LIVE #PAUMNO : LEBIH BAIK BERUNDUR SEBELUM 'LEHER DIPENGGAL'!! #PAU2011

Bila DS Zahid Hamidi, DS Hishammuddin & DS Shafie Afdal menyatakan kesediaan untuk berundur sebagai calon PRU13 jika mereka bukan winnable candidates seperti yg disyaratkan oleh PM, DS Najib... Apa lagi alasan pimpinan UMNO lainnya yang sibuk ber'cah-keting' dan mencari millage sebagai calon? DS Najib cuma menunggu detik untuk meniupkan semboyan perang... masa sudah terlalu suntuk untuk bertikaman sesama sendiri!

Tiga Naib Presiden Umno Sedia Berundur Jika Tidak Boleh Menang

KUALA LUMPUR: Tiga Naib Presiden Umno pada Khamis, menyatakan kesediaan mereka untuk berundur sekiranya disenaraikan sebagai calon tidak boleh menang pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal menyatakan kesanggupan itu pada sidang media yang diadakan selepas ucapan dasar oleh Presiden parti tersebut, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu di sini.

Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri pertahanan berkata, presiden parti telah secara lembut dan berhemah memberitahu agar pemimpin bersedia untuk berundur jika diri bukan seorang calon boleh menang.

"Ini satu indikasi bahawa presiden tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak boleh memberi kemenangan kepada parti," katanya dan menambah pemimpin hendaklah menilai prestasi diri sendiri.

Hishammuddin pula berkata, jika melihat kepada sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah berundur daripada jawatan presiden dan perdana menteri bagi memastikan kelangsungan parti terjamin.

"Jika perdana menteri sanggup melakukannya, siapalah kita yang sekadar wakil rakyat?," katanya dan menambah kesediaan untuk berundur membuktikan semangat sayang kepada parti.

Mohd Shafie Afdal pula berkata, pengunduran tersebut tidak bermaksud perkhidmatan pemimpin tersebut tidak lagi diperlukan, cuma ia tidak lagi berada di hadapan. -mstar

"Cinta kita, sayang kita dan perkhidmatan kita pada parti berterusan dan yang utama agar kuasa untuk memerintah kekal kepada Barisan Nasional," katanya.

Comments

CUPING MERAH said…
KAH KAH KAH..SURUH LA NAJIB UNDUR DIA ANTARA CALON YG TAK BOLEH MENANG..
Anonymous said…
bila smpai masa nnt, dia berundur la...beri dia peluang utk laksana program transformasi yg dirancang..hehe