Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Bantah Bantuan Sekolah RM100
KUALA LUMPUR: Suasana hambar persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bertukar kecoh apabila ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional (BN) masing-masing bertikam lidah mengenai isu pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar seperti yangdiumumkan pada perbentangan Bajet 2012.
Kekecohan berlaku apabila beberapa wakil rakyat pembangkang dengan lantang mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan persekolahan berkenaan yang kini disalurkan kepada akaun sekolahmasing-masing secara serta merta.
M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 66(4) dengan menyatakan bahawa tindakan pemberian wang bantuan persekolahan itu adalah salah dan tidak mengikut peraturan.
"Pemberian ini tidak mengikut peraturan. Bagaimana kerajaan boleh beri bantuan RM100 kepada setiap pelajar sedangkan Bajet 2012 masih belum diluluskan di Dewan ini?
"Kalau kami jadi kerajaan, kami boleh beri RM1000 kepada setiap pelajar, tapi isunya ialah perlu ikut peraturan," katanya pada sesi perbahasan pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012.
Bagaimanapun Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menghalang Kulasegaran membangkitkan isu berkenaan kerana ia tidak berkaitan dengan peraturan mesyuarat tersebut.
"Perkara berkenaan tidak bertentangan dengan peraturan mesyuarat. Saya serahkan perkara tersebut kepada pihak kementerian untuk menguruskannya," katanya.
Peraturan 66(4) menyatakan setelah dibacakan Rang Undang-undang Perbekalan itu kali yang kedua dan usul mengenai Anggaran Pembangunan disetujukan, Rang Undang-undang dan ketetapan akan terserah kepada Jawatankuasa sesebuah Majlis.
Keputusan Ronald itu menimbulkan kemarahan beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan Chong Eng(DAP-Bukit Mertajam).
Kekecohan semakin ketara apabila beberapa ahli Parlimen BN mendakwa tindakan pembangkang itu seolah-olah mereka tidak bersetuju dengan pemberian bantuan berkenaan.
"Kerajaan ada duit, apa salahnya kalau kita belanjakan untuk rakyat?
"Inilah masalah pembangkang, mereka tidak tahu belanjakan wang untuk kepentingan rakyat. Semua perkara mereka nak bangkang," kata Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol).
Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan RM100 kepada pelajar akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.
Bagaimanapun bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.
Sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi pesekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibuat pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran.-mStar

Comments
habis smua nk bangkang..
x bg bntuan kata kerajaan perabih duit rakyat,,bila bg kata x ikut prosedur plak..
hakk tuihhh