..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Video seks: AG sudah diserah kertas siasatan libatkan Anwar
TERKINI @ 01:19:08 PM 14-11-2011 Oleh Syed Mu’az Syed Putra November 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kertas siasatan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan memberi maklumat palsu ketika disoal siasat berkenaan video seks, yang dipertontonkan oleh “Datuk T” Mac lalu, telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata, beliau tidak mengetahui kes itu secara terperinci termasuk beberapa kes lain yang melibatkan Anwar dengan pihak polis.


Beliau menambah, polis hanya menjalankan tugas dalam konteks siasatan dan Peguam Negara akan memutuskan sama ada mahu membuat pendakwaan atau tidak.

“Sama ada ia dibawa ke mahkamah atau tidak akan ditentukan oleh Peguam Negara, saya tidak boleh mengulas lanjut, namun apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara) kepada saya bahawa kertas siasatan itu telah dipanjangkan kepada Peguam Negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan PJP/KP, Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

Siasatan terbaru itu dibuka selepas pegawai penyiasat kes video DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa Anwar dengan sengaja memberi maklumat palsu, yang diklasifikasikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Siasatan itu dijangka akan memberi tekanan ke atas Anwar, yang sebelum ini telah menafikan bahawa pelaku dalam video seks dengan seorang pelacur itu adalah dirinya.

Video itu dipertontonkan kepad media pada April oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru siasatan polis terhadap program Seksualiti Merdeka 2011, Hishammuddin berkata kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara selepas selesai siasatan.

“Kita ambil kenyataan puluhan individu yang terlibat, seperti biasa selepas kenyataan diambil kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk buat keputusan sama ada mahu buat pendakwaan atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta program berkenaan.

Pada 3 November lepas, polis mengharamkan Seksualiti Merdeka 2011, program yang antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks dan transgender. -TMI

1 das tembakan!:

VECASTS - LISTEN ONLINE RADIO WATCHING ONLINE TV said... November 14, 2011 at 7:59 PM

VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
 >CLIKC TO WATCHING<
Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,MALAYSIA RADIO ONLINE,MALAYSIA TV ONLINE ,AND MORE

 
Top