..

UNDER CONSTRUCTIONS...

10. Thomas Jefferson & Sally Hemings
Nama Thomas Jefferson mencapai sukses setelah meletakkan Deklarasi Kemerdekaan di Amerika pada tahap paling cemerlang di zamannya. Reputasi hebat Jefferson tercalar bila James Callender mendedahkan hubungan luar nikah presiden AS ke3 itu dengan seorang gadis bernama Sally Hemings, hingga melahirkan beberapa orang anak. Bagaimanapun Thomas Jefferson yang pada ketika itu berstatus duda tetap mahu mengekalkan jawatannya sebagai presiden.

9. Jeremy Thorpe


John Jeremy Thorpe yang memimpin Parti Liberal Great Britain dari tahun 1967-1976 dituduh berkomplot dalam tragedi pembunuhan seorang lelaki yang mengaku sebagai bekas kekasihnya (gay??). Thorpe dilucutkan jawatan di parlimen ekoran skandal tersebut.

8. Larry Craig

Bekas senator Parti Republikan dari Idaho ini terkantoi dengan sati skandal yang memalukan bila dia melakukan pencabulan ke atas seorang lelaki di tandas Minneapolis - St. Paul. Selepas pengakuan bersalah, dia mengumumkan pengunduran dari senat, tapi tidak lama selepas itu dia membatalkan pengakuan dan terus menjadi Senator Idaho.

7. Mark Foley

Mark Foley, Senator Republican dari Florida didedahkan melalui kiriman2 sms yang penuh berunsur ghairah dan godaan terhadap seorang remaja berusia 16 tahun. Foley mengundurkan diri dari arena politik selepas pendedahan tersebut. Skandal ini salah satu sebab yang menyumbang kepada kejatuhan Parti Republican di US pada tahun 2006.

6. Presiden Soekarno

Presiden pertama Republik Indonesia, Soekarno menolak poligami tetapi seorang yang tidak dapat mengelak dari selingkuhan. Mudah 'cair' dengan pujuk-rayu wanita, hinggalah dia menikahi Dewi Soekarno, yang dikhabarkan seorang pelacur kelas atasan di Jepun.

5. Arnold Schwarzenegger & Mildred Patricia Baena

Kecurangan Arnold Schwarzenegger ketika menjadi Gabenor California dengan seorang wanita bernama Mildred Patricia Baena membuatkan rumahtangga yang dibina bersama Maria Shiver berantakan sehingga berakhir dengan perceraian. Shiver tidak hanya terluka dengan berita itu, tapi bekas wartawan tv itu merasa terhina selepas mengetahui Schwarenegger turut mempunyai seorang anak berusia 13 tahun dengan seorang wanita lain.

4. Putera Charles & Camilla Parker Bowles

Anak sulung Ratu Elizabeth II, Putera Charles telah menikahi Puteri Diana Spencer tetapi berlaku curang dengan Camilla Parker Bowles sehingga skandal ini disebut sebagai - Camillagate. Charles bercerai dengan Diana pada tahun 1996 setelah 15 tahun bersama. Pada 9 April 2005, Charles dan Carmilla menjadi suami-isteri yang sah.

3. Bill Clinton & Monica Lewinsky

Mempunyai isteri secantik dan sebijak Hillary Rodham tidak dapat menyelamatkan bekas presiden AS, Bill Clinton dari terjerat dalam skandal seks bersama Monica Lewinsky. Ketika itu Lewinsky berusia 22 tahun - 4 tahun lebih tua dari anak sulung Clinton - Chelsea. Pengakuan Lewinsky yang bertugas sebagai pegawai khas di Rumah Putih menjadi punca utama pengunduran Clinton dari jawatan Presiden AS.

2. Silvio Berlusconi

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang juga merupakan seorang konglomerat media dan orang terkaya di Itali tetap berjaya mempertahankan jawatannya sebagai pemimpin teratas Itali walaupun dikaitkan dengan skandal bersama sejumlah wanita. Selain wang & kuasa, Berlusconi berjaya memikat perempuan dengan penampilannya yang lembut. Isteri Berlusconi, Veronica Lario menuntut perceraian selepas tidak tahan dengan perangai playboy suaminya.

1. Dominique Strauss-Kahn

Dominique Strauss-Kahn dicanangkan sebagai penganti Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, tapi tersadung oleh skandal kekerasan seksual dengan beberapa orang wanita. Kahn, 62, pernah melalui 3 kali perkahwinan dan semasa skandal ini terbongkar Kahn masih lagi dalam ikatan perkahwinan dengan Anne, seorang wartawan tv.

Mat Sabu & Normah????
Anuwar Ibrahim & China Doll ???
Huaahahaa... Pencacai2 PRabak sure tensen pasal Mat Sabu & Anuwar tak tersenarai dalam list! Jelas lagi bersuluh Mat Sabu & Anuwar hanyalah politikus picisan yang tidak memberi apa2 makna dalam arena politik dunia! Huahahahaaa...!!

0 das tembakan!:

 
Top