..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Ceylyn Tay membicarakan tentang fakta di majlis Makan Malam 1Malaysia... Sebagai kaum minoriti mustahil untuk kaum Cina di Malaysia untuk mendapat KESAMARATAAN. Itu satu hakikat, tapi kaum Cina di Malaysia tidak pernah tersisih dari KEADILAN dalam pelbagai aspek. Mereka telah disuntik doktrin kiasu & rasisme oleh DAP, kerana itu Ceylyn dihambur dengan kata nista dan cacian kerana kenyataan yang cuba dia pertahankan. Tabik hormat kepada kaum Cina yang tahu bersyukur & berterima kasih seperti Ceylyn... nyatakan sokongan anda; LIKE VIDEO INI (KLIK!)



Ahli majlis Gerakan cetuskan kontroversi di Youtube


Jarang sekali bagi video di internet yang membabitkan ucapan ahli-ahli politik BN mendapat saambutan, tetapi tidak bagi seorang pendatang baru dari Gerakan yang berjaya memecahkan trend itu.


Video ucapan selama 20 minit dalam bahasa Kantonis oleh Ceylyn Tayyang juga ahli Majlis Bandaraya Ipoh pada majlis makan malam 1Malaysia pada 7 Januari lalu bertempat di Ipoh mendapat sambutan laur biasa.

Semua ini gara-gara mesej berbaur perkauman yang dibawanya. Dalam video itu, Tay membidas Pakatan Rakyat, yang antara lain berhujah bahawa kelahiran gabungan itu telah membawa kepada "sistem dua parti" yang menyebabkan perkauman di negara ini semakin buruk. Oleh itu, katanya Malaysia tidak perlu ada sistem dua parti.


Klip video asal di YouTube itu dimuat naik oleh pengguna TalkEastTalkWest tetapi telah dikeluarkan petang semalam selepas disaksikan kira-kira 16,000 kali.


Sejumlah 1,237 orang yang menonton ucapan itu memberikan video itu ‘thumbs down' atau tidak menyokongnya berbanding hanya 24 orang yang memberikan 'thumbs up'.


Bagaimanapun beberapa jam selepas video berkenaan dikeluarkan, beberapa salinan klip video mula dimuat naik semula oleh pengguna lain di YouTube dan turut dikongsi oleh orang ramai melalui laman web rangkaian sosial yang lain.


Penonton terus mencemuh Tay pada seksyen komen video itu dan ada juga yang membina halaman Facebook khas bertujuan mengutuk video berkenaan.


Tay juga dilabelkan sebagai "Ms Equality" kerana pada ucapannya beliau dilaporkan berkata masyarakat Cina tidak boleh mengharapkan layanan yang sama di negara ini kerana mereka adalah golongan minoriti.


Ketika dihubungi lewat petang semalam, Tay mempertahankan ucapannya dan menyelar pengkritiknya yang "cetek" kerana gagal memahami hujah-hujahnya sebelum melancarkan serangan terhadap beliau.


Laga-lagakan Cina


Katanya, golongan itu gagal memahami subjek berkenaan tersebut dan bahawa merekahanya meniru komen-komen terdahulu yang lain.


"Saya tidak mempunyai peluang (di pentas) untuk menerangkan lebih jelas dengan apa yang saya perkatakan," keluhnya merujuk kepada ucapan kontroversi itu.


Walau bagaimanapun, Tay percaya bahawa kebanyakan hadirin yang dianggarkan berjumlah 3,000 orang pada majlis makan malam itu menerima baik ucapannya. Katanya, ada di antara mereka telah menjawap kepada beberapa pengkritik Facebook bahawa kebebasan bersuara perlu dihormati.


Dalam klip video itu, Tay menuduh DAP cuba melaga-lagakan masyarakat Cina dengan menggunakan strategi menggesa pengundi untuk menghukum Umno dengan menyingkirkan MCA dan Gerakan.


"Tetapi orang ramai tidak melihat kepincangan logik ini - A melakukan suatu jenayah, B dihukum dan C pula digunakan untuk menindas A. Apakah ini kena mengena dengan B?" soalnya.


Mengenai slogan 1Malaysia, Tay berkata masyarakat Cina di negara ini perlu bersikap realistik kerana orang Melayu merupakan golongan majoriti, dengan itu kesaksamaan tidak boleh diharapkan. -mkini

5 das tembakan!:

Anonymous said... January 18, 2012 at 2:50 PM

BRAVO CEYLYN! I WISH ALL CHINESE IN MSIA JUST SMART N SWEET LIKE HER!

eXception said... January 18, 2012 at 3:01 PM

Ramai ultrakiasu yang BUTT HURT!!

eXception said... January 18, 2012 at 3:02 PM

Ada sesiapa yang boleh translate speech penuh Ceylyn kepada Bahasa Melayu?

anti bohmau said... January 18, 2012 at 5:09 PM

berpijak di bumi nyata!!

walaupun melayu majoriti namun ekonomi melayu masih 'minoriti'!!!

cahuvinistcina sebenarnya sentiasa rasa pahas hati krn kuasa politik shj yg mrk belum kuasai sepenuhnya.

ekonomi mrk dah control selalui so-sial - industri hiburan, club2 mlm, pusat2 kareoke,gedung2 perniagaan yg ada hubungan dgn hiburan keluarga...apa sj yg boleh dijadikan duit, mrk kuasai...melayu cuma jd pelanggan.

jd dgn sedikit kuasa politik yg ada ni, melayu perlu sedar. ..langit tidak selalu cerah. kita juga perlu berpijak di bumi nyata!! BERSATULAH!!!

 
Top