TENDANGAN TERBANG VERSI A.P.A..!!


Aku kalau boleh malas lah nak komen pasal BLOGGER OTAI sorang ini.Tapi kalau diam dia asyik membebel bebel tak puas hati sepanjangan.Dulu semasa aku belum bernaung dibawah UMB dialah 'tukang cucuk' melaga lagakan aku dengan sahabat sahabat saperti Parpukari,GAP,Gomo dan ramai lagi bloggers Top Ranking pro Umno.Mula mula dulu aku pun tak ambil port sangatlah perangai haramjadah dia melaga dan memecahkan perpaduan bloggers pro,tapi semakin hari semakin hebat adu domba nya.

Aku ada cuba juga bertanya Parpu dan Gomo kat mana aku silap dan kalau ada silap tolonglah perbetulkan aku,maklumlah diaorang lebih senior dan aku baru je dalam dunia ini,tapi tak nampak juga perubahan.Aku dapat rasa mata mata yang memandang aku dengan penuh syak dan prasangka setiap kali kami berpeluang berkumpul untuk sesuatu program.Entah apa RACUN yang dah diberi mamat ini kat sahabat sahabat aku pun tak pasti,tapi terasa saperti dipulaukan.

Untuk tidak terus berteka teki dan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku,aku membuat keputusan bernaung dibawah UMB dan Tun Faisal.Aku umumkan penyertaan aku kedalam UMB secara terang dan rasmi,tak ada selindung selindung pun.Reaksinya... ramai top bloggers yang dah berjaya diracun mamat ni 'removed' pautan aku diblog masing masing.Apa lagi MENJUNAM lah ribuan traffic yang selama ini bersumberkan dari blog mereka.Pernah diperingkat awal menyertai UMB aku cuma mendapat kunjungan pelawat 500 orang je untuk sehari.Satu rekod untuk blog APA setelah sekian lama mendapat heavy traffic.

baca selanjutnya DI SINI (KLIK!)

Comments