakan kemudahan prabayar... tidak seperti golongan berada dan berpendapatan tetap yang mampu untuk melanggan kemudahan post-paid! keputusan melulu rais yatim juga menandakan dia tidak peka kepada kredibiliti kerajaan bila isu seperti ini paling kencang boleh disensasikan oleh puak2 pembangkang... semua rakyat sekarang sudah pakai handphonelah, semua akan terkesan dengan bebanan ini!!

tahniah atas keprihatinan ds najib yang meminta syarikat2 TELCO berunding & mengkaji semula keputusan itu. sedangkan gua wondering kenapa rais yatim tidak boleh fikir & selesaikan dengan bijaksana pemintaan yang boleh diputuskan oleh kementeriannya tanpa mengheret PM bersuara, banyak lagi tugas lain yang PM harus bereskan! kenapa rais buat keputusan melulu, ada komisen yang syarikat2 TELCO tu janjikan ke??

dan apa yang pasti, orang yang paling bengang dengan caj 6% ini adalah MAT SABU... sebab kos untuk dia melakukan phonesex akan meningkat... dah la skang ni kena pakai 3G panggilan bervideo plak... kalau betul ada komisenpun, rais yatim jangan la berlaku kejam sangat kepada MAT SABU!!! errr kalau tak faham cerita... KLIK SINI!
.

Comments

usin said…
rais kan baru dpt duit terpijak saman blogger bengong ari tu. tak cukup lg ke? aku angggap cukai 6% yg aku bayar utk astro tu utang rais yatim pada aku... lepas ni tambah lg 6% telco. 12% sebulan dato'!!!
Anonymous said…
Cukai 6% service tax ikut pengetahuan aku cukai yg boleh ditanggung 50% oleh pengguna dan 50% oleh syarikat yg mengeluarkkan perkhidmatan tersebut.jadi jikalau syarikat itu syarikat yg membuat keuntungan besar tak salah utk diorang tanggung bayaran cukai tersebut ala untung billion2 brapa sangat cukai yg syarikat tu bayar kat kerajaan,cuba balik counter dgn bonus yd diorang bayar kat boss2 besar kata atas gerenti diorang boleh serap la kesan cukai tersebut,kita pun tak tahu betul ke 6% yg kita bayar tu sampai kat kerajaan atau masuk kocek syarikat sendiri??.
contoh celcom last year profit 6.3bill after tax lebih kurang 2.8bill,jadi at least kalau kurang sikit annual profit dia utk tampung cukai 2 rasa2nya risikonya tak tinggi sangat,utk expend company dan beli equipment 2.8 billion tu aku rasa cukup sekarang pun banyak produk diambil dari china cost wise,cuma quality je tak tahu,at at least company show profit cukup la,masalanya bila tiap2 tahun kalau company tu target utk increase dia punya profit beban tu akan turun kepada pengguna,bila pengguna marah,penguna hentam kerajaan.jadi syarikat2 besar kena ada social responbility la jugak,sekarang ni pun banyak syarikat besar pun start employ staff secara kontrak,dari kos bayaran kesihatan dan juga bonus syarikat dah safe pun sebab tak perlu bayar kepada perkerja kontrak.jadi tanggun la sikit beban kami pengguna2 kecil dibawah ni,wahh mcm penganalisi ekonomi lak??,hehehe,kalau silap tolong betulkann.
RR said…
ada yg meroyan serang gua kat FB so gua eksplen kat sini...

gua faham soal tax terletak di bawah kementerian kewangan/treasury berdasarkan service tax act 1975. tapi lesen telco di bawah KPKK/SKMM... jadi rais yatim still bleh main peranan dari melayan karenah kapitalis2 telco yang tak pernah2 puas mengaut untung.

apa salah permudahkan soal tax ni dgan macam2 cara yg boleh dibuat tanpa membuka ruang unt opposition jadikan isu bagi menghentam kerajaan. penat dah siot blogger2 ni la yg susahpayah kena pertahan semua keputusan & langkah kerajaan/menteri yang kurang bijak... menteri2 tu sedap dok hisap cerut di 6stars hotel!

kenakan aje caj tambahan juta2 masa diorang nak renew lesen telco kalo teruskan niat nak bebankan rakyat dgan service tax 6%... sure kapitalis keparat telco tu senyap punya! selama diorang tanggung service tax tu pun still bleh untung billion2!

prepaid dah kira keperluan zaman ini bukan lagi ade option macam nak pilih makan kat KFC yg ade service tax atau makan kat kedai mamak yg xde tax... ape option yg rakyat ade kalo semua kapitalis keparat telco tu ramai2 bersepakat nak bebankan rakyat dengan tax??? kementerian penerangan kena promosikan semula penggunaan telefon awam???
Anonymous said…
yang betul2 rakyat keluar berapa percent dan syarikat pulak keluar berapa percent?,bukan apa,masa tunjuk kat kpkk/skmm mungkin dia tunjuk percentage yg pengguna perlu bayar jadi mungkin rendah kalau topup sekali dgn cukai yg syarikat kena bayar tu yg melambung naik tu,masa tunjuk sikit ja masa finalise tudiaa punya tinggi.naik 6% boleh ,tapi depa boleh bagi ka caj call jadi 1-2sen seminit tu baru adil.
Anonymous said…
itulah pasal,rais jgn suka makan budi,,,,,,minta lap top percuma untuk nak diberi kat budak budak sekolah...imam.wah....macam gampang kita bangga....kerajaan perihatin kononnya....tengok sekarang....telco bagi sikit dia tarik balik.......amik kau rais.lu pikirlah sendiri.......lg baik lu pencen rais...biar sekapal dengan icam auw auw auw....kes lu cepat lu selesaikan...kes orang kutuk raja,agama,bangsa mcm kura kura lu nak ambil tindakkan....sekarang padanlah muka.....lu ada mintak telco sponsor lap tap tak......sekarang jawap.berapa juta bijik....
Anonymous said…
SKMM ingin menyatakan bahawa Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) memberi kuasa kepada MENTERI (siapa menteri SKMM/KPKK??) untuk campur tangan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi untuk kepentingan orang ramai. - kenyataan akhbar SKMM

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=4910
hitch said…
apa citer pulak dgn charge terbaru Astro...kata x boleh naik...tetapi wa dah dpt charge terbaru....bil baru wa kena tmbh 11.00.....apa citer ni??..kecoh punya kecoh...tapi habuk pun xde....mmg ahli politik suka kecoh....
Anonymous said…
APA NAK HERAN ORG YG PENAH BAKAR JABATAN..MASUK 46....PAS TU MASUK UMNO...LU FIKIRKAN LAH SENDIRI
Anonymous said…
yg kaya bertambah kaye, yg miskin..bertambah tertindas..

"Punyai Kereta?
Jika Ya!! Diskaun Hebat Untuk Insurans Kenderaan Anda..
Penghantaran Road Tax Percuma Ke Seluruh Malaysia..
Sahut Cabaran Kami, Peluang Memenangi Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM100,000. Keterangan Lanjut, Layari : www.aiomits.com
Jangan Lupa Like kami di Facebook Pages!! : AiOMI T&S"
Anonymous said…
Pasal tax 6% ni tak de kena mengena dengan Rais Yatim pun. Harap rakyat Malaysia faham isu tax ini dengan betul dan kemudian baru buat komen. Jangan komen tanpa pengetahuan.

Tax 6% dikenakan oleh kerajaan kepada semua pengguna telefon. Sesiapa yang menggunakan post paid memang jelas dalam bil 'Cukai Perkhidmatan' 6%. Cuma yang menjadi masalahnya tax 6% prepaid tidak pernah dinyatakan dalam resit pembelian seperti pengguna post paid.

Sebenarnya harga yang dibayar oleh pengguna sebelum ini bagi top up RM10.00 ialah RM9.43 dan RM0.57 ialah 'cukai perkhidmatan' yang dibayar kepada kerajaan.

Ia bukan cukai baru tetapi ia seolah-olah tidak wujud sebelum ini kerana syarikat telco tidak pernah memaklumkan kepada pengguna. Jadi, apabila syarikat telco ingin menaikan tarif perkhidmatan, mereka menggunakan 'mekanisma' cukai bagi menjustifikasi kadar baru mereka. Apa yang berlaku bukan masalah cukai, tetapi syarikat telco yang mahu mengaut keuntungan lebih. Kenapa pula kerajaan dipersalahkan?

Jika dinegara maju seperti UK dan US setiap sen yang dibayar jelas menyatakan harga barangan dan tax yang dikenakan. Mungkin Malaysia juga harus berbuat demikian agar pengguna tidak terkeliru.
Anonymous said…
Inilah kamu,apa saja perkara salahkan menteri kenapa tak terus blame gergasi telco,padahal menteri sendiri tak setuju, dahlah sykt.telco kaut untung melalui bayaran2 tersembunyi perkhidmatan nak kenakan lagi 6% maknanya pengguna dicantas cukai berganda melalui kupon prabayar.patut kita kerjasama dengan menteri dan sokong menteri agar cadangan itu tak diteruskan.