POLIS PUKUL BERUK2 DEMONSTRAN UPSI?? BLOGGER2 PAKATAN RAYET SURE TERCIRIT!!


Seperti yang kita dapat lihat dalam video di atas... minit 2:35 kita telah lihat macam mana pihak polis cuba bertoleransi dengan mahasewel yang berdemo depan UPSI awal pagi kelmarin "sekarang saya bagi masa secukupnya untuk you meluahkan apa yang you nak sampaikan..." dengar tak explaination pegawai polis tu mahasewel2 bengap & blogger2 Pakatan Rayet??

Minit 2:55 - polis memberi amaran untuk bersurai selepas 15 minit! tambah lagi 15 minit dari awal pagi... tak cukupkah lagi masa yang diberikan wahai mahasewel2 bengap & blogger2 Pakatan Rayet??

Minit 4:10 - polis memulakan tangkapan terhadap yang dipercayai menjadi kepala & penganjur demonstrasi tersebut... Polis cuba bawa naik black-maria baik2 tapi tengok siapa yang meronta2 tidak mahu mengikut arahan pihak berkuasa??

Minit 4.45 - seorang mahasewel berguling kat tengah jalan meronta2 ala lakonan Suhardi Mat Isa semasa BERSIH 2.0... kalau seperti dakwaan blogger2 Pakatan Rayet polis yang pijak & pukul mahasewel tersebut takkan dalam banyak2 kamera yang ada di situ tidak dapat merakam dengan jelas aksi polis memijak & memukul??

Adam Adli, beruk lidah pendek ni pulak telah menghantar tweet fitnah berbaur hasutan... Safwan Anang PARAH?? Semantik gila penggunaan diksinya... mesti berkat ajaran Chegubard & Mahfuz Omar!


Kepada Adam Adli & blogger2 Pakatan Rayet, baca laporan berita di bawah, AMBIKKK KAUUU!!

Pasukan khas siasat blog fitnah polis cederakan pelajar


KUALA LUMPUR - Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu beberapa mahasiswa dipukul polis dalam satu perhimpunan di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), semalam.


Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, polis juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah dilemparkan.


"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.


"Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Beliau berkata sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut terbukti palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak berulang.


Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata siasatan menunjukkan klinik yang dirempuh kumpulan penuntut dalam perhimpunan tersebut mengalami kerosakan dianggarkan mencecah RM10,000.


Semalam, beliau menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Upsi.


Kira-kira 70 penuntut beberapa universiti dilaporkan berhimpun tanpa kebenaran di pekarangan Upsi atas alasan menuntut kebebasan akademik dengan menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).


Selain itu, mereka mendesak agar penuntut Upsi, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan banting berupa bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno 17 Disember lalu tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan. -sinarharian

Comments

Anonymous said…
Bukan mencari penyakit, mereka ini saja nak menambahkan penyakit. Polis, Pendakwa dan Hakim janganlah lagi berlembut. masuk lokap dan bila sabit masuk dalam Penjara. Orang yang tak boleh jaga diri eloklah mereka itu dijaga oleh anak-anak buah YDPA di mana-mana penjara yang sesuai.

TNC pelajar janganlah tidak bertelor dalam mendisiplinkan anak-anak buah mereka yang lebih mahasewel dari mahasiswa!
Pakcu Rantau Panjang said…
Salam buat tuan Dan PDRM.

Pakcu setuju bila pihak polis ingin menegakkan kebenaran mengenai apa yang berlaku semasa Demo UPsi tu...

Terdapat beberapa blog pembangkang melaporkan situasi diluar fakta dan menyalahkan tindakan polis.

Semoga tindakan pihak polis ini dapat menyedarkan masyarakat tentang duduknya perkara yang sebenar.....walahualam
Anonymous said…
sape yg samseng..sape yg mengganas..anda nilaikan sdri..bbdk2 tu yg duk maki2 n terjerit x tentu arah..polis dh bg peluang n mse utk bersurai..ni mmg modus operandi diorg utk timbulkan kekecohan..