..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Sebelum berakhir tahun 2011 , GPB sempat bercuti di tempat perlancongan yang wajib dikunjungi jika ke negeri Perak iaitu Pulau Pangkor .  Kawasan ini terletak di dalam DUN Pangkor yang mana wakil rakyatnya adalah anak jati Kg Masjid , iaitu MB Perak , Dato Seri  Dr Zambry Abd Kadir .

Apabila GPB dibawa meronda disekeliling pulau yang pernah menjadi tempat penjajah Belanda membina kota di sini ,  banyak pembangunan terutama dari segi infrastruktur untuk kebajikan rakyat disediakan oleh kerajaan negeri dan pusat.



GPB cukup teruja sekali bila mengunjungi satu kawasan yang dinamakan  projek rumah untuk rakyat di DUN Pangkor di mana  ia hasil inisiatif  DS Dr Zambry selepas menjawat jawatan MB Perak .

Rumah ini diberikan percuma kepada  nelayan kerana kelompok inilah  yang berpendapatan rendah serta masih tidak memiliki rumah sendiri . Harga kos sebuah  rumah ini dianggarkan  RM35,000 untuk satu unit  dibina dengan sumbangan dari Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan serta FELCRA. Syarat yang ditetapkan kepada mereka mudah, rumah ini tidak boleh disewakan kepada orang lain atau pun dijual.




 rumah percuma untuk rakyat ..tak perlu tunggu'
negara kebajikan PAS ..Di DUN  Pangkor sudah 
pun dibuat 


asalnya di sini ialah jeti nelayan buruk , tapi kini telah berubah 




Di P.Pinang masih ramai golongan nelayan tiada rumah sendiri
dan selesa seperti ini . Mengapa Guan Eng tidak nampak
masalah ini ?? 




rumah yang harga asalnya RM 70 ribu ..kerajaan negeri 
menanggung harga separuh iaitu sebanyak  RM 35 ribu untuk setiap rumah yang 
dibeli oleh rakyat Pangkor . 




Dalam fikiran GPB , kalau seorang MB Perak seperti Dr Zambry  boleh menghadiahkan rumah percuma untuk golongan nelayan yang memang kita ketahui berpendapatan rendah  di negerinya , mengapa di negeri  P.Pinang ditadbir DAP  yang dikatakan kerajaan berjiwa Rakyat  tidak membuat rumah seperti ini ??

Memang patut pun dalam laporan Audit Negara  tegur kerajaan regim DAP hingga tak bina langsung rumah kos rendah untuk rakyat sejak memerintah 2008 . 

 Kalau rumah kos rendah yang dijual dibina kerajaan negeri untuk dijual kepada rakyat pun tak boleh buat , jangan mimpi la nak dapat rumah free seperti Zambry Kadir beri kepada golongan nelayan ini .


jangan ingat beri RM 100 kepada warga emas 
boleh selesaikan semua masalah termasuk hak 
rakyat ingin memiliki rumah 


Itu lah perbezaannya  bila negeri yang  diperintah kerajaan BN dengan kerajaan  regim DAP . Zambry & Guan Eng adalah orang No 1 di negeri masing-masing tapi  dari segi kebajikan untuk rakyat kita boleh nilai sendiri

Mengapa kerajaan DAP tidak bina rumah murah untuk rakyat sebaliknya lebih suka meluluskan rumah mewah ratusan ribu ?  Ini kerana  Guan Eng lebih pentingkan laporan audit negara bahawa kerajaan cekap memerintah sebab banyak lebihan wang dalam akaun . Lebihan wang itu sebabnya tidak dibelanjakan kerajaannya dan ini menunjukkan kerajaan DAP tidak efisyen dari segi perlaksanaan 

Pada tahun 2010, sejumlah RM379.77 juta telah diperuntukkan bagi 9 Jabatan. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM225.95 juta atau 59.5% telah dibelanjakan. Secara keseluruhannya, pada tahun 2010 sebanyak 5 daripada 9 Jabatan telah mencapai prestasi perbelanjaan berbanding peruntukan melebihi 90%, 2 Jabatan mencapai prestasi antara 80% hingga 89% dan 1 mencapai prestasi antara 70% hingga 79%.

Hanya Pejabat Ketua Menteri Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja yang menunjukkan prestasi perbelanjaan yang rendah iaitu 54.7% kerana terdapat sebanyak 23 projek yang tidak dapat disiapkan atau ditangguhkan. 

Projek-projek tersebut ialah 6 projek Pembesaran Masjid Dan Sekolah Agama, 3 projek Tapak Perkuburan Islam, 6 projek Rancangan Perumahan Murah, 3 projek Penyiasatan untuk Pembangunan Ekonomi Pulau Pinang, 2 projek membina Mahkamah Syariah, 1 projek Pembangunan Sukan, 1 projekPembangunan K-ICT dan 1 projek Bekalan Air

SUMBER : Laporan Audit Negara 2010 Pulau Pinang


dipetik dari blog GENERASI PEJUANG BANGSA

0 das tembakan!:

 
Top