GILE!! BUKTI VIDEO MAHASISWA #AMANKAMPUS AJAR BUDAK2 SEKOLAH BARING TENGAH JALAN??!


Foto di atas bukan mahasiswa AMAN KAMPUS tapi mahasiswa2 PRO-ANARKI yang dikepalai oleh Adam Adli (baju merah) semasa membuat demonstrasi di hadapan pintu pagar UPSI semasa tengah malam tahun baru... Gile ke hape demo tengah malam buta???

Sekarang saksikan video di bawah dan cuba bandingkan dengan mahasiswa2 AMAN KAMPUS yang menjelajah ke seluruh negara membawa misi positif kepada masyarakat marhaen...



Masuk hari ketujuh KEMBARA AMAN KAMPUS; sekarang kami berada di Kuala Terengganu.

Antara sekolah2 yang telah terpilih dikunjungi oleh AMAN KAMPUS untuk program IKON SISWA setakat ini adalah SMK Puteri Wangsa & SMK Sultan Alauddin di Johor, SMK Mat Kilau di Pahang dan hari ini mereka baru selesai menjalankan program motivasi ini di SMA Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Dalam tempoh baki seminggu lagi kembara ini, banyak lagi sekolah2 yang akan dikunjungi oleh mahasiswa AMAN KAMPUS demi menyuntik motivasi kepada pelajar2 sekolah untuk mencapai keputusan gemilang dalam SPM/STPM demi memenuhi impian mereka menjejaki menara gading... Nantikan!!

IKON SISWA:


Program Ikon Siswa ialah satu program yang mendedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah dengan kehidupan atau suasana universiti kepada mereka. Program ini juga memupuk semangat kepada para pelajar sekolah untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan masing-masing. Bilangan pelajar yang mengambil bahagian dalam Program Motivasi ini ialah seramai 200 hingga 300 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4,5 dan 6.


Untuk membuka minda para pelajar satu forum siswa dibuat dengan tajuknya ialah Menuju Menara Gading: Satu Pengalaman. Dengan adanya program ini diharapkan dapat menyedarkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada diri mereka sendiri kerana di zaman moden ini ilmu yang dituntut di sekolah semata-mata tidak mencukupi. Untuk bersaing dengan pesaing yang hebat di luar kite memerlukan ilmu yang penuh di dada dan pelbagai supaya hidup mereka lebih terjamin di masa hadapan.


Forum ini dibahagikan kepada 3 orang pembicara yang terdiri daripada 2 orang mahasiswa dan seorang daripada badan bukan kerajaan. Program Ikon siswa ini berlangsung selama 2 atau 3 jam, termasuk aktiviti latihan dalam kumpulan yang dibimbing oleh mahasiswa universiti.

GO ASPIRASI!!!
.

Comments