PENDEDAHAN OLEH NIK NAZMI!! BLOGGER DR.MIM MEMILIKI -FERRARI, PAPAGOMO -LAMBORGINI, TUN FAISAL -PORCHE911 & AAKJ -BMW 7SERIES!!

Huahahaaa... Kalau betul seperti dakwaan Nik Nazmi gua percaya suatu hari ada pelajar sekolah rendah akan cakap "SAYA NAK JADI BLOGGER BILA BESAR NANTI!" bila cikgu bertanya tentang cita-citanya!

Kickdefella mengaku Husam Musa bagi dia RM4juta, Husam plak terkedu tak mampu untuk menafikan... Nik Nazmi takkan bertindak tipikal macam balaci PR lain, bercakap tanpa bukti???


Pemberian RM10 Juta Kepada Blogger UMNO Satu Pembohongan!

KUALA LUMPUR – Tuduhan kononnya UMNO membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang pilihan raya umum akan datang merupakan satu pembohongan.

Malah tindakan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menuduh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad memberi peruntukan itu kepada bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru merupakan perkara yang tidak benar sama sekali.

"Ia adalah tidak benar dan satu pembohongan," kata Tengku Sarifuddin dalam satu kenyataan di sini hari ini

Kelmarin dalam kenyataanya kepada Keadilandaily.com, Nik Nazmi berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden UMNO, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ‘tidak menggangu’ blogger berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.

Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina. -mynewshub.my

Comments