..

UNDER CONSTRUCTIONS...

2 artikel terakhir MiM mengenai isu Mat Sabu pro-komunis berkisar kepada 1 perkara. Enough of Mat Sabu's clowning the real history of Malaysia.

Tahap yang paling melampau ialah apabila kepimpinan PAS mula memperlekeh-lekehkan barisan guru-guru Professor sejarah. Mereka menghina golongan tersebut seolah-olah mereka lebih pandai.

Dalam masa yang sama, penghinaan mereka itu secara tidak langsung telah menjatuhkan martabatkan golongan guru yang telah banyak berjasa kepada kita semua termasuk anak-anak pemimpin PAS yang celupar mulut tersebut.

Anda jawap sendiri, Mat Sabu lebih pandai daripada profesor-profesor?

Dalam masa yang sama, MiM juga hairan dengan 'kebebasan melampau' yang dinikmati oleh Mat Sabu.

Beliau seolah-olah beliau kebal daripada undang-undang. MiM juga tertanya-tanya dengan fungsi DS Hishamuddin Hussein dan kementerian beliau, Kementerian Dalam Negeri yang dipersalahkan kerana 'terlalu berlembut'.

Maka, bermacam-macam gelaran yang dilabelkan terhadap KDN dan Hishamuddin Hussein dan semuanya melambangkan 'lembut dan lembik'.

Pada mulanya, MiM juga berfikiran demikian tetapi apakah benar sangkaan kita itu?

Setelah meneliti beberapa fakta undang-undang, MiM mengaku tersilap, mungkin anda juga!

SEBENARNYA, tindakan mahkamah ke atas Mat Sabu yang kita harap-harapkan, bukan tertakluk di bidang kuasa Hishamuddin Hussein!

Ya benar.

Jika kita rujuk Perlembagaan Persekutuan, kuasa yang menentukan prosiding mahkamah adalah di bawah kuasa Peguam Negara! Peguam Negara ialah penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan. Peranan dan tanggungjawab beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Dan apabila kita membincangkan isu Mat Sabu Al-Komunis, satu klaus sangat penting yang MESTI kita faham ialah Perkara 145 perenggan (3) iaitu :-

(3) Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut BUDI BICARANYA, untuk MEMULAKAN, MENJALANKAN atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

Undang-undang persekutuan boleh memberi Peguam Negara KUASA untuk menentukan mahkamah yang di dalamnya atau tempat apa-apa prosiding yang dia mempunyai kuasa untuk memulakannya di bawah Fasal(3) itu hendaklah dimulakan atau mahkamah yang kepadanya prosiding itu hendaklah dipindahkan.

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa tindakan mahkamah tertakluk kepada Peguam Negara bukannya Hishamuddin Hussein!

Dan kita pun tahu, pihak polis telah menyiapkan laporan siasatan mengenai isu Mat Sabu. Maksudnya, KDN telah menjalankan tugas mereka.

Kata mudah, ramai yang tersilap balun!

Realitinya, Peguam Negara adalah pihak yang sepatutnya menjadi tumpuan dan harapkan penjelasan.


Dipetik dari BLOG MiM
.

1 das tembakan!:

hilbert said... September 15, 2011 at 7:17 AM

Salam bro,

tak dapat bacalah apa yang bro tulis..

entah knapa tak dapat dilihat...garisan putih saja

waaaaaaaa.....

 
Top