TONY PUA & NURUL IZZAH MINUM CECAIR PENCUCI 3 KALI SEHARI!

Tony Pua & Nurul Izzah menyerlahkan kebebalan mereka berkaitan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)...

Dakwaan bahawa kononnya produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah jauh lebih murah dan sestengah barangan sehingga 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran, adalah jauh daripada hakikat .

Bagi membuktikan perkara itu, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini membawa sampel barangan runcit yang dibeli untuk dibandingkan.

Menurut mereka, beberapa produk yang dibeli di kedai-kedai KR1M, memang murah tetapi harganya bukanlah semurah seperti yang didakwa.

"Perbezaan harga jauh lebih rendah daripada dakwaan antara 30 hingga 50 peratus bagi kebanyakan produk," kata ahli parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Jun lalu dengan tujuan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Melalui projek itu, 250 barangan '1Malaysia' yang dikatakan 40 peratus lebih murah daripada pelbagai barangan runcit yang boleh didapati di pasaran.

Pua yang menyanggah dakwaan itu berkata: "Kunjungan ke sebuah pasar raya besar seperti Carrefour dan membeli produk seperti krimer, sardin, cecair pencuci akan segera menunjukkan bahawa hakikat adalah jauh daripada keadaan sebenarnya seperti yang didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Perdana Menteri" -MeloyaKini

Mungkin Tony Pua & Nurul Izzah tidak faham dengan motif pembukaan KR1M iaitu "menjual BARANGAN KEPERLUAN HARIAN pada harga terendah dan berpatutan". Keperluan harian bermakna barangan yang digunakan setiap hari seperti beras, gula, dan seumpamanya... bukan cecair pencuci seperti yang diungkit oleh Tony Pua & Nurul Izzah.

Kebebalan kedua Tony Pua & Nurul Izzah kerana mereka tidak faham tentang kepelbagaian jenama produk. Barangan seperti krimer, sardin dan cecair pencuci terdapat dalam pelbagai mutu dan jenama. MYDIN, selaku pelaksana program ini sudah pastinya akan memastikan produk yang berkualiti untuk kepuasan penggunanya sebelum dilabelkan dengan barangan 1Malaysia. Tapi bila mereka membandingkan harga beberapa barangan KR1M dengan produk paling cikai dan termurah di Careffour, sudah pastinya ada perbezaan harga.

Kebebalan ketiga Tony Pua & Nurul Izzah bila mereka tidak sedar Careffour adalah pelaburan asing dari Perancis ke Malaysia. Memonopoli segala jenis barangan kepada harga terendah akan menutup ruang kepada pelabur asing untuk meneruskan pelaburan mereka di Malaysia. Dengan kepelbagaian harga di pasaraya2 lain dan KR1M sekurang2nya akan membuka minda rakyat Malaysia untuk menjadi pengguna bijak dalam berbelanja.

Mungkin Tony Pua & Nurul Izzah mewakili kapitalis2 runcit yang melatah bila kerajaan mengumumkan pembukaan KR1M, bila mereka tidak lagi mempunyai kuasa untuk menaikkan harga barang sesuka hati bila rakyat punya pilihan untuk berbelanja di KR1M yang jauh lebih murah & berpatutan.

Comments

d'zul yus said…
inilah yang dikatakan bangsat negara. Hanya tau melatah tapi tak pernah menyumbang..
Unknown said…
cakap jer pandai PR ini...
Anonymous said…
kedua-dua bahalol tu memang bodoh. barang yang tak berjenama dipanggil generic product, lebih murah. kat US punya diorang ada product-product macam ini untuk dibeli oleh sesiapa yang inginkan barang murah