KECOH PENGURUSAN MASJID JELUTONG DIPOLITIKKAN... PENGERUSI KARIAH KENA PENAMPAR!!


GEORGETOWN: Pengerusi Kariah Masjid Jelutong, Mohamed Yusof Mohamed Noor kena penampar anak kariah sendiri gara-gara mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

Kejadian itu berlaku di Masjid Jelutong selepas solat Jumaat apabila anak kariah tidak puas hati dengan pendekatan yang digunakan Mohamed Yusof mentadbir masjid itu sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, anak kariah itu yang mempunyai masalah peribadi dengan pengerusi itu.

Bagaimanapun, keekcohan itu berjaya dileraikan oleh beberapa anak kariah lain yang segera campur tangan.

Aksi tampar dahi itu berlaku di ruang solat masjid berkenaan selepas Mohamed Yusof memberi kenyataan kepada wakil media mengenai dakwaan sekumpulan anak kariah bahawa beliau sengaja membuat pelantikan jawatankuasa kariah masjid untuk 2012 secara rahsia dan tidak mengumumkannya.

Terdahulu, kira-kira 20 anak kariah Masjid Jamek Jelutong mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat membantah pelantikan Mohamed Yusof sebagai pengerusi jawatankuasa kariah masjid itu.

Ia diketuai Pengerusi Persatuan Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof, yang turut membidas dan mendakwa Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim campur tangan dalam urusan pemilihan jawatankuasa kariah masjid sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan anak kariah.

Mereka turut membawa beberapa sepanduk yang tertulis ‘Jangan jadi kuda tunggangan politik: peringatan kepada Jabatan Agama Islam', 'Kami anak kariah mendesak pelantikan AJK tahun 2012 ditarik balik dan dibatalkan' dan 'Siasat akaun masjid, kenapa takut?'

Zarus berkata, perpecahan berlaku disebabkan campur tangan politik ke atas pemilihan jawatankuasa kariah masjid itu mengakibatkan ramai anak kariah tidak puas hati dan mahu ia diadakan semula.

"Pengerusi sekarang gagal mentadbir masjid ini sejak tiga tahun lalu. Dia tidak pernah mengadakan mesyuarat agung dengan anak kariah dan tidak pernah membentangkan simpanan kira-kira masjid.

"Malah, timbalan pengerusi, setiausaha serta ahli jawatankuasa (AJK) wanita masjid sebelum ini disingkir tanpa sebarang alasan munasabah dan langsung tidak dimaklumkan kepada anak kariah," katanya.

Sementara itu, Mohamed Yusof berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pemilihan jawatankuasa kariah masjid terbabit dalam tempoh terdekat dan menyifatkan bantahan itu berlaku akibat salah faham.

Beliau berkata, semua perkara berbangkit termasuk masalah dalaman akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan dan 11 agenda mengenai perancangan kariah masjid juga dibentangkan. -sinar-

Penduduk Jelutong berang pengurusan masjid dipolitik


PULAU PINANG 13 Jan. - Suasana kecoh tercetus selepas solat Jumaat di Masjid Jelutong hari ini apabila penduduk di situ tidak berpuas hati dengan penjelasan pengerusi kariah masjid tersebut, Mohamed Yusoff Mohamed Noor berhubung pentadbiran masjid berkenaan.


Penduduk seramai kira-kira 30 orang yang pada mulanya berhimpun secara aman di depan masjid bertukar kecoh apabila mereka meluahkan rasa tidak puas hati sehingga mencetuskan perang mulut di antara kedua-dua pihak.


Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Jelutong, Zarus Yusof berkata, sejak mentadbir masjid tiga tahun lalu, Mohamed Yusoff yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelutong gagal menunjukkan penyata akaun kepada anak-anak kariah.


Selain itu, jelasnya, pelantikan ahli jawatankuasa masjid bagi tahun itu juga dibuat secara tertutup tanpa pengetahuan mereka.


"Saya percaya ada campur tangan politik dalam lanjutan pelantikan pengerusi kariah dan ahli-ahli jawatankuasa bagi tahun ini.


"Memang ada campur tangan politik dalam isu ini kerana mereka tidak ambil kira sensitiviti penduduk," katanya kepada pemberita selepas berhimpun di depan masjid berkenaan di sini, hari ini.


Mereka turut membawa sepanduk-sepanduk yang antaranya tertera perkataan-perkataan '3 tahun jadi pengerusi kariah, di mana penyata akaun kira-kira masjid' dan 'Bina dapur dan pejabat atas makam, siapa nak jawab, biadap'.


Keadaan tegang juga berlaku apabila Zarus cuba menahan khatib yang mahu memasuki kereta untuk pulang kerana mendakwa khutbah yang dibacakan mengandungi unsur politik.


Sementara itu, Mohamed Yusoff ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat agung dalam masa terdekat dan menyediakan penyata akaun seperti yang diminta.


"Selama ini bukan kami tidak mahu menunjukkan akaun kira-kira masjid, tetapi bendahari masjid mengalami strok selama hampir enam bulan," jelasnya. -utusan-

Comments

Anonymous said…
syabas ajk badan bertindak, bila politik masuk masjid mesti ada perpecahan, tujuan didirikan masjid tu oleh orang2 terdahulu untuk anak2 kariah bersatu,berdamailah.
Anonymous said…
kah..kah..kah...bendahari kena strok selama 6 bulan....lawak2 punya alasan....ngam2 6 bulan tu sama dgn akaun masjid yg x ditunjuk selama 6 bulan.....

makin bodoh puak2 PR ni...