JELAJAH #AMANKAMPUS - BRO DS TIDAK PERLU TURUNKAN BENDERA PEMIMPIN UNTUK BUAT IBU-BAPA BANGGA!!



Kembara Aman Kampus hari ini merentas satu perjalanan panjang dari lokasi terakhir di Johor, Felda Sungai Besar, Tenggara kira2 jam 6.00 petang dan (ketika artikel ini ditulis) jam hampir jam 1 pagi, kami baru berpeluang melepaskan lelah beristirehat di asrama Universiti Malaysia Pahang yang terletak di daerah Gambang.

Bungkusan makan malam yang dibekalkan sebelum tiba di Mersing, terpaksa dinikmati oleh mahasiswa2 Aman Kampus secara 'darurat' di atas kenderaan demi mengejar masa. Juadah yang sederhana dihabiskan dengan penuh rasa syukur oleh mahasiswa2 yang penat & lapar seharian menyumbang bakti kepada masyarakat.

Hari ke4 Aman Kampus di Johor bermula dengan sesi motivasi Ikon Siswa di dua buah sekolah sekitar Ulu Tiram/Tenggara (rujuk artikel sebelumnya di blog 1Peluru) serta lawatan menyelami kehidupan warga FELDA termasuk rumah anak2 kurang upaya di tanah rancangan tersebut (rujuk blog DOUBLE-Y), menterjemahkan pengalaman yang tak mampu dibeli dengan sebarang harga.

Cuba fikirkan secara rasional pengorbanan yang dilakukan oleh mahasiswa2 Aman Kampus yang tulus & prihatin; bandingkan dengan mahasiswa2 yang menjadi 'keldai politik' tunggangan pembangkang... yang mana satukah yang selayaknya digelar sebagai wira??

Rata2 mahasiswa Aman Kampus yang jumlahnya kini meningkat melebihi 200 orang sudah lena dibuai mimpi. Menyingsing fajar esok bermula hari kelima juang-khidmat mereka kepada masyarakat di negeri Pahang pula...

Tapi siapa dalam foto di atas?? Bro DS?? Siapa Bro DS yang membuatkan pelajar2 yang bakal menduduki SPM di SMK Sultan Alauddin, Felda Sungai Besar kagum & ternganga mendengar celotehnya?? Nantikan penampilan eksklusif Bro DS di blog 1Peluru esok... Jangan lupa!! =)

GO ASPIRASI!!
.

Comments

Tauke Ikan said…
salam tuan,

mohon pautkan blog saya disini. saya sudah pautkan blog tuan di blog saya.

http://tauke-ikan.blogspot.com/

terima kasih