BOB LOKMAN AKAN AJAR @CATRIONA_ROSS KUTUK RAKAN2 ARTIS??!



Tak kisah sekelumitpun mana2 artis nak menyertai atau menyokong mana-mana parti, itu pilihan masing2 sebagai petanda Malaysia masih dalam nuansa demokrasi yang sihat. Satu rahmat yang dikurnia kepada Catriona, hidayah yang diterimanya tanpa dorongan unsur2 politikal seperti Bob Lokman. Itu yang buatkan hati ini tidak menilai Catriona dari sudut skeptikal.

Hampir setahun Catriona berubah baru dia muncul di 'pentas hijau'. Kemunculan Catriona berbeza dengan Wardina kerana dia tidak terikat dengan mana2 agensi kerajaan/GLC dan tidak celupar menyuntik doktrin bencikan kerajaan kepada peminat... Jadi sebarang tindakan untuk blogger atau media proBN 'menyerang' Catriona boleh dianggap emosional atau kurang bijak.

Jika Catriona memilih PAS bukan berkait dengan hidayah atau dirinya sudah bertudung, gua percaya Catriona bijak memikirkan PAS bukan satu-satunya jalan menuju syurga. Masalahnya cuma UMNO/BN tidak peka untuk mendekati golongan sebegini yang boleh mempengaruhi ramai peminat mereka.

Percayalah jika Catriona memilih untuk menyertai PAS, dengan kepetahan komunikasinya dia akan diheret dari ceramah ke ceramah untuk kepentingan kuasa parti yang kononnya paling islamik tersebut.

Biarlah Catriona memutuskan pilihannya... Cuma harap jangan terpengaruh dengan nada & gaya Bob Lokman yang mencerca rakan2 seangkatan bila berdiri di pentas PAS!


Comments