KADIR SHEIKH FADZIR - DARI MUSIBAT MENJADI KEPARAT!!


Tiada apa yang boleh dikenang selama sosok ini berada di dalam kerajaan, hatta memegang jawatan menteri selain identiti 'bow'nya yang menampakkannya seperti seorang 'playboy' berwajah beast. Yang lainnya paling diingat adalah menjemput pelakon2 kegemarannya dari Bollywood menjejak kaki selalu ke Malaysia. Itu saja... Nokhtah!


Kini bila tersisih dari kerajaan/BN, Kadir Sheikh Fadzir meroyan seperti tenggiling kehilangan anak... Menagih populariti dalam pakatan pembangkang dengan harapan terpilih sebagai calon PR dalam PRU akan datang.


Selayaknya makhluk sebegini ditendang dari UMNO dan menyertai pembangkang seperti makhluk2 frustrasi kerakusan kuasa lainnya. UMNO sudah punya diversiti dari kepelbagaian umur/latar-belakang untuk membentuk sebuah parti yang kuat... MUSIBAT yang lama bersenang dalam UMNO seperti ini memang wajar ditendang - menjadi KEPARAT dalam Pakatan Rabak!

======================

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tidak menyatakan pendirian menyokong Pakatan Rakyat (PR), tetapi yang jelas beliau menyokong sesebuah kerajaan yang bersih, adil dan berusaha menghapuskan amalan rasuah.

“Saya tidak mahu komen kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai sokongan saya dan beberapa sahabat lain kepada PR untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Bekas Menteri Penerangan ini berkata, beliau menyokong mana-mana kerajaan yang mengamalkan pilihan raya bebas, telus dan berkecuali, sebagaimana dengan pendirian pemimpin dan dasar Amanah.

Menurutnya, sudah tiba masa kerajaan menghormati hak rakyat dengan mengadakan pilihan raya adil sebagaimana dilakukan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Sekiranya ada perhimpunan Bersih 3.0, saya akan kerahkan semua ahli Amanah menyertainya dan saya akan berada di barisan hadapan. Saya bukan berniat hendak mengugut kerajaan, tetapi saya tidak mahu peme-rintah menipu rakyat.

“Amanah juga berjumpa dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai pilihan raya. Kami sarankan media masa diberi kebebasan dan tidak menyiarkan berita berat sebelah, serta berharap pilihan raya diadakan selepas melaksanakan penambahbaikan,” katanya.

Abdul Kadir berkata, kerajaan perlu berubah supaya mereka tidak mengalami nasib seperti berlaku di Mesir, Syria dan Libya, apabila rakyat memberontak dan menuntut hak asasi serta mahu kerajaan yang adil.
Sementara itu, Umno menyifatkan kenyataan Mohamad mengenai ‘sokongan orang BN kepada Pakatan Rakyat tidak benar.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Mazlan berkata, kalau benar ada pemimpin atau bekas pemimpin BN sokong PR, kemukakan senarai nama mereka.

“Kenyataan itu cuba menghuru-harakan BN. Kita kenal siapa Mohamad atau Mat Sabu dan sedia mendedahkannya kepada rakyat mengenai perkara ini. Jangan pula beliau memberi gelaran hero kepada komunis tanpa melakukan apa-apa kajian. Sekarang kita hendak percaya cerita ini?” katanya.

Sekiranya Amanah menyokong PR, katanya, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berhak berbuat demikian dan ini tidak bermakna tindak tanduk berkenaan membenci parti sendiri.

Menurutnya, Umno akan tergugat sekiranya, pemimpin Amanah mengumumkan untuk keluar parti dan memberi sokongan terbuka kepada PR.

“Bagaimana pula dengan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga yang mahu perasuah kecil diberi pengampunan? Kita dalam kerajaan, tidak kira kakitangan kerajaan yang menerima rasuah RM5 hingga RM5,000, misalnya, tetap ambil tindakan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sekiranya ini menjadi dasar PR, negara akan hancur kerana rasuah perlu dihapus bermula akar umbi, bukan di peringkat atasan sahaja.

“Hendak hapus rasuah bukan perkara senang dan mudah macam mereka cakap. Saya tahu mereka gelar pemerintah sekarang sebagai kerajaan tidak peka pada rasuah kerana melihat kes Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.

“Sedangkan Shahrizat sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Khir masih membuat rayuan mengenainya. Kita tidak menutup kes ini,” katanya.

Beliau berkata, memberi imej hanya pemimpin dan ahli Umno serta BN sahaja rasuah tidak adil kerana amalan ini tidak mengenal bangsa dan fahaman politik.

“Penulis Blog, Raja Petra Kamarudin ada buat pendedahan tentang rasuah di Selangor dan sebelum ini beberapa pemimpin DAP ditangkap kerana rasuah dan ada yang sanggup bunuh diri kerana takut mendedahkan pemimpin mereka (PR) terlibat dengan rasuah.

“Nasihat saya, Mat Sabu perlu cermin diri terlebih dahulu sebelum menuduh orang lain mengamalkan rasuah kerana ada pemimpin mereka tidak semuanya suci dan bersih daripada menerima rasuah,” katanya. -sinar

Comments

Anonymous said…
adalah benda yang dia nakkan tak dapat...tu yang menyalak macam anjing gila...cuba dapat senyapppppp
Anonymous said…
tua x sedar diri..
Anonymous said…
kadiaq,kadiaq, hang duduq diam2 sudahla. Sabab apa aku kata begitu? sebab aku ni dok di MAHANG, PARLIMEN KLM/BB. SAPA TAK KENAL HANG KADIAQ OOOIIII. POLITIK HANG MEMANG BAGUIH, HEBAT, TAPI KOTOQ. TAKTIK KOTOQ. KALAU NAK TAHU LEBIH PANJANG TANYA HUSSAIN TUKANG BALACINYA. SAMPAI MEE DAIM TAK ADA JAWATAN DALAM PARTI BN DULU TU PASAI APA? AWAT HANG BERSIIIH KE? HANG CANTAS MEE DAIM TU APA PASAL? AKU MEMANG TAHU PERANGAI HANG, SEBAB MEE DAIM TU LEBIH BIJAK DARI HANG DAN LEBIH BERPENDIDIKAN DARI HANG SEBAB TU LA HANG CANTAS DIA. KADIAQ...KADIAQ. HANG LIHAT DULU LA DIRI HANG TU DULU. DOK DIAM LAGI BAIK. NANTI KELUAR CERITA2 YG LEBIH BURUK TENTANG DIRI HANG BARU HANG TAU. DAH BERSARA DAN DAH KAYA TAUBAT2 LA. BUAT AMAL IBADAT COVER YG MANA-MANA SALAH MASA LALU LAGI BAIK DARI DOK MERAPU CARI PUBLISITI MURAHAN. ZAMAN POLITIK HANG DAH HABIS. DAH TUA BUAT CARA TUA. IHKLAS DARI PENYOKONG BN KLM/BB.
Anonymous said…
kpd anon 9;25pm memang betoi hang bagi kadiaq mcam tu masa dlam kebinet pn xdax apa pn bleh d bangga alih alih nampak baju dan box yang bejalan