..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Pakatan Rakyat (PR) cuba membangkitkan isu AUKU semata-mata menagih sokongan dari golongan mahasiswa. AUKU dianggap memperbodohkan mahasiswa? Atau PR yang cuba memperbodohkan mahasiswa bila mereka dibenarkan masuk ke kampus2 untuk mencari keahlian baru? Cuba baca luahan rasa mahasiswa sendiri mengenai AUKU...

AUKU : LIHAT DARI SUDUT POSITIF

Ada yang melihat dan bersuara bahawa Seksyen 15 AUKU adalah suatu seksyen yang begitu menekan dan mengongkong para pelajar di IPT untuk terlibat dalam politik di luar kampus. Ya, mungkin ada kebenarannya di situ. Tetapi adakah ramai yang cuba menyingkap kenapa AUKU menghalang para pelajar di IPT untuk terlibat dalam politik kepartian di luar kampus? Adakah ramai yang mengetahui bahawa para pelajar ini sebenarnya boleh menyertai ceramah-ceramah dan aktiviti-aktiviti ilmuan yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik sebagai suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan keilmuan mereka? Mereka hanya tidak dibenarkan untuk menunjuk simpati dan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.

Antara sebab mungkin kenapa Seksyen 15 dan keseluruhan AUKU itu dibentuk khusus kepada para pelajar IPT dan kakitangannya di kampus adalah bagi tujuan untuk membela dan menjaga nasib para warga kampus terutama para pelajar. Sebagai contoh mudah, sekiranya para pelajar diberi kebebasan untuk menyertai parti politik secara langsung, dan mereka terlibat dalam mana-mana tindakan disiplin parti yang memerlukan denda berupa wang ringgit, maka siapa yang harus membela mereka sedangkan para pelajar ini masih belum mempunyai pendapatan sendiri? Malah kebanyakan dari mereka pula hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN untuk belajar di IPT untuk tempoh masa 3 hingga 5 tahun.

AUKU juga berperanan sebagai suatu ‘punca kuasa’ untuk mengalakkan para pelajar bergiat aktif dalam kampus berbanding sibuk aktif dengan aktiviti-aktiviti parti politik di luar. Sekiranya para pelajar ini diberi peluang untuk menyertai politik kepartian, maka sudah pasti masa, wang dan tenaganya akan terpaksa dihabiskan untuk parti politik yang disertainya di luar kampus. Kesibukan menyertai dan memegang jawatan dalam parti politik ini akhirnya telah menyebabkan masa belajar mereka akan digunakan untuk kepentingan parti, duit kocek yang ada dalam simpanan juga terpaksa dibelanjakan untuk survival politiknya dalam parti dan pastinya tenaga serta keringat harus dibahagikan antara belajar, komitmen dalam kampus dan komitmen dengan parti politik.

Seksyen 15 AUKU juga berperanan secara halus untuk membantu dan memastikan para pelajar agar lebih peka dan memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajarannya di IPT. Sekiranya para pelajar ini asyik sibuk siang dan malam dengan aktiviti parti politik tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, maka ruang waktu yang ada pada dirinya semakin terhad. Ini tidak mustahil akan menyebabkan para pelajar itu ponteng kelas dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. 



Ditambah lagi dengan tekanan yang dihadapi dalam organisasi parti politik, maka para pelajar tersebut sudah pasti akan hilang kosenterasinya terhadap pengajian. Akhir sekali yang menjadi mangsa dalam perkara ini adalah pelajar itu sendiri, mana mungkin kepimpinan parti politik itu akan membantu pelajar tersebut untuk lulus dengan cemerlang dalam pelajarannya.

Kita tidak bercakap lagi soal perpecahan di dalam kampus sekiranya para pelajar dan kakitangan IPT diberi kebebasan untuk menyertai secara aktif mana-mana parti politik. Cuba bayangkan sekiranya setiap pentadbiran, dan ahli akademik dibolehkan untuk bergiat aktif dalam parti politik, sudah pasti mereka akan mengambil peluang yang ada untuk menguatkan parti dan pengaruhnya. Sekiranya seorang pensyarah itu seorang Ketua Bahagian sebuah parti, adakah beliau tidak mempunyai perasaan was-was dan dendam terhadap pelajarnya yang mempunyai jawatan yang sama tetapi dari parti lawan? 



Siapa yang boleh beri jaminan bahawa pensyarah itu tidak akan menggunakan kuasa dan kedudukan yang beliau ada untuk mengagalkan atau memberi tekanan terhadap pelajarnya yang ‘setaraf’ dengannya dalam dunia politik kepartian? Adakah seorang Naib Canselor mampu duduk selesa sekiranya Timbalan Naib Canselor dan pegawai di bawahnya adalah seorang ketua parti lawan? Itu tidak masuk lagi Pengetua Kolej-kolej Kediaman, Dekan-dekan Fakulti dan Pengarah-pengarah pusat, institut dan jabatan di dalam IPT.

Pendek kata yang boleh ditekankan disini ialah, AUKU itu sudah pasti ada cacat celanya kerana ia merupakan sebuah akta atau undang-undang yang diciptakan oleh manusia, tetapi tujuan dan keseluruhannya adalah untuk kebaikan warga di IPT juga. Janganlah kerana seekor nyamuk yang dimarahi tetapi seluruh kelambu dibakarnya. Para pelajar dan warga IPT akan mengalami pelbagai kesulitan sekiranya AUKU ini terus dibakulsampahkan begitu sahaja. Oleh itu, fikirlah wahai pihak pemerintah sebelum mengambil sebarang keputusan dan bermatanglah dalam memberi hujah wahai pihak pembangkang agar negara dan masa depan rakyatnya tidak akan dijual kepada pihak lain.

2 das tembakan!:

Anonymous said... November 18, 2011 at 10:53 AM

pada sy, setiap kebebasan perlu ada had dan batasnya..selagi undang2 yg manusia buat tak bercanggah dgn hukum Tuhan, kita perlu akur..

Anonymous said... November 18, 2011 at 12:41 PM

Baguslah kalau faham jangan mahasiswa ini ikut emosi dan populariti. Belajar belum habis dan dan ijazah belum dapat sudah bertindak macam bagus. Maka janganlah adanya mahasiswa yang diperalatakan dan dibayar dan menjadikan dirinya agen mana-mana parti politik kerana IPTA memmpunyai agendanya iaitu pengajian dan pendidikan pelajar-pelajar melalui kurikulum tersusun seperti subjek sukan, subjek politik. Bukan tidak boleh politik tetapi dalam bentuk kurikulum seperti pembelajaran sukan, debat, penulisan di makallah, thesis dan sebagainya. Hendak cakap pakai lepas tanpa struktur dan kerangka ilmiah itu bukannya pendidikan tetapi cakap ikut sedap mulut. Disegi politik boleh tapi disegi pengajian memang gagallah.

 
Top