MELAYU BERANI KERANA BERSALAH?!


Itu bezanya! 

TERINGAT SAYA, ANTARA BAIT-BAIT SAJAK MELAYU OLEH USMAN AWANG. BUNYINYA BEGINI : JIKA MENIPU PUN MASIH BERSOPAN, BILA MENGAMPU BIJAK BERALAS TANGAN. MELAYU ITU BERANI JIKA BERSALAH....

Ya, Melayu itu berani kerana bersalah – kata Usman Awang. Bukan sedikit makna yang tersirat dalam kata-kata sajak Usman Awang. Bagi yang telah membaca sajak ini pasti faham bagaimana sajak ini menganalisis sikap Melayu. Harap-harap penulis-penulis blog tersebut turut membaca untuk menambah ilmu dari hanya menulis mengikut cita rasa dan mendabik dada menceritakan hebat umpama tong kosong berdegar-degar berbunyi.

Mungkin sikap menimba ilmu, membaca dan membuat sedikit analisa ini saya peroleh dari jalanan hidup saya termasuk masa-masa saya belajar di Institut Teknologi Mara dan meneruskan pembelajaran saya hari demi hari sehingga melalui beberapa Institusi NGO seperti Institut Kajian Dasar (sungguhpun tidak lama tetapi penuh dengan persekitaran ilmu dan ruangan menuntut pengisian minda) – Institut Kajian Asas Kemasyarakatan yang mana ruangan untuk saya belajar dan mempelajari sudut-sudut ilmu dengan lebih mendalam lagi serta membuat penelitian mengenai masyarakat dan kemanusiaan.

Zaman saya di Institut Kajian Dasar penuh dengan pembacaan dan membuat analisa-analisa politik, mengikuti kursus dan membaca tulisan-tulisan residen hebat Institut Kajian Dasar seperti tulisan Dr Zambry Abdul Kadir – hari ini Menteri Besar Perak, tulisan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak – hari ini Perdana Menteri Malaysia, mengenai pengajian dasar kerajaan khususnya dalam Buku Wawasan 2020 dan ini tidak termasuk hasil kerja Ezam Mohd Nor – hari ini adalah seorang Senator dan ramai lagi mereka yang hari ini memimpin negara ini. Sebegitu juga Tun Faisal (UMB) – yang pernah berada dalam sirkulasi IKD yang hari ini mempunyai corak penganalisisan yang jitu.

Saya agak terpanggil untuk sedikit merasa bangga kerana pernah membaca dan bersama dalam ruangan IKD melihat hasil kerja negarawan – negarawan hari ini. Salah satu topik yang saya tertarik sewaktu itu adalah Keadilan Sosial – yang memuatkan tulisan Dr Chandra Muzzaffar yang juga terlibat dengan IKD. Dari situ saya ke Institut Kajian Asas Kemasyarakatan dan sempat diberi peluang untuk membuat kajian mengenai Putaran Ganas Kemiskinan (Kemiskinan Minda). Terima Kasih kerana hari ini saya terus mengkaji dan meneliti aspek-aspek kemasyarakatan – masalah dan struktur pemulihan.

Namun apa yang penting adalah ruangan dan pembentukan pemikiran yang sentiasa terbuka dan berhemah dalam membuat hujah dan sikap untuk terus menimba ilmu.

Berbalik kepada Usman Awang, tadi tidak hairanlah kalau ada segelintir Melayu yang sungguhpun sedar melakukan kesalahan tetapi berusaha untuk menyalahkan seluruh dunia dari mengambil inisiatif dan berusaha untuk cermin diri dan melihat di mana lokasi otak serta minda mereka sebenarnya supaya boleh diletakkan pada perseptif yang betul dan bijak.

Apa pun kita perlu melihat secara menyeluruh – kita sekarang ini adalah apa yang kita buat dan lakukan. Mungkin memandai itu ada helahnya – sebelum terbongkar kebodohan baik hentam seluruh dunia sebelum ia mencerminkan kedangkalan sendiri. Sindrom orang yang tidak mempunyai tahap analisis yang peka dan kemiskinan minda yang amat kronik amat jelas merugikan. -UMNO REFORM

Comments