KASI GEGAR!! ANWAR TENTU CABUT LARI KE ISRAEL LEPAS TENGOK VIDEO NI...




Tun Mahathir : Enggan Saman WSJ Bukti Anwar Sokong Israel

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ) membuktikan Ketua Pembangkang itu sememangnya menyokong Israel.

“Anwar tidak saman Wall Street Journal sebab dia memang menyokong Israel. Dia cuba pertahankan diri dia dengan kata kenapa kerajaan Malaysia benarkan kapal Israel masuk pelabuhan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun memberitahu kerajaan tidak boleh menyekat mana-mana kapal perdagangan sebab ia melanggar undang-undang antarabangsa.

“Tetapi, kalau kita nak sekat mereka (kapal dagangan) daripada masuk ke sini, itu melanggar undang-undang antarabangsa,” kata beliau pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini.

Anwar selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di PNB Darby Park, Kuala Lumpur menegaskan kepada pemberita bahawa beliau tidak mahu menyaman WSJ, kerana akhbar itu telah melaporkan secara tepat seperti mana yang beliau maksudkan.

Anwar seperti dilaporkan WSJ, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.

Kemudian, Anwar menjelaskan lagi maksud wawancaranya dengan WSJ dengan satu lagi kenyataan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada 28 Jan, iaitu beliau bersetuju dengan cadangan ‘two state solution’.

Maksud ‘two state solution’ menurut wikipedia adalah solusi untuk mengiktiraf Negara Palestin yang merdeka bersama dengan pengiktirafan Negara Israel yang sah.

Sinar Harian turut melaporkan respon Nik Aziz berkenaan dengan pertemuan dengan Anwar itu.

Menurutnya, Pas kekal dengan pendirian yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama iaitu parti Islam itu sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel.

“Maka Pas tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian Pas ini,” katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kira-kira 24 jam selepas pertemuan mereka, Nik Aziz berkata, Anwar telah datang menemuinya untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan dalam WSJ, bulan lalu.

“Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama Pas minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

“Majlis Syura Ulama juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama,” katanya.

Menurut sourcewatch.org, WSJ adalah akhbar antarabangsa yang berpengaruh yang dimiliki oleh News Corporation milik seorang Yahudi ternama bernama Rupert Murdoch. -AIDC
.

Comments