GARDENIA vs MASSIMO - RACIST BASTERDS MAHU JADIKAN ROTI PENCETUS SEMULA 13 MEI??


Kenaikan harga barang telah membawa kepada perubahan sikap, di mana rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk menyalahkan antara satu sama lain dan membangkitkan pertikaian yang bersifat perkauman.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, baru-baru ini kempen memboikot roti Gardenia ekoran tuduhan ia bersifat perkauman dan “syarikat kroni” yang mencerminkan realiti dalam negara di mana hampir ke semua aspek kehidupan dilihat berpegang kepada perkauman.

Gardenia Bakeries terpaksa mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menafikan syarikat itu diarahkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) untuk menghentikan pembelian tepung dari Federal Flour Mills Bhd (FFM) atas sebab-sebab yang dikatakan bersifat perkauman.

Keputusan itu dibuat ekoran jualan popular roti Gardenia apabila ramai rakyat berbangsa Cina memilih produk baru sebagaI satu tindak balas dalam satu kempen di laman sosial Facebook dan emel selain turut dihebahkan melalui khidmas pesanan ringkas.

Bernas dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary sementara FFM diketuai hartawan Malaysia Tan Sri Robert Kuok.


“Di Malaysia, ia akan berlaku (apabila keadaan buruk) dan rakyat mula menyalahkan bangsa lain. Sama ada aspek pendidikan, perniagaan atau hiburan. Kebanyakan orang berfikir di atas garis perkauman,” kata Ibrahim Suffian, yang mengetuai Merdeka Center.


Kempen anti-Gardenia yang diadakan di Internet terutamanya di China, bermula bulan lalu dengan meminta memboikot syarikat pengeluar roti itu kerana mendiskriminasi FFM milik Kuok atas sebab bersifat perkauman.

Kempen itu juga menggesa pengguna menyokong produk yang dihasilkan FFM, Massimo yang memasuki pasaran baru-baru ini.

Satu emel yang dihantar menyebut: “Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind.”

Rakyat Malaysia telah berdepan inflasi tinggi secara berterusan yang mencecah kadar tinggi iaitu tiga peratus pada Mac dan terus melambung kepad 3.3 peratus bulan lalu.

Ibrahim dan penganalisis politik Khoo Kay Peng menyalahkan dasar-dasar yang mana diteruskan untuk “berdasarkan kepada hak kaum daripada kewarganegaraan.”

“Ia tidak selaras untuk kami mendapatkan hak pendidikan dan ekonomi berdasarkan Akta Hubungan Kaum. Ia tidak seiring,” kata Khoo yang turut menambah ia mudah bagi pengguna untuk menjatuhkan pasaran Gardenia, yang telah menaikkan harga produk banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Agus Yusoff, seorang pensyarah politik dan sejarah berkata faktor utama bagi pengguna ialah kemampuan dan harga berpatutan, dalam kes ini seolah-olah wujud satu agenda untuk “memasukkan sentiman perkauman ke dalam isu itu.”

Massimo kini menawarkan roti bersaiz kecil dan panjang berharga RM2.50 dan RM3.40 manakala Gardenia berharga RM3.20 dan RM3.35.

Putrajaya akan membentangkan Rang undang-undang Hubungan Kaum pada Mac untuk menentang perkara-perkara bersifat perkauman, mengawal interaksi antara kaum dan menggalakkan untuk saling hormat-menghormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz minggu lalu berkata undang-undang baru itu diperkenalkan untuk mencontohi Akta Hubungan Kaum yang diamalkan di Britain.

Tetapi wakil rakyat pembangkang mengatakan ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya kerajaan akan mengawal daripada memudahkan interaksi. – TMI

Comments

Anonymous said…
perkara2 perkauman di negara kita ni perlu dikawal..sy sokong langkah kerajaan utk wujudkan akta bg mengawal dan menjaga hubungan antara kaum..
Anonymous said…
Setakat hari ini, saya beli roti gardenia size kecil rm2.40. lg murah 10 sen dari harga pengenalan massimo