JINS SHAMSUDDIN PATUT SAMAN MAT SABU!! #marxsabu

Jins: Saya tak buat filem Bukit Kepong ikut ‘selera’ Umno

September 13, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Jins Shamsuddin menafikan beliau menghasilkan filem Bukit Kepong tiga dekad yang lalu berdasarkan perspektif dan mengikut ‘selera’ Umno sebagaimana didakwa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini.

Malah, beliau juga mendakwa tragedi Bukit Kepong sebenarnya diarahkan oleh Ahmad Indera yang turut dikenali sebagai Mat Indera, yang dikaitkan sebagai ahli Parti Komunis Malaya (PKM).

Minggu lalu, keluarga Mat Indera menafikan dia seorang ahli PKM dan mahu kerajaan membersihkan namanya.

Sambil mengaku beliau seorang ahli Umno, Jins(gambar), 75, yang berasal dari Taiping, Perak mempertahankan beliau menghasilkan filem tersebut berdasarkan penyelidikan ke atas peristiwa bersejarah yang berlaku lebih enam dekad lalu.

Filem yang diarah dan dilakonkan oleh beliau sendiri serta diterbitkan oleh Jins Shamsudin Productions menerima tujuh anugerah pada Pesta Filem Malaysia Ketiga pada 1982.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu (Mohamad) bahawa filem itu dihasilkan berdasarkan perspektif Umno hanya kerana saya ahli Umno.

“Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun,” kata bekas senator ini.

Katanya, “saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis.”

“Malah, ahli keluarga (Ahmad) Muhamad Indera sendiri datang berjumpa dengan saya bagi berbincang mengenai filem ini,” katanya.

“Muhammad Indera terlibat secara langsung dalam serangan ini. Benar dia tidak membunuh dan ada menyuruh beberapa mangsa supaya melahirkan diri, tetapi hasil arahan dia yang menyebabkan 25 nyawa menjadi korban,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut beliau mengadakan sidang akhbar khas bagi mengulas kenyataan Mat Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong lebih enam dekad lalu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut dilaporkan mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada Umno.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra. Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang Umno. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” kata Mat Sabu.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu Umno seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Jins pula berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertangungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.

Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi. -TheMalaysianInsider


Tan Sri Jins patut saman je mangkuk Mat Sabu tu... Biar dia menjadi sebahagian dari sejarah dulu sebelum dia ada kesempatan untuk mengubah sejarah!!

Comments

Anonymous said…
Mat Sabu sudah tukar nama. Mat Sabu Alburiti adik beradik Aljuburi