..

UNDER CONSTRUCTIONS...


BN mencari ROCKSTAR!! BN membuktikan mereka tidak pernah meminggirkan golongan seni. Bukan seperti PAS yang mengajak golongan seni untuk berkempen di pentas ceramah mereka, tapi BN Youth kali ini membuka peluang kepada bakat2 baru yang meminati muzik untuk bergiat serius dalam bidang ini...

BN YOUTH MUSIC 2011

Berobjektifkan misi menyatupadukan anak-anak muda dari pelbagai bangsa dan agama serta melahirkan nilai inspirasi 1Malaysia dikalangan anak muda hari ini, Pergerakan Pemuda Barisan Nasiona (BN) dengan usahasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) serta Universal Music Malaysia buat julung kalinya melancarkan pertandingan BN Youth Music 2011.

Disifatkan sebagai platform pendedahan bakat-bakat muda dalam industri seni tanahair, pertandingan ini memerlukan para peserta memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai oleh juri-juri profesional.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, peserta boleh memuat naik video berdurasi selama enam minit di laman web www.bnyouthmusic.com sebelum tempoh penyertaan tamat akhir tahun ini.

Beliau berkata, pertandingan tersebut terbuka kepada seluruh warga Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun daripada pelbagai latar belakang dan genre muzik. 30 peserta terbaik akan dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 peserta terbaik akan dipilih untuk ke pusingan akhir pada Januari depan.

Tambah Khairy lagi, pertandingan itu adalah sebagai wadah pembuka jalan kepada generasi muda yang mempunyai bakat sama ada dalam nyanyian dan tarian mempamerkan bakat mereka menerusi kaedah muat naik video yang semakin popular di kalangan generasi muda masa kini.

“Kaedah mencari bakat ini adalah relevan dan Pergerakan Pemuda BN sentiasa memikirkan platform terbaik bagi generasi muda menonjolkan bakat mereka,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran BN Youth Music 2011 di Riverside Cafe, PWTC, petang semalam.

Juara bagi kategori solo, vokal berkumpulan dan band akan berpeluang membuat rakaman lagu dengan syarikat Universal Music Malaysia, selain turut membawa pulang hadiah wang tunai dari RM10,000 hingga RM20,000 beserta trofi.
Antara juri profesional yang akan menilai persembahan vokal dan kreativiti peserta adalah penyanyi Rock tersohor, Awie serta pelakon, Zed Zaidi.



Kepada sesiapa di luar sana yang menepati syarat-syarat dan kriteria seperti yang disebut diatas dan berminat menyertai pertandingan ini, bolehlah melayari laman web (seperti tertera di atas) untuk mengetahui maklumat lanjut pertandingan pencarian bakat berkenaan.
.

0 das tembakan!:

 
Top