..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Tony Pua memburukkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) berlandaskan 2 natijah:- kepentingan politik PR dan kepentingan poket kapitalis2 runcit. Langkah kerajaan menambah cawangan2 KR1M di seluruh Malaysia untuk meringankan beban perbelanjaan rakyat, menjadi batu penghalang kepada kapitalis2 ini menaikkan harga barang sesuka hati.

Langkah desperado, mereka berkaloborasi dengan pembangkang dalam 'situasi menang-menang'. Ikuti pendedahan team MYMASSA...

1. Pertemuan wakil-wakil syarikat-syarikat besar Hypermarket dan Pasaraya Besar dengan Tony Puaka telah diadakan sebulan lalu untuk membincangkan Kerugian Besar dan Kerugian Jangka Panjang jualan Runcit mereka selepas kemunculan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).


2. Ramai tidak tahu, Nurul Izah yang bangang itu tidak pun hadir dalam mesyuarat tersebut. Hanya wakil-wakil Cina yang tahu berbahasa Mandarin sahaja hadir. Nurul Izzah tidak mengerti bahasa Mandarin!. Hanya selepas Tony Puaka menerangkan kepada Nurul Izzah, barulah Nurul Izzah turut serta di dalam polemik tersebut. Yang bangangnya, Nurul Izzah tidak sedar dia sedang dipergunakan oleh Tony Puaka.


3. Menurut sumber Mymassa, selepas KR1M, kumpulan totok Cina Tony Puaka DAP juga menyampaikan keresahan hati mereka kerana kewujudan Klinik 1Malaysia dengan yuran hanya RM1.00 sahaja telah mengurangkan keuntungan klinik-klinik swasta mereka. Masyarakat India dan Cina kata mereka telah mengambil kesempatan mengunjungi Klinik 1Malaysia berbanding klinik-klinik swasta mereka yang maha mengcekik darah itu. (Makluman : Bajet 2012 telah memutuskan yuran RM1.00 itu turut dihapuskan, bermakna Klinik 1Malaysia memberikan Perkhidmatan Percuma).


4. Mymassa dalam lawatan kerjanya di Klinik 1Malaysia di sebuah petempatan perumahan flat di Masai mendapati, walaupun 80% penduduk di situ Melayu, tetapi didapati masyarakat India dan Cina telah mengambil peluang menggunakan kemudahan tersebut.


5. Ternyata DAP, mahupun PKR dan PAS semakin hari semakin kekeringan isu. Mereka terpaksa menyerang KR1M dan selepas itu Klinik 1Malaysia. Mereka berusaha memburuk-burukkan perkhidmatan tersebut. Ternyata Tony Puaka akan membuat apa sahaja asalkan sahaja dibayar. Tungguuu siapa bayar Tony Puaka untuk serang KR1M dan Klinik 1Malaysia akan didedahkan kemudian. Jika ianya rangkaian GLC kerajaan atau anak syarikat GLC, kepimpinan pusat mesti mengambil tindakan tegas dan segera.


6. Musang Berbulu Ayam sudah berjangkit ke GLC, yang terkini di JCorp, dahulunya geng-geng Malaysian Insider yang diseludup masuk ke NST setahun dua yang lalu nampaknya sedang dibersihkan. Siapakah di sebalik suara Tony Puaka ini, Marimuthu Nadason, Chan Kah Chi, Ratna Devi Nadarajan, Mohana Priya.


7. Dan siapakah wakil Carefore dan Tesco yang hadir Pertemuan dengan Tony Puaka itu? Kenapa tidak jemput Mydin di dalam Pertemuan Sulit itu? Sebab Bos Mydin Islam dan Melayu agaknya! Inilah Tony Puaka Menteri Rasis DAP!


dipetik dari blog MYMASSA

.

0 das tembakan!:

 
Top