saksikan video dan foto-foto di bawah...
pro-mahasewel tidak dipengaruhi unsur2 politik luar??
Semalam beberapa orang politik yang terdiri daripada parti PKR iaitu Chegubard kelihatan bersama 17 orang pelajar yang merusuh di hadapan UPSI sehingga bertindak memecahkan pintu kaca sebuah klinik.
Hari ini selepas sahaja dibebaskan oleh pihak polis dari Balai Slim River, kumpulan pelajar yang diketuai Adam Adli bertindak berhimpun sekali lagi di hadapan UPSI tengah hari tadi. Anehnya ketika perhimpunan tengah hari tadi kelihatan beberapa pemimpin PAS bersama dengan kumpulan 'mahasewel' ini antaranya adalah Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar atau nama sebenarnya Mahfuz 'Bean' Omar. (gambar atas)
Selain itu beberapa pemuda dari Dewan Pemuda PAS turut kelihatan bersama dengan kumpulan pelajar ini. Melihat kemunculan pemimpin pembangkang ini, jelas menunjukkan bahawa parti pembangkang merupakan dalang di sebalik tindakan ganas mahasiswa di UPSI semalam.
Malah dari maklumat juga dimaklumkan dari 17 orang pelajar yang terlibat merusuh semalam hanya dua pelajar terdiri dari pelajar UPSI. Selebihnya dipercayai pelajar dari kampus lain yang menganggotai SMM yang diketuai oleh Chegubard.
Ini yang dikatakan 'mahasewel' ekstrem ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak?
Jika benar mereka tidak terlibat politik kepartian kenapa perlu pemimpin parti politik pembangkang bersama mereka?
Nama UPSI bakal mencipta sejarah lagi kali ini, tapi sayangnya mereka yang bikin onar di UPSI adalah pelajar luar. Wahai pelajar-pelajar di UPSI bangkitlah tolak golongan ekstrem ini yang cuba memberi imej buruk kepada Universiti yang anda duduki sekarang.
Jika tidak dihalang tidak mustahil selepas ini graduan UPSI bakal dilabel sebagai mereka yang ekstrem....
dipetik dari blog DOUBLE-Y
Comments