..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Kumpulan pro-ISA beranggapan pemansuhan ISA dan memperkenalkan undang-undang baru sebagai ganti satu petunjuk bahawa "roh ISA" untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara tidak terjejas.

Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) mengibaratkan langkah terbaru kerajaan itu sebagai proses penjenamaan semula dan bukan "melenyapkan produk" dari pasaran.

NONE"Pemansuhan ISA ini bukan kejayaan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) , tetapi GMI juga selepas ini perlure-branding nama mereka mengikut aksara akta baru yang bakal diumumkan nanti," kata Penasihat Undang-undang Magaran Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan keputusan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Azam (kanan) mencadangkan dibentuk undang-undang baru dibentuk berdasarkan Akta Patriot yang digunapakai Amerika Syarikat.

Serangan pencegahan

"Elok ikut Akta Patriot di AS. Ia membenarkan pre-emptive strike(serangan pencegahan) jika ancaman dipercayai wujud.

"Akta Patriot membenarkan serangan pencegahan atas sasaran yang dipercayai boleh ancam keselamatan AS walaupun sasaran itu tidak berada di bumi AS," katanya.

NONESebagai contoh, Khairul Azam berkata, menggunakan akta itu, anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) boleh datang ke negara lain untuk menyerang pihak yang menjadi ancaman kepada Rumah Putih.

Mengulas pengumuman Najib semalam, Magaran menyifatkannya "tindakan populis" pentadbiran perdana menteri.

Magaran sebelum ini mencuri tumpuan dengan menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada hari dan tempat yang sama dengan perhimpunan anjuran GMI.

Bagaimanapun, jumlah penyokonya yang hadir pada 1 Ogos dua tahun lalu di ibu negara jauh lebih kecil daripada pihak yang menentang ISA. Kedua-dua pihak gagal mendapat permit polis. - MK


gua setuju dengan kenyataan MAGARAN... ISA bukan melalui proses pemansuhan tetapi bakal menjalani proses re-branding yang mana penambahbaikan akan disertai dengan nama baru untuk akta itu. jadi GMI atau mana2 pertubuhan ANTI-ISA tak payah bersorak atau mendabik dada mengatakan perjuangan mereka selama ini berjaya! mereka berjaya diperbodohkan lagi dengan kebijaksanaan transformasi politik PM, datuk seri najib.

sekali pandang memang seperti bahaya dan kurang menguntungkan. tapi kalau kita fahami sekali lagi dan yang mengetahui undang2 ianya satu advantage buat kerajaaan yang memerintah terutamanya untuk pihak UMNO/BN.

dari ucapan ds najib apa yang berlaku ialah sesiapa yang buat kacau di negara ini akan juga ditangkap tetapi dalam tempoh 60 hari sahaja. Selepas itu pihak MAHKAMAH yang akan memutuskan dia bersalah atau tidak berdasar UNDANG2 negara.

dari sini kita lihat pihak executive/KERAJAAN telah memindahkan bebanan ini kepada bidang KEHAKIMAN, yang mana bidang KEHAKIMAN selama ini hanya melihat pesalah-pesalah ISA dilepaskan begitu sahaja tanpa dibicarakan dan kembali menganggu gugat keharmonian negara tanpa diadili. Tetapi untuk kali ini sesiapa yang menjadi onak dan duri negara akan ditentukan makamah dan makamahlah @ bidan KEHAKIMAN negara yang akan menanggung beban kali ini.

maka kalau sesiapa yang menuduh UMNO atau kerajaan kali ini untuk hukuman terhadap pesalah tersebut maka dia akan terpaksa berhadapan dengan badan kehakiman. Dan segala kesalahan betul atau salah sesorang itu HAKIM lah yang memikul tanggug-jawap tersebut bukan KERAJAAN.

kita ambil contoh kes sodomi sekarang ini, pihak pembangkang adalah amat susah menyalah bidang kehakiman, tetapi dari sudut kerajaan yang memerintah di hentam bertubi2 diatas peristiwa tersebut. Jadi kata pemutus kali ini ditangan bidang KEHAKIMAN, maka mereka lah yang rakyat patut lihat bukan PM atau kerajaan/BN secara total!

- anon

1 das tembakan!:

Anonymous said... September 17, 2011 at 8:06 AM

Menghapuskan ISA dan menghapuskan undang-undang pencegahan (Artikel 149 & 150 Perlembagaan Persekutuan)seperti ISA perlu dibezakan.

PM hanya bercadang hapuskan ISA bukannya undang2 pencegahan. ISA hanya satu dari beberapa undang-undang pencegahan. ISA yang merupakan undang-undang pencegahan ini digantikan dengan dua. Bermaksud, bukan dihapuskan tetapi ditambah dengan satu lagi. Bezanya, akta-akata baru itu mempunyai tempoh tahanan polis lebih pendek (kini 60 hari sebelum masuk karung) kepada 30 hari kot dan perintah remand memerlukan perintah Hakim bukan polis semata-mata.

Dr Abdul Rani

 
Top