..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Gua dah lama tak menonton teater... bukan dah bosan tapi ketidaksempatan waktu! Sehinggalah TEATER JUTA-JUTA dipentaskan di satu daerah asing bagi kesenian bernama 'teater' - PUTRAJAYA (yang kebetulan berdekatan tempat mastautin gua) mengheret kembali langkah gua untuk menyaksikannya.

Majoriti warga Putrajaya masih nipis menghargai seni, namun sambutan yang diperolehi selama 3 malam pementasan cukup membuatkan penggiat pementasan ini tersenyum untuk sebuah karya berbentuk independen. Tahniah kepada Majlis Belia Kawasan (MBK) Putrajaya yang mengambil inisiatif untuk mendedahkan warga Putrajaya dengan kesenian berbentuk sebegini.

Gua malas nak ulas dari sudut falsafah, mesej dan seni segala, cuma cuba mengupas sedikit dari sudut politikal. Dalam menyusur naratif utama yang menjadi kritikan sinis kepada KERATON (metafora kepada pentas teater paling berprestij di Malaysia, kononnya) Teater Juta-Juta cuba menyelitkan beberapa submesej berbentuk politikal, walaupun dalam nuansa satira.

Antaranya kepada pihak yang asyik menyalahkan SISTEM (pemerintahan?) dalam setiap hal yang berlaku tapi tidak berusaha mencari jalan penyelesaian, cuma tahu mengkritik & menyalak! Mungkin kita semua boleh mengagak siapa yang mereka maksudkan... =)

Mereka menyindir secara sinis golongan yang asyik mengharap subsidi dari kerajaan (kurangkan subsidi harga petrol sedikitpun dah meroyan) sebagai ZOMBIE. Golongan ini lebih rela menjadi ZOMBIE dari berusaha dalam menerima kenyataan. Banyak lagi adegan menarik dalam teater ini gua malas nak tulis semua... kalau luorang nak tahu datang la tengok sendiri malam ini, pementasan terakhir untuk naskah teater ini sebelum kumpulan MASK memulakan naskah lain berjudul 1 PLASTIK HITAM!

MALAM TERAKHIR DI PUTRAJAYA... JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! Baca berita lanjut DI SINI (klik!)


0 das tembakan!:

 
Top