UPDATE: ALAA TOMEY-TOMEY!! BUKAN AFDLIN SHAUKI SORANG... 'BOBOI' SERTAI UMNO!!



UPDATE: Berita terbaru yang diterima bukan hanya Afdlin Shauki menyertai UMNO, tapi turut disertai oleh pasangannya dalam kumpulan BOBOI (MLM) Harun Salim Bachik yang juga merupakan Presiden Seniman. Tahniah untuk BOBOI... Wardina & Bob Lokman bila lagi???




Penghibur terkenal, Afdlin Shauki hari ini mengesahkan yang beliau akan menyertai UMNO.

Afdlin yang baru memenangi tempat kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Harun Salim Bachik berkata, penyertaannya di dalam parti itu adalah hasil perbincangannya dengan ramai sahabatnya sebelum ini.

Sehubungan itu beliau akan menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli petang ini juga.

” Ya, saya berhasrat untuk menjadi ahli UMNO dan akan ke PWTC untuk menyerahkan borang,” katanya pada Mynewshub.My di sini hari ini.

Rakan dan juga sahabatnya Bob Lokman juga sebelum ini memilih platform politik tetapi di dalam parti Pas.

Ironinya, kedua-dua mereka pernah berkerjasama dan menjadi juri dalam pertandingan Raja Lawak yang pernah disiarkan oleh Astro.

Pada 14 Oktober lalu seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Media sebelum ini juga pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng. -mynewshub


jangan lupe dengar nasihat afdlin shauki kepada adam adli DI SINI -klik!

Comments

Anonymous said…
ikut dia la!