BRAVO!! PEMUDA UMNO BANTU KARTUNIS/ARTIS JADI USAHAWAN!! @sohaimishahadan @khairykj @tunfaisal



Selepas mendapat tahu sekumpulan kartunis/artis (yang gua kenali kebanyakkannya adalah pro kepada pembangkang) mendapat sejumlah dana kerajaan hasil usaha Ketua Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan PPUM pada mulanya membuat gua tertanya2... Kenapa yang bertungkus lumus membantu kerajaan tidak diberikan peluang sebegitu?

Namun pertemuan dengan Dato' Sohaimi Shahadan semasa mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Parit, Perak minggu lepas memberi penjelasan kepada gua tentang persoalan yang bersarang di kepala... Gua fikir Dato' Suhaimi telah melakukan satu langkah bijak untuk menarik golongan seniman mendekati Pemuda UMNO seterusnya menyelami secara lebih dekat misi perjuangan UMNO. Selama ini golongan seperti ini dipandang remeh oleh UMNO yang mana akhirnya mereka melangkah mendekati pembangkang.

Gua (selaku seorang kartunis juga) mengakui permasalahan utama golongan ini adalah masalah modal dan skil komunikasi & keusahawanan yang membuatkan mereka tercicir walaupun mempunyai idea2 bernas untuk diketengahkan sehingga ke peringkat global. Lantaran itu ramai yang menjadi mangsa kapitalis dan pihak ketiga yang memerah idea serta khudrat usaha mereka dengan pulangan yang tidak setimpal.

Inisiatif yang dilakukan oleh Dato' Sohaimi Shahadan patut dipuji dan seharusnya lebih ramai pemimpin UMNO yang mengambil langkah sama untuk membawa masuk lebih ramai 'golongan terpinggir' seperti ini mendekati visi kerajaan BN... bukan berterusan membuncitkan perut kaki2 kipas di sekeliling mereka!

Bravo Dato' Sohaimi!! Bravo Pemuda UMNO!!

.

Comments