..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Bapa saran Bob Lokman tukar nama

KOTA BHARU - Bapa kepada pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, Lokman Ahmad, 73, sehingga kini belum mengetahui perkembangan terbaru anaknya itu.

Beliau berkata, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, pernah dihubunginya ketika berita penahanan anaknya itu dihebahkan menerusi media, namun belum sempat berbual dengannya.

“Mengikut media, Bob ditahan tetapi sudah dibebaskan. Saya kira, Mohd Hakim tidak patut ditahan kerana dia bersyarah mengenai agama dan jika difikirkan, ia sama seperti orang tabligh menyebarkan agama, tetapi tabligh tidak pula ditahan.

“Mungkin nama Bob itu perlu ditukar kepada Ustaz Mohd Hakim kerana saya rasa, itulah nama serasi memandangkan dia mempu­nyai latar belakang pengajian agama,” katanya, semalam.

Beliau berkata, nama ‘Ustaz Mohd Hakim’ dicadang­kan berdasarkan Bob ketika bersekolah di Maahad Hami­diah Kajang pernah menjadi juara syarahan dan merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali.

Menurutnya, penahanan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dirasakan tidak adil kerana anak lelakinya memberi syarahan agama dalam masjid, bukan berbuat perkara tidak sopan.

“Sepatutnya, jabatan agama tangkap mereka yang melakukan perkara tidak sopan seperti mengadakan majlis tarian, seks serta menyanyi, bukan orang beri ceramah agama,” katanya.

Oktober lalu, Jais menahan Bob Lokman, setelah didapati memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. -Sinar Harian


5 das tembakan!:

Anonymous said... November 14, 2011 at 4:09 PM

Kalau tak ada permit boleh buat ceramah macam mana kalau si polan dari seberang ajar agama kristus dalam masjid secara sorok-sorok macam no tuh?

Anonymous said... November 14, 2011 at 4:21 PM

kesian bapak dia tak tau anak dia kena tangkap pasal buat ceramah takda permit..agaknya bapak dia tak baca berita kut kat selangor mana-mana individu nak beri ceramah kena apply permit dulu.kat kelantan tak apa la

usin said... November 14, 2011 at 5:55 PM

bila plak belajar agama ank pakcik tu? tetiba je bagi gelaran ustaz kt anak. mcm2 tul. asal boleh ckp sikit2 bab agama, kutuk org lain, angkat bakul dsb, dptlah title ustaz. senangnya ye.....

Abd Razak said... November 14, 2011 at 8:33 PM

dulu dia memang belajar agama dan jadi osssstat tapi sekerat jalan masuk muzik cipta lagu isabela sebab bapa bon tak ter bela dia,jahat nak mampuih.lagu2 ciptaanya melalak kat disco dan pub pastu dah tak laku baru balik jadi ossstat bob..lebih kurang meggi 2 minit..tup2 jadi osstat meggi.

Anonymous said... November 19, 2011 at 2:39 AM

ramai sgt oztaz pasang siap dlm parti P.. ni

sbb tu bagi syarahan pun bau2 politik...

ilmu agama x tinggi mana pun tp dah bongkak kata org lain x islam, org yg ada ilmu agama tinggi seperti mufti perak pun dia ni sanggup perlekehkan...
kalau nak banding bob ni dgn mufti perak tu mcm langit dgn bumi malah x layak pun nak dibandingkan dgn apa pun...

 
Top