..

UNDER CONSTRUCTIONS...



Skuad Muda RELA - Pusat Simulasi Menembak

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Penubuhan Pusat Simulasi Menembak Belia Anti Jenayah merupakan platform terbaik kepada Skuad Muda Rela mempersiapkan diri dengan kemahiran menggunakan senjata.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada masa ini menjadi keperluan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk mahir menggunakan senjata supaya boleh membantu pasukan keselamatan lain apabila diperlukan.

Katanya, penubuhan pusat simulasi menembak berkenaan juga diyakini dapat membantu anggota-anggota Rela khususnya Skuad Muda Rela yang terdiri daripada golongan belia mempelajari kaedah menggunakan senjata dengan betul.


“Ia merupakan keperluan pada hari ini. Skuad Muda Rela yang terdiri daripada golongan belia perlu tahu mengendali serta menggunakan senjata.

“Ia juga supaya mereka dapat membuat keputusan tepat ketika situasi memerlukan sama ada untuk melepaskan tembakan atau sebaliknya. Bagaimanapun, tembakan yang dilepaskan perlulah tepat, sebab itu pusat simulasi ini ditubuhkan supaya mereka boleh diberikan pendedahan serta latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai Program Belia Anti Jenayah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini. -um

0 das tembakan!:

 
Top