PKR MAIN UGUT SIMBAH ASID PULAKK... MACAM GAMPANG KAN PERANGAI DIORANG??!

rakan blogger KERIS7LOK telah membuat pendedahan eksklusif tentang laporan polis seorang wanita yang telah diugut untuk dicederakan dengan simbahan asid jika enggan menurut perintah seorang pemimpin PKR hulu selangor...

Gempar! PKR Dah Mula Daftar Tentera Halimunan?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t

Difahamkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita
berkenaan ugutan pihak tertentu untuk mencederakan beliau dengan
simbahan asid sekiranya beliau enggan mengisi 500 borang ahli Parti
Keadilan Rakyat seperti yang telah diarahkan. Pembaca boleh lihat
laporan polis tersebut di bawah.


Dikongsi daripada blog Seruling Jalanan, disertakan juga contoh borang
yang sudah diisi oleh mangsa diatas arahan pihak tertentu.





Keris dapat mengesan beberapa perkara yang mencurigakan melalui borang-
borang diatas :

  • Bentuk tulisan yang sama bagi semua borang
  • Tandatangan seakan palsu kerana tandangan hanya lebih kurang sahaja mengikut nama yang diisi
  • Alamat kad pengenalan yang berlainan tempat tetapi mendaftar dibahagian Ulu Selangor
  • Tiada nombor telefon dan emel untuk dihubungi
  • Borang diisi dengan beberapa tempat kosong yang ditinggalkan
Keris telah cuba menyemak daftar pemilih melalui maklumat yang terdapat didalam
borang itu namun hanya satu nama sahaja yang terdapat didalam rekod.


Mengapa perlu En Steven ini mendaftar ahli PKR di Selangor sedangkan dia
mengundi di Pulau Pinang?. Adakah ini taktik kotor pihak pembangkang dalam
mendaftarkan ahli hantu sekaligus sebagai langkah permulaan untuk mereka
menyusun pengundi hantu?. Adakah konspirasi ini dilakukan semua cabang
diseluruh Malaysia? Adakah ini BERSIH untuk pilihanraya? Apakah ini juga
termasuk didalam 8 tuntutan BERSIH?


Diharap pembaca nilai sendiri perbezaan diantara kaca dan permata. Jelas
siapa yang memulakan langkah KOTOR bagi menghadapi pilihanraya yang
akan datang?

Keris teringat pula kisah seorang makcik yang didaftarkan sebagai ahli PKR
di Parlimen 94 Hulu Selangor.

“Mak cik tak pernah minta jadi ahli PKR. Siapa punya kerja ini? Orang yang buat
kerja ini letak otaknya di lutut. Mak cik rasa geram sangat. Menipu mak cik dan
mahu menganiaya mak cik,” katanya dalam suara tersekat-sekat. Air jernih mula
berginang di kelopak mata, lantas tak dapat ditahan dari mencucuri pipinya.

“Mak cik dah masuk Umno dari tahun 70 (1970). Mak cik tak pernah keluar dari
Umno, kenapa pula mak cik boleh diberi surat masuk parti PKR ni?” katanya
sambil meramas surat dan sijil dengan perasaan geram lalu mencampakkannya.

Pagi ini Puan Badariah akan menunaikan tanggungjawabnya membuang undi
dalam Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor. Dalam PRU12 lalu beliau tidak
dapat menunaikan tanggungjawab itu kerana keuzurannya. Tetapi dia bertekad
mahu ke pusat pembuangan undi kali ini kerana mahu membalas perbuatan
yang dilakukan oleh PKR terhadapnya.

baca selanjutnya di SINI.


dipetik dari blog KERIS7LOK
.

Comments