..

UNDER CONSTRUCTIONS...


PAS terus hanyut dalam arus retorik mereka! Buku 'NEGARA BERKEBAJIKAN TAWARAN PAS' tidak lebih dari sebuah risalah manifesto menjelang PRU. Hakikat yang sukar mereka telan, konsep 'Negara Berkebajikan' telah lama diamalkan di Malaysia di bawah pemerintahan BN. Selepas perjuangan NEGARA ISLAM terpaksa dicampakkan ke longkang selepas disergah DAP, kita tengok apa pula nasib yang akan menimpa wayang NEGARA BERKEBAJIKAN mereka...

PAS perjelas konsep negara berkebajikan, dokumen 80 halaman dilancar Ahad

Salahuddin Ayub menunjukkan muka depan dokumen negara berkebajikan yang akan dilancarkan Ahad ini.
KUALA LUMPUR, 9 Dis — PAS akan melancarkan dokumen berkaitan dengan konsep negara berkebajikan Ahad ini — enam bulan selepas perkara itu ditimbulkan oleh presidennya pada muktamar tahunan parti Islam itu — dilihat sebagai satu lagi persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Dokumen itu, selain menjadi dokumen penting untuk ditatapi dan diperbahaskan oleh masyarakat pelbagai lapisan, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata, ia bakal menjadi sebahagian kandungan dalam manifesto Pakatan Rakyat kelak.

Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR dan DAP.

Dokumen ini dilancarkan di Shah Alam, Ahad ini.

“Dokumen ini akan memperjelaskan konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS, ia akan memberi maklumat terperinci yang dimaksudkan sebagai negara berkebajikan yang dibawa PAS, yang berbeza daripada negara kebajikan, yang dibawa pesaing politik kita, Umno.

“Dokumen ini akan menjelaskan apa sebenarnya konsep berkebajikan, fokus keseluruhan konsep berkebajikan. Dari sudut politik, ekonomi, keadilan sosial, pendidikan,” kata Salahuddin yang juga pengerusi jawatankuasa penyediaan dokumen berkenaan.

Ketika ditanya sama ada dokumen itu akan menjawab kritikan-kritikan Umno selama ini termasuk ketika perhimpunan agung tahunan parti itu minggu lalu, Salahuddin menjawab:

“Ia bukan satu jawapan (kepada kritikan mereka), tetapi dokumen ini memberi penjelasan tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep negara berkebajikan yang PAS hendak bawa.”

“Dokumen ini lebih kurang 80 halaman, kandungannya kami akan sertakan bersama manifesto Pakatan Rakyat, yang merupakan sebahagian daripada parti komponen, kami akan berkongsi antara isi penting dokumen ini,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Dokumen itu akan dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Pada Ogos lalu, PAS melancarkan Buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Hadi, dilihat menjawab kritikan pemimpin-pemimpin Umno sejak Hadi menghuraikan perkara itu dalam ucapannya pada muktamar tahunan Jun lalu.

PAS juga menggunakan tema itu dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum 2008.

Buku itu mengandungi konsep negara berkebajikan berdasarkan panduan al-Quran dan sirah Nabi saw.

Ciri-ciri negara berkebajikan, menurut Hadi sebelum ini, berbeza dengan negara kebajikan iaitu negara keangkuhan sebagaimana diamallkan di negara ini.

Umno-BN mendakwa dengan mengetengahkan idea negara berkebajikan, PAS sudah lari dari matlamat perjuangan. -TMI

0 das tembakan!:

 
Top