menyekat penyiaran video 'UNDILAH' hasil cipta pete teo oleh MCMC (SKMM) memberi promosi percuma kepada video tersebut untuk terus menjadi viral di ruang siber. gua tak fikir semua produk video yang tersiar di media elektronik perlu mendapat kelulusan LPF, tapi bila ada aduan mengenainya, MCMC perlu meneliti dengan rangkaian TV yang menyiarkan video itu sama ada telah mendapat kelulusan LPF atau tidak.
buktinya TV3 telah dikompaun sebanyak RM20,000 bila menyiarkan iklan raya yang menyentuh sensitiviti agama pada tahun 2010, kompaun atas alasan iklan tersebut disiarkan sebelum mendapat kelulusan LPF.
pete teo dan sekutunya cuba mevisualkan video di atas sebagai sebuah video khidmat sosial yang neutral, untuk mengajak rakyat malaysia mengundi dengan memaparkan juga beberapa orang pemimpin kerajaan/BN tergedik-gedik di dalamnya, hakikatnya mereka bias sedari awal produksi ini bila tengku razaliegh 'dipergunakan' untuk membaca skrip yang boleh ditafsirkan mempunyai maksud yang tersirat...
"MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG CUKUP INDAH,
TAPI ADA MACAM-MACAM MASALAH..."
dalam konteks menyeru rakyat supaya keluar mengundi, apa MASALAHnya bila tiadapun rakyat yang dikurung atau diugut bunuh bila mereka mahu keluar mengundi??? terus-terang sajalah ini salah satu propaganda untuk menyalahkan SPR atau KERAJAAN/BN jika PRabak terlingkup lagi dalam PRU akan datang... mometum longlai selepas kegagalan BERSHIT 2.0 semata-mata. jadi tindakan MCMC menyekat penyiarannya tidak pernah tersilap!
mungkin lagu & video klasik (di bawah) jauh lebih neutral & relevan sebagai sebuah video khidmat masyarakat untuk menyeru rakyat keluar mengundi, berbanding video karya pete teo & namewee yang sarat dengan bias dan agenda tersembunyi!
Comments
Tengku Razaleigh bukankah UMNO?
Adakah Malaysia BEBAS daripada Masalah?Jika ya,sudah tentu Malaysia merupakan negara terbaik di dunia.
AAAA
NEGARA MANA DALAM DUNIA NI YG XDE MASALAH??