..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Ambiga terlupa sama ada besar atau kecil, RASUAH TETAP RASUAH! Cuma hukumannya mungkin berbeda. Mungkin Ambiga membuat justifikasi berkaitan dosa2 Anwar... Paksaan secara emosional atau fizikal, LIWAT TETAP LIWAT! -RR


Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga mencadangkan pembangkang mengemukakan rancangan pengampunan kepada pelaku rasuah jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, semalam, beliau mengemukakan cadangan itu sebagai satu langkah memudahkan laluan pembangkang ke Putrajaya.
Katanya, pembangkang mesti menghukum perasuah besar dan memaafkan perasuah kecil supaya mereka boleh melangkah ke depan tanpa halangan.

Anggap laluan mudah pembangkang tawan Putrajaya

“Kita mesti hukum perasuah besar tetapi maafkan perasuah kecil supaya kita boleh ke Putrajaya tanpa halangan," katanya.

Ambiga mengemukakan cadangan itu dengan mengambil contoh pengalaman Hong Kong ketika menubuhkan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC).

Selain itu, beliau menyarankan pembangkang menyediakan dasar untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan kes kematian membabitkan agensi awam.

Katanya, ia berdasarkan contoh proses perdamaian Afrika Selatan melalui pembentukan suruhanjaya untuk mencari kebenaran dalam kes seperti kematian Teoh Beng Hock dan Sarbaini Ahmad.
"Saya mahu tahu apakah pendirian pembangkang dan dalam hal pembentukan commision of truth and reconciliation ini.

“ Ia bertujuan membolehkan anggota keluarga terbabit mendapat keadilan
sewajarnya," katanya.

Sebelum ini, kenyataan Ambiga kerap mencetus kontroversi. -BH

0 das tembakan!:

 
Top