..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Pemecatan Dr Hasan Ali sebagai EXCO Agama kerajaan PR Selangor sudah muktamad selepas cadangan MB Khalid Gagap diperkenankan oleh Sultan. Persoalannya siapakah calon paling layak menggantikan Hasan Ali? Haji Hadi sendiri tidak mampu untuk memberi sebarang bayangan... Adakah lantikan EXCO Agama juga terpaksa menunggu perkenan rakan2 al-kafirun dalam PKR & DAP Selangor?



Hadi Tutup Mulut Calon Pengganti Hasan Ali


ALOR SETAR: PAS masih berteka-teki mengenai calon pengganti Datuk DrHasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu bagi mengisi kekosongan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.


Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengelak ketika diajukan soalan mengenai pengganti bagi mengisi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukturdan Kemudahan Awam.


"Nanti kami beritahu, tunggulah Rabu," katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat di sini, Sabtu.


Abdul Hadi juga mengelak ketika ditanya sama ada beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pengisian jawatan itu.


Pada Jumaat, Abdul Khalid mengumumkan bahawa pelantikan Exco baru akandisempurnakan di Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam pada Rabu depan.


Abdul Khalid turut memberitahu bahawa kerajaan negeri belum memperoleh nama secara rasmi daripada PAS dan satu perjumpaan dengan PAS Pusat akan diadakan dalam tempoh dua hari ini.


Hasan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor olehSultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Watikah memaklumkan pembatalan pelantikan beliau akan dihantar olehpihak istana kepadanya tidak lama lagi.


Minggu lalu, Abdul Hadi mengumumkan pemecatan Hasan berikutantindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkankepada Fasal 82(9) perlembagaan parti.


Hasan sebelum ini dianggap sebagai ‘ancaman’ kepada PAS berikutankenyataannya secara terbuka mengkritik perjuangan parti itu yangdianggap tersasar daripada landasan perjuangan asal parti, iaitumendaulatkan Islam. -mstar

1 das tembakan!:

Anonymous said... January 14, 2012 at 5:34 PM

AKU PECAYA PASAKAN TURUT KATA DAP DAN PKR...SEBAB APA KALAU ADA MAJLSI CERAMAH POLITIK ORANG PAS YANG JADI BABU JAGA ALRIN TRAFIK OLEH UNIT AMALNYA...MEMANG JADI ORANG SURUHAN

 
Top