Phewww... dah lama gua tak tulis pasal minah ni! Meraban di Twitter sudah menjadi hobi kepada Wardina, punca serangan bertubi2 oleh blogger2 pro-UMNO dulu sehingga dia merintih-rintih pada sidang media juga berpunca dari kelancangannnya di Twitter. Cuba baca lagi petikan tweet Wardina beberapa hari lepas...
Wardina meraban kali ini kerana beberapa blog pro-UMNO membuat spekulasi mengenai kemungkinan dia akan bertanding di Parlimen Titiwangsa mewakili pembangkang (PR) pada PRU nanti.
Betul ke tak nak jadi calon... kalau dari tweetpun dah pandai praktikkan ciri-ciri calon PAS/PKR yang suka mengeji dan sumpah-seranah, dah belajar perlekehkan orang lain tak reti menulis, pathetic segala?
Sepatutnya Wardina bangga bila ada blog pro-UMNO spekulasikan dirinya sebagai calon, membuktikan ada ciri-ciri kepimpinan padanya yang tak harus PR memandang remeh- semetelah dengan sokongan dan kempen yang telah dilakukannya di ruang siber kepada PR selama ini.
Tapi dengan mempertikaikan fakta & cara penulisan blogger2 pro-UMNO menunjukkan Wardina masih bias dalam menilai. Mungkin Wardina tidak pernah membaca blog no.1 pembangkang - MILOSUAM yang asyik kantoi kerana cuma reti membuat black propaganda bertahap amatur.
Mungkin Wardina terlepas pandang kepada blog no.2 pembangkang - TUKARTIUB yang seperti orang putus urat ketawa (kah kah kah)... Atau Wardina tidak mendengar berita mengenai blogger pembangkang SHARPSHOOTER yang terpaksa meminta diskaun bila harus membayar saman RM400,000 terhadap fitnahnya kepada DS Rais Yatim.
Pernah Wardina dengar berita blogger pro-UMNO kalah dalam mana-mana kes saman? Kalau adapun setakat 'lakonan' saman oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang hanya tamat di luar pagar IPD, untuk memperbaiki persepsi dan menutup kesalahan sendiri.
Bila terpaksa membayar saman bermakna isi blognya berunsur fitnah dan penipuan. Sedangkan blogger2 pro-UMNO tidak pernah di bawa ke mahkamah kerana disaman. Mungkin Wardina boleh mentafsir sendiri sebabnya, dan berfikir kembali siapa yang menulis dengan FAKTA!
Menggelar orang lain pathetic hanya bila diri sendiri tidak utuh emosi untuk bertahan... errr nak buat sidang media lagi ke lepas ni??? heheheee...
Dengar cerita Wardina nak saman blogger pro-UMNO semasa sidang media dulu... Katanya bagi tempoh 14 hari, ni dah masuk lebih 140 hari takkan senyap aje kot??? =p
Baca juga mengenai Wardina di blog KERIS 7 LOK .
Comments
Puteri Umno cuba tarik dia tapi pasal korang, dia tawar hati.
Lagi satu, tak habis2 fitnah dan kutuk dia. Siapa target kita yang sebenarnya?
Okay Wardina?
puteri umno tarik jantan masuk bilik hotel pandai la....