..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Satu hal yang perlu kita faham bila portal propaganda pembangkang; MALAYSIAKINI menulis dalam bentuk PENGIKAT KATA (cth: "xxxx"), sebenarnya mereka cuba untuk membuat spekulasi atau tuduhan yang tidak dalam bentuk FAKTA bagi menyelamatkan dana (dari NED) mereka dari menipis bila disaman! Ini semantik bahasa untuk membentuk persepsi kepada pembaca/penyokong mereka yang singkat akalnya untuk berfikir lebih dalam.

Gua sebut LAPORAN MALAYSIAKINI bagi merujuk kepada laporan mereka mengenai tulisan wartawan GAY Sydney Morning Herald, Andrew Hornery dan laporan blog fesyen Australia, Flockwriter berkaitan tuduhan DS Rosmah Mansor berbelanja AU$100k di Sydney.

"kumpulan yang agak besar" , "membuat pelbagai pembelian" , "tidak tepat" , etc... Akhirnya Malaysiakini sendiri terpaksa 'cover' banyak perkara dengan kenyataan pereka fesyen pemilik butik, Carl Kapp kerana berita sebelum ini jelas dalam bentuk spekulasi semata-mata.


Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah membelanjakan A$100,000.

Menjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini untuk mendapatkan komennya, Kapp  berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".


Kapp berkata, beliau tidak didedahkan jumlah yang dibelanjakan, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' dalam akhbar Sydney Morning Herald.

"Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati.

"... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam. "

Frockwriter melaporkan pada 17 Januari lalu, berdasarkan temubual dengan Kapp, bahawa "Rosmah telah menempah 61 helai sutera".

"Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula pada harga A$400 dan hingga ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntington.

Penulis kolum Andrew Hornery pula melaporkan bahawa isteri Perdana Menteri membuat "tempahan pakaian kira-kira A$100,000 di butik (Kapp) semasa bercuti di Sydney.

Menurut Kapp, artikel tersebut juga "tidak tepat" apabila mengatakan bahawa beliau "diterbangkan ke Malaysia bulan depan" semata-mata untuk faedah Rosmah.

Sebaliknya, kata beliau, lawatan ke pelbagai tempat di rantau Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan saluran pemasaran barangannya dan untuk mendapatkan bahan bagi produk masa depan, adalah perkara biasa dalam urusan kerjanya dan perniagaan. -malaysiakini

2 das tembakan!:

Anonymous said... January 25, 2012 at 10:18 PM

haha belog PR kantoi bohong! haha

Anonymous said... January 26, 2012 at 12:22 AM

Blog milosuam bukan hanya sejuk ais, tapi dah berbuih-buih basi kerana menghidangkan fitnah ni ...

 
Top