..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Dustalah jika gua katakan tak terbit sebarang bibit hampa bila mendengar khabar Anwar Ibrahim dibebaskan pada 901 lalu. Gua dan rakan2 blogger yang dari Subuh datang ke Mahkamah Jalan Duta pada hari tersebut untuk mendengar keputusan mahkamah kebanyakkannya pulang murung walaupun cuba untuk menelan kenyataan dengan penuh rasional.

Ada rakan blogger yang mengambil masa berhari2 untuk 'recover' kembali semangat yang merudum jatuh sebaik saja keputusan Anwar dibebaskan adalah berita sahih.

Gua juga kecewa, tapi satu keajaiban berlaku bila gua dalam perjalanan pulang dari Jalan Duta, di atas teksi yang membawa gua kembali ke hotel. 'Abang' driver teksi yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim tiba2 mengatakan "NAJIB MEMANG BIJAK!" sebaik saja gua jelaskan keputusan mahkamah tadi kepadanya.

Tak putus pujian melambungnya tentang Anwar, tapi 'abang driver' yang gua rasakan termakan polemik NAJIB YANG MENGATUR KEPUTUSAN MAHKAMAH mengakui tugas berat untuk PR pada PRU13 bila Anwar bebas dari hukuman penjara... membuatkan PR tidak mempunyai alasan paling kukuh untuk diperjuangkan menjelang PRU13 (membebaskan Anwar dari Sungai Buloh).

Kata2 'abang driver' itu membuatkan gua dapat 'recover' rasa marah & kecewa dengan lebih cepat berbanding rakan2 blogger lain. Bila gua tafsirkan secara positif ada banyak kekesilapan yang harus kita perbetulkan dalam strategi perang menjelang PRU13.

Kini masa yang tepat untuk kita mengubahnya... menyerang Anwar secara peribadi takkan membawa ke mana kerana apa yang harus kita utamakan ialah menyerang 'institusi' naungannya secara total - meruntuhkan reputasi Pakatan Rayet keseluruhannya!


Ikuti pula pandangan dari UMNO-REFORM:

Pengalaman dalam mengharungi saat-saat timbulnya gerakan reformasi 1998 pasti memberi kita sedikit kematangan mengenai politik negara kita ini. Mempelajari apa yang benar-benar berlaku pada tahun itu pasti akan mendewasakan kita. Gerakan reformasi itu juga memberi impak kuat dalam mengertikan makna perang saraf khususnya melalui penggunaan media Internet.

Gerakan reformasi 1998 – mencelikkan politik negara ini – tidak dapat disangkal memberi makna besar dalam mengertikan perjuangan. Revolusi media juga berlaku pada era reformasi tersebut dan pada waktu itu – memang tidak dapat disangkal ia satu kejutan buat parti memerintah BN/UMNO. Kejutan ini mengambil masa yang lama untuk BN/UMNO fahami – sindrom penafian mengenai kondisi media Internet oleh pemimpin BN/UMNO pada waktu itu jugalah yang menyumbang kepada keputusan buruk BN/UMNO pada PRU ke 12.

Kesedaran amat perlahan – UMNO khususnya masih tidak mengetahui apa yang sebenarnya mengenjut mereka sehingga UMNO hari ini digambarkan dengan persepsi negatif yang akan mengambil masa untuk pulih. Adakah UMNO sekarang sedar di mana silap mereka? Kesedaran adalah apabila kita turut faham mengenai kondisi masyarakat yang ada – memahami dan dapat mempengaruhi semula. Setakat ini bagi saya kesedaran UMNO masih belum menyeluruh dan pengelolaan kesedaran ini masih di tahap yang rendah hampir sama separas dengan menipu diri sendiri dan menyeronokkan diri tanpa memberi impak luaran.

teruskan membaca - Anwar bebas satu rahmat?

Baru-baru ini keputusan mahkamah mengenai kes Anwar Ibrahim amat mengejutkan berlaku. Sebenarnya keputusan itu tidak sepatutnya mengejutkan. Mengejutkan kerana ramai antara laman-laman pro UMNO yang dangkal memainkan isu liwat dan menulis dengan panggilan lucah menyangka Anwar Ibrahim akan terpenjara. Mereka menulis dengan kecenderungan usang lantas memberi persepsi bahawa UMNO yang akan menentukan keputusan mahkamah. Memang sudah menjadi kepakaran media Internet pembangkang – membentuk persepsi bahawa mahkamah kita sudah di jajah oleh kerajaan BN/UMNO tetapi peranan laman-laman dangkal pro UMNO ini menjadikan ia amat mudah untuk menunjukkan UMNO terbabit dalam keputusan mahkamah ini setidak-tidak kepada pengundi atas pagar dan rakyat marhaen lain.

Literal kalau dilihat pembebasan Anwar Ibrahim memberi sedikit rahmat kepada UMNO. Pembebasan beliau menunjukkan apa yang digambarkan oleh laman-laman Pro UMNO yang usang dan lumrah menggunakan perkataan – perkataan lucah tidak menggambarkan UMNO terbabit dalam mempengaruhi mahkamah. Ini juga menunjukkan bahawa keputusan itu adalah hak mahkamah dan bukan UMNO atau kerajaan. Bebas atau tidak Anwar Ibrahim adalah berdasarkan timbang tara hakim yang membuat keputusan. Hari ini pembangkang mengambil kredit keputusan itu adalah kerana gesaan mereka untuk membebaskan sistem kehakiman. Mereka agak konsisten dalam menangani isu sedangkan laman pro UMNO yang bagi saya amat dangkal dalam mainan perang saraf duduk sepi dengan memaparkan gambar hakim yang membuat keputusan itu diterbalikkan tanda protes.

Apa pun ada yang membuat andaian bahawa pembebasan Anwar Ibrahim melunturkan dakwaan mahkamah korup dan juga memberi nafas baru dalam politik negara ini. Sekiranya Anwar Ibrahim di penjara, maka kemungkinan senario politik negara ini menjadi lebih dahsyat dengan kehadiran dua kumpulan utama – para politikus dan para reformis jalanan. Kemungkinan negara ini akan dibanjiri oleh ramai penyokong Anwar dan PAKATAN RAKYAT ke jalan raya. Senario reformasi 1998 akan berulang semula tetapi dengan kepakaran mereka – mungkin ia akan lebih tersusun. Ini akan menyulitkan kita khususnya dengan keadaan UMNO yang masih gagal mengatur cara perjuangan – khususnya dalam media Internet. Sudah semestinyalah kita akan terus terikut dengan cara lama sedangkan mereka semakin maju dalam penggunaan teknik dan taktik dalam media Internet.

Mungkin pembebasan ini satu rahmat kepada Malaysia dan kepada UMNO. Mungkin pembebasan ini juga membolehkan UMNO memikir semula strategi penting dalam menangani rakyat yang sudah cenderung menyebelahi pembangkang. Mungkin kepimpinan UMNO perlu meneliti laman-laman pro UMNO yang memang banyak dari segi kuantiti – kurang kualiti dan lebih terbabit dalam MENYERONOKKAN DIRI SENDIRI -UmnoReform

4 das tembakan!:

Anonymous said... January 13, 2012 at 10:16 AM

betul...

semakin menghampiri pru13, pihak pembangkang semakin ketandusan isu.

isu mahkamah dikawal oleh kerajaan otomatik terpadam dgn sendirinya.
isu spr dengan dakwat kekal, dah tak boleh spin dah.
isu ISA, lagi tak boleh spin.
isu AUKU, takde kaitan pun. budak2 dropout je yang perasan jadi pejuang.
isu agama, yang semakin jelas pas semakin dipinggirkan.
cuma isu2 persepsi itu yang perlu dijaga. persepsi buruk terhadap kerajaan perlu dilawan sendiri oleh pemimpin kerajaan..bukannya mengharapkan penyokong atau blogger atau wakil utk menjawab semua persoalan yg ditimbulkan. kalau ada yg fitnah, saman. buat seperti pemimpin pembangkang..baru nampak anda semua serius!

njah50 said... January 13, 2012 at 10:21 AM

Setuju dengan pandangan ini. Untuk orang yang mahu berfikir, pembebasan Anuar sebenarnya ada hikmah di sebaliknya. Dengan pembebasan ini rakyat yang mahu berfikir sedar akan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan. Memburukkan negara sendiri di kaca mata dunia adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab. Hasil dari pembebasan ini jelas menuunjukkan betapa kejinya perbuatan orang ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Saiful dan kesabaran beliau Insyallah akan berhasil.

Anonymous said... January 13, 2012 at 10:30 AM

aku pun terfikir juga. memang tidak dinafikan aku cukup kecewa dengan keputusan ini. berhari2 aku tak menjengah blog2 favorite aku. bukan apa tak sanggup nak baca artikel dan komen2. tapi bila baca tulisan ini hati aku sedikit lega. memang bila kuar je keputusan aku dan adik aku kata ini mesti ada something behind this. aku hrap rakyat boleh berfikir dengan matang. jangan mudah termakan hasutan pembangkang yang ingin merampas tampuk pemerintahan negara. kita ajar mereka di PRU 13.pada saiful dan keluarga bersabar dan redha la dengan ketentuan Allah. ingat Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. mungkin ada sesuatu yang lebih indah menanti saudara dimasa hadapan. InsyaAllah.

leman decaprio said... January 13, 2012 at 10:36 AM

901 melumpuhkan 2 dari 4 agenda jahat mereka dalam menyuntik doktrin kepada rakyat... kekejaman polis & kebejatan sistem penghakiman.

syukur kpd ALLAH... moga saiful temui keadilan untnya di akhirat jika bukan di dunia fana ini!

 
Top