..

UNDER CONSTRUCTIONS...


PANAS!! Dr Hasan Ali akan dedahkan parasit dalam PAS semasa road show seluruh negara!!

Bekas pemimpin PAS yang dipecat Datuk Dr Hasan Ali akan mendedahkan mengenai kewujudan kumpulan parasit yang semakin menular hingga merosakkan asas dan perjuangan parti itu.

Dakwa beliau, kumpulan parasit berkenaan kini semakin menguasai hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatannya.

"Golongan parasit dalam PAS begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam PAS.

"Golongan parasit yang jumlahnya lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah hala tuju PAS," katanya pada sidang media terbarunya di kediamannya di Taman Tun Dr Islam , Kuala Lumpur pagi Isnin.

Jelas ADUN Gombak Setia, beliau akan mendedahkan pemimpin PAS yang bertindak sebagai parasit dalam parti itu menerusi satu road show di seluruh negara dalam masa terdekat.

"Antara lain nanti road show itu akan membongkar peranan DAP dan PKR di dalam PAS ketika itu nanti," katanya yang memberitahu penganjur bagi jelajah tersebut adalah pejabat beliau sendiri.


ANWAR JADIKAN SEKS BEBAS HALAL...

Beliau juga ditanya mengenai temubual ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam BBC - Anwar sokong hapuskan undang-undang lapuk mengenai liwat di negara ini.

Kata Hasan, beliau sudah tahu pandangan Anwar mengenai perkara itu dan sebab itulah tidak pernah menyokong Anwar.

“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan.

“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya,” katanya.

Sebelum itu, beliau membacakan satu kenyataan media empat muka surat yang antara lain mempersoalkan keputusan kerajaan negeri menggugurkan beliau sebagai Exco Selangor yang disifatkan dibuat secara terburu-buru serta bermotif demi kepentingan pihak tertentu.

Menurut Hasan, penggugurannya sebagai exco yang berkuat-kuasa hari ini bercanggah dengan tarikh akhir tempoh rayuan beliau sebagai ahli PAS yang hanya akan tamat pada minggu pertama Februari depan.

Jelas beliau, secara teknikal pelucutan jawatannya sebagai exco berlaku dalam tempoh jangka hayat keahliannya dalam PAS masih sah sehingga proses rayuan berakhir.

"Mungkin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini. Namun saya tidak ada masalah di atas pengguguran sebagai ahli exco. Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya.

"Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya. Tindakan ini seolah-oleh menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya.

"Walhal dari segi pengguguran ahli exco, saya sepatutnya masih ada tiga minggu tempoh bertenang untuk membuat keputusan terbaik," katanya.

Dalam pada itu Hasan turut memberitahu bahawa beliau sudah menerima surat rasmi daripada pihak istana memaklumkan mengenai penggugurannya sebagai exco awal pagi tadi.

Pada 8 Januari lalu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pemecatan Hasan berikutan tindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkan kepada Fasal 82(9) perlembagaan parti.

Hasan sebelum ini dianggap sebagai ‘ancaman’ kepada PAS berikutan kenyataannya secara terbuka mengkritik perjuangan parti itu yang dianggap tersasar daripada landasan perjuangan asal parti, iaitu mendaulatkan Islam.

Menurut Hasan, pemecatan beliau dibuat tanpa mengikut prosedur di mana tidak dipanggil membela diri serta tidak dinyatakan atas pertuduhan apa beliau dipecat serta merta tersebut.

"Ia (pemecatan) sungguh autokratik dan tidak demokratik," tambahnya.

Ketika menjawab soalan wartawan, Dr Hasan menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menyertai UMNO sebaliknya selesa dengan statusnya kini dalam misi meneruskan agenda mendaulatkan Islam.

Malah jelas Hasan, beliau masih sayangkan PAS walaupun parti itu mengambil keputusan drastik memecatnya daripada parti itu baru-baru ini.

"Masuk Umno? Not at all (tidak sama sekali.)

"Hati besar, hati kecil (saya) bersama dengan PAS. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti ada jodoh dan pertemuan kita...bila parasit-parasit ini tidak ada dan bila PAS balik kepada pengkalan asalnya, Hasan Ali akan mengisi borang baru menyertai PAS," katanya. -AGENDA DAILY

2 das tembakan!:

Anonymous said... January 17, 2012 at 11:32 PM

MANUSIA BILA DICABAR,,DAN TERCABAR,,AKAN MELAKUKAN SESUATU YG HEBAT,,,

Anonymous said... January 18, 2012 at 12:05 AM

blah laaa

dalam umngok tu semuanya parasit!!!!

 
Top