MAT SABU 121 PERLU DISEKOLAHKAN SEMULA!!

dengarkan komen ketua penerangan UMNO, datuk ahmad maslan mengenai kenyataan mat sabu yang cuba menjulang anggota komunis sebagai seorang tokoh kemerdekaan malaysia...


ini pula penjelasan dari tokoh sejarah, tan sri dr khoo kay kim (dalam akhbar BERITA MINGGU) mengenai siapa sebenarnya mat indera:

KENYATAAN kontroversi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengenai kes serangan komunis di Bukit Kepong pantas mengundang kritikan dan kecaman majoriti. Gerombolan komunis diangkat sebagai pejuang sebenar, bukan anggota polis dan ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam insiden 23 Februari 1950 itu.

Ikuti wawancara Wartawan Berita Minggu, SYUHADA CHOO ABDULLAH mendapatkan ulasan daripada pemerhati politik dan tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim untuk mengupas polemik berkenaan

BH: APA pendapat Tan Sri mengenai kenyataan kontroversi Mat Sabu dan boleh Tan Sri huraikan berdasarkan hakikat sejarah, apa matlamat sebenar komunis, muslihat serta tindakan untuk mencapai matlamat mereka.

TSKKK: Berdasarkan dakwaan itu, saya pasti Mat Sabu tidak faham apakah perjuangan komunis. Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan atas arahan Komunis Antarabangsa (Soviet Union). Apa yang diharapkan oleh Komunis Antarabangsa? Berdasarkan sejarah, pihak komunis waktu itu berpecah dua.

Satu terikat kepada Parti Komunis China dan satu kepada Komunis Antarabangsa. Komunis Antarabangsa mahu mewujudkan Orde Komunis Dunia, maka seluruh dunia harus menerima ideologi komunis. Komunis Antarabangsa juga berpegang kepada slogan ‘Workers of the World Unite’ mahu dunia diperintah oleh pekerja.

Bagi Komunis Antarabangsa, yang dimaksudkan pekerja ialah golongan marhain, iaitu pada dasarnya pekerja dalam industri, tidak termasuk petani. Waktu itu di negara ini, istilah marhain belum digunakan.

Mat Sabu juga mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka pegawai British.

Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan, iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja. Kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja setiap kerajaan.

Pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada Raja. Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai ‘Tanah Jajahan Mahkota British.’ Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai ‘High Commissioner’ (Pesuruhjaya Tinggi).

Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: ‘They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government”.

Dalam undang-undang memang ada dua keadaan, satu ‘de jure’ (selaras dengan undang-undang) dan satu lagi ‘de facto’ (apa sebenarnya berlaku atau boleh juga dikatakan melanggar undang-undang). Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu, iaitu Raja masih ada banyak autonomi.

Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden UMNO yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu (iaitu mereka yang dianggap ‘rakyat Raja’). Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga UMNO untuk menentukan sistem lebih sesuai.

Akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan. Pihak British sejak 1943 sudah membuat keputusan menubuhkan Tanah Melayu sebagai negara bangsa, tetapi butirannya belum jelas. Selanjutnya British cuba mencari sistem paling sesuai kerana ada ramai bukan Melayu yang sudah lama tinggal di Tanah Melayu, mula menganggap Tanah Melayu negara mereka. Sejak 1949 apabila Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan, British cuba mencari jalan menyatupadukan penduduk Tanah Melayu, tapi penduduk negara ini lebih suka duduk secara berasingan. British tidak mengamalkan dasar ‘pecah perintah’. Apabila Datuk Onn berundur daripada UMNO, British tidak lagi menganggap beliau wakil orang Melayu. Tunku mengambil tempat Datuk Onn, kemudian Tunku dan Parti Perikatan dianggap wakil rakyat Tanah Melayu kerana menang (51-1 undi) pada pilihan raya persekutuan 1955.

Bagaimana pula dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilaporkan sebuah portal berita online (www.malaysiakini.com.my) bahawa sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu peristiwa adalah berlainan dari satu era ke satu era.

Dalam sejarah, yang terpenting ialah menentukan apakah hakikatnya. Siapa wira siapa pengkhianat kadang-kadang susah ditentukan kerana banyak bergantung kepada siapa yang menulis sejarah. Bagi ahli sejarah profesional, yang penting ialah menjawab soalan ‘apa sudah terjadi?’ Ini hanya dapat dijawab kalau dia dapat maklumat yang boleh dipertanggungjawabkan.

Dalam kes Mat Indera, yang penting ialah apakah niat komunis? Kalau British dianggap penjajah, selepas British diusir apa akan terjadi kepada Tanah Melayu? Apakah perjuangan Komunis Antarabangsa? Mat Sabu perlu menjawab soalan-soalan seperti yang saya sebutkan. Bukan semua tulisan sejarah diputarbelitkan. Mereka yang menulis berasaskan penyelidikan dan sesudah mendapat latihan akademik biasanya tidak berbuat demikian. Mereka yang terpengaruh oleh ideologi, sudah tentu tidak dapat menulis dengan tidak berat sebelah kerana bagi mereka, hanya ideologi mereka yang dapat dianggap betul. Maka apabila ada tulisan sejarah, pembaca harus juga mengetahui latar belakang ahli sejarah untuk menentukan dia memang seorang yang tidak berat sebelah.

Semakin ramai pemimpin dan penyokong pembangkang mendesak tafsiran baru dibuat terhadap sejarah negara. Adakah Tan Sri melihat timbul sebarang keperluan untuk menilai, menyusun dan menulis semula sejarah.

Ramai yang minta supaya sejarah Malaysia ditulis kembali pun sebenarnya kurang faham mengenai sejarah Malaysia kerana mereka kurang membuat penyelidikan. Kritikan saya sendiri mengenai buku Sejarah sekolah yang ada sekarang ialah konsep sejarah hanya tertumpu kepada politik, padahal sejarah meliputi segala yang pernah wujud atau berlaku sebelum sekarang. Misalnya dalam sejarah Malaysia di sekolah, perkara seperti ketibaan percetakan, ketibaan teknologi, pembinaan infrastruktur, proses pembandaran, hubungan dengan negara luar, kegawatan ekonomi dan langkah diambil untuk mengatasinya dan sebagainya tidak dibincangkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga memaklumkan beliau difahamkan kini ada anasir mengajar kanak-kanak di sekolah bahawa Allahyarham Tunku Abdul Rahman ialah pengkhianat bangsa. Bagaimana Tan Sri melihat perkara ini, terutama dari segi kesan atau risiko jangka panjang sekiranya perkara itu tidak dibendung.

Saya tidak pernah membaca buku sekolah yang mengatakan Tunku adalah pengkhianat bangsa. Kalau ada, bagaimanakah kenyataan itu dapat dipertanggungjawabkan? Sejarah yang berasaskan fakta memang dapat disampaikan kalau dikehendaki oleh rakyat yang sepatutnya memahami bahawa mulai 31 Ogos 1957, Raja sudah pindahkan kedaulatan (sovereignity) kepada rakyat. Kini Malaysia (dulu Tanah Melayu) memang mengamalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi ialah ‘government of the people, by the people, for the people’. Pihak pemerintah mesti sentiasa patuh kepada rakyat.

Apa penilaian dan perasaan Tan Sri sebagai ilmuwan dan sejarawan terhadap tindakan pemimpin pembangkang mengheret fakta sejarah dalam permainan atau provokasi politik sehingga boleh mengelirukan generasi muda. Apa tindakan perlu diambil terhadap pihak yang cuba memesongkan pemahaman dan penghayatan rakyat terhadap sejarah.

Dalam politik, bukan saja di negara ini, memang selalu ada ahli politik yang cuba mendapat sokongan pengundi dengan jalan yang berbagai-bagai. Kalau pengundi kurang berpengetahuan, mereka akan berjaya. Hanya ada satu cara untuk menjamin agar ini tidak berlaku. Golongan muda mesti diberi pendidikan yang boleh menjamin mereka dapat menerima sesuatu dengan sikap kritis. Nasihat saya kepada rakyat, setiap kali ada orang membuat kenyataan mengenai sejarah, tanya dia dari mana dia dapat maklumat.

Comments

Anonymous said…
Khalid Samad didakwa JAIS, nyata ianya talibarut UMNO, apa guna diberi kuasa rakyat Selangor nak share ideal pun tak boleh. Macamana nak jalan hukum Allah SWT ...... nanti lagi teruk BN akan bantai Al Quran & Pakatan Rakyat ... teruskan bersatu menolak BN (Barang Naik) - Caj prepaip GST 6 % mulai 16 Sept ini. Tak menyesal lagi ke? sokong BN, aku dah dikena GST 6 % semasa repair kereta kedai dikampung. Inilah ertinya Rakyat diutamakan ... ha3 (tertipu lagi 1 Msia)
Anonymous said…
huh..,macam2..

"Punyai Kereta?
Jika Ya!! Diskaun Hebat Untuk Insurans Kenderaan Anda..
Penghantaran Road Tax Percuma Ke Seluruh Malaysia..
Sahut Cabaran Kami, Peluang Memenangi Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM100,000. Keterangan Lanjut, Layari : www.aiomits.com
Jangan Lupa Like kami di Facebook Pages!! : AiOMI T&S"