..

UNDER CONSTRUCTIONS...

mat sabu masih rancak mempertikaikan peranan polis/askar melayu di era pra-merdeka dengan mengaitkan mereka sebagai barua kepada british... seperti yang boleh kita dengarkan di antara sessi ceramahnya di sini (KLIK).

mat sabu patut dengar betul2 lirik lagu tema police home-guard malay regiment yang dicipta sebelum merdeka... teliti setiap bait perkataannya sebelum membuat kesimpulan polis & askar melayu ketika itu 'bekerja' untuk british seperti menjaga ladang & lombong british semata2.

kita boleh tafsirkan melalui lagu MALAYA MERDEKA dendangan Zahara Agus (tonton video di bawah) yang menjadi panji semangat polis/askar ketika itu betapa mereka juga mendambakan sebuah negara yang merdeka. selain memastikan keamanan tanah melayu, peranan mereka untuk membendung anasir & tindakan songsang yang cuba menghalang proses kemerdekaan yang sedang dirangka... contohnya ancaman komunis.

mat sabu tak usahlah lagi menegakkan benang yang basah... terimalah hakikat mat indera dan pasukan komunisnya memang berniat menjahanamkan tanah melayu mengikut acuan mereka. malaysia tak akan merasai nikmat yang kita kecapi hari ini jika kemerdekaan yang dicapai melalui sejarah yang mat sabu & DAP mimpikan!



Malaya Merdeka - Zahara Agus

Wahai Melayu umat Malaya
mari kita bekerjasama
Untuk negara dan bangsa
agar Malaya merdeka
Wahai pemuda harapan bangsa
takkan Melayu meninggal baka
Tunjuk olehmu bukti dan jasa
Tanah Melayu negeri kita

Jangan takut dan ngeri...
hidup memang lawan mati
Bina Malaya jangan ber'enti
agar Melayu kekal abadi

Police Home Guards Malay Regiment
pimpin bangsamu sekalian
Korbankan diri bentengkan dada
tetap Malaya merdeka!!

0 das tembakan!:

 
Top